.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, August 12, 2014

6. PERISTIWA-PERISTIWA AKHIR ZAMAN : DARI HADITS RASULULLAH S.A.W

Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian
sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya. Dajjal membawa sungai air dan sungai api;- Daripada Abu Hudzaifah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat Muslim).

Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;- Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. berkata, : Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami tentang Dajjal dalam suatu cerita panjang, di antaranya baginda menceritakan: "Dajjal itu nanti akan datang, dan dia terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah kebun dekat pinggir kota Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat lawa. Laki-laki tadi mengucapkan: "Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami." Dajjal berkata (kepada pengikutnya): "Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini, kemudian saya hidupkan kembali, adakah kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaanku?" Pengikut-pengikutnya menjawab: "Tidak ragu-ragu!" Lalu Dajjal membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki itu telah hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): "Demi Allah! Sekarang, saya lebih mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)" Lalu Dajjal hendak membunuhnya sekali lagi, tapi Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.”;- (Riwayat Muslim).

Dajjal tidak masuk kota Makkah dan Madinah;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap negeri (nanti) akan diinjak oleh Dajjal, selain Makkah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh malaikat yang berbaris. Maka sampailah Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah, lalu setiap orang kafir dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim).

Kesalahan Manusia Makin Ketara Kebodohan;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah hilangnya kemanfaatan ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya khamar (arak), meluasnya perzinaan dengan terang-terangan, banyaknya wanita dan sedikitnya lelaki sehingga lima puluh 50 wanita mempunyai satu pelindung lelaki;- (Riwayat Bukhari). Turunnya Nabi Isa Dari Langit;- Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sentiasa ada golongan dari umatku yang berjuang membela kebenaran sehingga Hari Kiamat. Pada ketika itu Nabi Isa akan turun. Berkatalah pemimpin mereka kepada Nabi Isa: “Dipersilakan tuan mengimami kami bersolat!” Nabi Isa a.s, menjawab: “Tidak! Kerana antara kamu sekalian saling pimpin-memimpin sebagai kehormatan dari Allah kepada umat ini.”;- (Riwayat Muslim).

Nabi Isa a.s. memburu Dajjal;-Daripada Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata, "Saya mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh 40. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh 40 hari atau empat puluh 40 bulan atau empat puluh 40 tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim).

Perang melawan Yahudi;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga (Kaum Muslimin) memerangi Kaum Yahudi, sehingga batu tempat orang Yahudi bersembunyi itu pun berkata: "Hai, Orang Islam! Ini ada orang Yahudi, bunuhlah!”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadith Oleh al-Nawwas ibn Sam’an al-Kilabi;- An-Nuwas ibn Sam’an berkata, “Pada suatu pagi, Nabi s.a.w. bercerita mengenai Dajjal. Kadangkala Baginda menerangkan seperti ianya tidak penting dan kadangkala mengatakan yang ia amat merbahaya sehingga kami menyangka ia berada dekat pucuk pohon tamar. Apabila kami menemui baginda setelah itu, dengan wajah yang ketakutan Baginda bertanya, “Mengapa dengan kamu?” Kami berkata, “Ya Rasulullah, pagi tadi tuan bercerita mengenai Dajjal, kadang-kadang seperti remeh, kadang-kadang seperti amat merbahaya sehingga kami sangka ia berada di pohon tamar berdekatan.” Baginda bersabda,: “Bagi kamu, daku bimbangkan hal selain Dajjal. Jika dia muncul ketika aku berada dengan kamu, aku sendiri akan melawannya bagi pihak kamu. Jika dia muncul setelah daku pergi maka setiap kamu hendaklah menghadapinya bagi pihak kamu sendiri dan Allah akan menjaga setiap Muslim bagi pihak ku. Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. 

Daku menyamakannya seperti Abdul Uzza ibn Qatan. Sesiapa di kalangan kamu yang hidup untuk menyaksikannya, bacalah ayat permulaan Surah al-Kahfi. Dia akan muncul di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di kiri dan kanan. Wahai hamba-hamba Allah, berpegang teguhlah kepada kebenaran.”” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah solat sehari semalam memadai?” Baginda s.a.w. bersabda, : “Kamu hendaklah melaksanakan solat mengikut masa ketika itu.” Kami bertanya, “Ya Rasulullah, berapa pantas dia bergerak di bumi?” Sabda Nabi s.a.w. “Seperti awan yang dibawa angin. Dia akan mengajak manusia (kepada agama palsu) dan manusia akan terpengaruh dan mengekorinya. Dia akan perintah awan yang akan turunkan hujan dan perintah bumi yang akan menumbuhkan tanaman. Ternakan yang meragut tanaman itu, teteknya akan dipenuhi susu dan tubuhnya akan besar. Kemudian Dajjal akan pergi pula kepada kaum yang lain dan menyeru mereka (kepada agama batilnya) tetapi mereka menolaknya. Dia pun meninggalkan mereka, langsung mereka menderita kebuluran dan tidak berharta. Kemudian dia akan melalui kawasan yang tandus dan berkata, “Keluarkanlah khazanah kamu” dan keluarlah khazanah seperti sekawan lebah. Kemudian dia menyeru seorang remaja dan membelahnya dengan pedang dan meletakkan keratan itu berjauhan lalu menyeru dan remaja itu yang akan datang berlari sambil ketawa. Waktu itu Allah akan menghantar Isa Al-Masih dan Baginda akan turun di menara putih (al-manarrah al-baidha’) di timur Damsyik memakai dua pakaian berwarna kekuningan dengan meletakkan kedua tangan baginda di atas sayap dua 2 Malaikat. 

Apabila baginda menundukkan kepalanya maka jatuhlah butiran seperti mutiara. Setiap kafir yang terhidu haruman baginda akan mati dan nafas beliau sampai sejauh penglihatannya. Baginda akan mencari Dajjal dan menjumpainya di pintu Ludd, lalu membunuhnya.” Kemudian sekumpulan orang yang diselamatkan Allah SWT akan datang kepada baginda dan beliau menceriakan wajah mereka (dengan berita syurga). Kemudian Allah SWT wahyukan kepada baginda, “Aku telah lepaskan makhluk Ku yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Bawalah hamba-hamba Ku itu ke at-Thur.” Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan turun di setiap lembah.”;- [Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan wa Ashrat as-Sa’ah, 8/196-199].

Ditimpa Tanah Runtuh dan Berbagai Bala Bencana;- Dilaporkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.”;- [al-Haithami, Kitab al-Fitan].

Gempa Bumi dan Penyakit Kolera Akibat Muzik Bermaharajalela;- Sabda Rasulullah s.a.w: Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).

Manusia Yang Berubah Tingkah Laku Seperti Kera Dan Babi;- Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?" Rasulullah menjawab: "Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji." Mereka bertanya lagi: "Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?" Rasulullah menjawab: "Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi";- (Riwayat Ibnu Abi Dunia).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)