عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda
bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku. (Muslim, al-Tirmizi)
Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.
Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170).
Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; "Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun."
Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.
Justeru, elakkan bergurau senda sehingga melampaui batas. Islam adalah agama yang mengajarkan umatnya adab ketika berbicara. Lebih afdal kiranya, kita melebihkan kerja daripada banyak bercakap.
Biarpun sedikit, tetapi ia bermakna dan berkualiti daripada banyak berbicara, tetapi langsung tiada hasilnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hadis Riwayat Ahmad Tirmidzi)
Terdapat beberapa kisah Rasulullah yang mengaitkan dengan cara baginda mempamerkan gurauannya. Salah satunya, Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua di mana wanita itu berkata “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.”
Perempuan itu balik dan menangis. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi)
Gurauan Rasulullah berkenaan terkandung pelbagai pengajaran. Abu Hurairah meriwayatkan: Sahabat berkata “Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab yang maksudnya: “Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar”. (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Bagaimana dikatakan gurauan yang ditegah? Ia termasuk yang mengandungi unsur penghinaan terhadap orang lain. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (Surah al-Hurujaat ayat 11)
Ayat di atas menerangkan, kita tidak boleh mencari aib, membuka rahsia dan mengumpat sesama Muslim kerana Islam menuntut umatnya menjaga perdamaian dan persaudaraan.
Dalam Islam ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan bergurau. Nabi Muhammad s.aw. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang mana yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan bergurau atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Maka berhati-hatilah ketika bergurau. Gurauan perlu dijadikan medan menambah erat lagi hubungan serta menceriakan. Jadikan cara Nabi Muhammad s.aw. bergurau dengan orang di sekeliling baginda.