.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, August 19, 2014

SEDIKIT TENTANG FADHILAT KITABULLAH



عن سعيد بن سليم رضي الله عنه مرسلا قال : قال رسول الله (ص) : ما من شفبع أفضل منزلة عند الله يوم القيامة من القرآن لا نبي ولا ملك غيره.
(قال العراقي رواه عبد الملك بن حبيب كذا في شرح الإحياء)

Dari Sa'id bin Sulaim rah. telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t melainkan Al-Quran, bukan nabi dan bukan juga malaikat dan lain-lain" 

(Riwayat 'Abdul Malik bin Habib demikian dalam Syarah Ihya 'Ulumuddin)

Kenyataan bahawa Al-Quran pemberi syafaat dan kedudukan syafaat Al-Quran adalah tinggi sehingga syafaat itu diterima telah diketahui daripada beberapa hadith yang lain juga. Semoga Allah s.w.t dengan rahmatnya menjadikan al-
Quran itu pemberi syafaat kepada saya dan anda juga. Semoga Allah s.w.t tidak menjadikan Al-Quran sebagai penentang atau pendakwa terhadap kita.Dalam kitab La-aalie Masnu'ah telah diriwayatkan daripada Bazzar bahawa terdapat sebuah hadith yang tidak termasuk dalam hadith maudhu' (palsu), "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan semasa keluarganya masih sibuk menguruskan pengkafanan dan pengkebumiannya, seorang yang sangat kacak akan berdiri di kepala mayat itu. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan berada di antara dada mayat dan kain kafan. Apabila mayat itu telah selesai di kebumikan, orang ramai pun pulang dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Mereka cuba memisahkan orang kacak itu daripada mayat tersebut supaya perantaraan dapat dibuat tanpa sebarang gangguan. Namun orang kacak itu akan berkata, "Dia adalah teman saya, dia adalah sahabat saya. Saya tidak akan meninggalkannya berseorangan dalam apa-apa keadaanpun. Sekiranya kamu diperintahkan untuk menyoalnya maka jalankanlah tugas kamu. Saya tidak akan berpisah dengannya sehinggalah saya membawanya masuk kedalam syurga." Selepas itu dia akan berpaling kepada temannya itu lalu berkata, "Sayalah Al-uran yang kadang-kadang kamu membaca dengan suara yang kuat dan kadang-kadang dengan perlahan. Janganlah kamu bimbang. Selepas persoalan Munkar dan Nakir engkau tidak akan ada apa-apa kebimbangan lagi." Apabila pertanyaan selesai, orang kacak itu akan menyediakan hamparan dan sebagainya dari al-malai'l-A'ala (malaikat-malaikat di langit). Hamparan itu daripada sutera dan dipenuhi dengan kasturi.


عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله (ص) : ان الله أهلين من الناس : قالوا  : يا رسول الله من هم ؟ قال : اهل القرآن هم أهل الله وخاصته.
(رواه النسائي وابن ماجه والحاكم واحمد )

Dari Anas bin Malik r.a  dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli daripada kalangan manusia." Para sahabat bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah?". Baginda menjawab : " Orang Al-Quran adalah ahli-ahli Allah dan orang Allah s.w.t yang istimewa."
(Riwayat An-Nasa'i, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Ahmad)

Orang Al-Quran:
Orang yang sibuk membaca Al-Quran dan mempunyai hubungan yang istimewa denam Al-Quran. Maka merekalah ahli-ahli Allah yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Apabila seseorang yang sibuk dengan Al-Quran, maka kasih sayang Allah akan sentiasa tertumpu kepadanya. Sesiapa yang sentiasa bersama Al-Quran maka dialah orang itu dan menjadi orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t.




عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عَمْرٍى رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَرَأ القُرآنَ فَقَدِ اسْتَدْرَجَ النُّبُوَّةَ بَيْنَ جَنْبيْهِ غَيْرَ اَنَهُ لَا يُوْحى اِلَيهِ لَا يَنْبَغِىْ لِصَاحِبِ القُرآنِ اَنْ يَجِدَ مَعَ مَنْ وَجَدَ وَلَا يَجْهَلَ مَعَ مَنْ جَهِلَ وَفيْ جَوْفِه كَلَامُ اللهِ. (رواه الحاكم وقال صحيح الأسناد).

Dari Abdullah bin `Amr radhiAllahu `anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membaca al-Quran maka dia menyimpan pengetahuan kenabian di dalam dadanya, cuma tidak diturunkan wahyu kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai (ilmu) al-Quran memarahi orang yang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil terhadap orang yang jahil sedangkan al-Quran berada di dalam dadanya." 
(Riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)

Oleh kerana wahyu telah tamat selepas kedatangan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam maka sekarang wahyu tidak mungkin akan datang lagi. Namun, oleh kerana al-Quran adalah perkataan Allah subhanahu wa ta`ala yang suci maka tidak ragu-ragu lagi bahawa al-Quran itu mengandungi pengetahuan kenabian. Apabila seseorang itu telah dianugerahkan dengan pengetahuan kenabian maka adalah sangat penting dia menunjukkan akhlak yang terbaik, yang sesuai dengan keadaannya itu dan dia harus menjauhkan diri daripada akhlak yang buruk.

Fudhail bin `Iyadh rahimahumullah telah menyatakan bahawa seseorang hafiz al-Quran adalah pemegang panji Islam. Oleh itu, dia tidak sesuai bergaul degan mereka yang menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia atau berserta dengan orang yang lalai (daripada mengingati Allah subhanahu wa ta`ala) atau termasuk di kalangan orang yang malas (dalam amal ibadah).



عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِى الله عَنْهًما قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاَثَةٌ لَا يَهُوْلُهُمُ الْفَزَعُ الأكْبَرُ وَلَا يَنَالهُمُ الحِسَابُ هُمْ عَلى كَثِيبٍ مِنْ مِسكٍ حَتَّى يُفْرَغَ مِنْ حِسَابِ الخَلائِقِ رَجُلٌ قَرأَ القُرآنَ ابْتِغَآْءَ وَجْهِ اللهِ وَاَمَّ قَوْماً وَهُمْ بِهِ رَاضُوْنَ وَدَاعٍ يَدْعُوْنَ إلى الصَّلواتِ ابْتِغآء وجْهِ اللهِ وَرَجُلٌ اَحْسَنَ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ مَوَالِيهِ. (رواه الطبراني في معاجم الثلاثة).


Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah saw. bersabda, “Tiga orang yang tidak akan mengalami ketakutan pada hari yang sangat menakutkan dan mereka tidak akan dihisab, mereka berada diatas tumpukan kasturi hingga selesai hisab terhadap semua manusia: 

(1) Seseorang yang membaca al Qur’an semata-mata mengharap ridha allah, dan ia mengimami suatu kaum sedang mereka menyukainya; 
(2) Da’I yang mengajak shalat semata-mata mengharap ridha Allah Swt.; 
(3) Orang yang menjaga hubungan baik antara ia dengan tuannya dan antara ia dengan bawahannya.” (Hr. Thabrani ` al Mu’jamuts Tsalatsah).


Adakah seorang muslim yang tidak menyedari, bahkan tidak memikirkan tentang kehebatan, kesedihan, kengerian, bencana, dan kesusahan hari Kiamat? Jika ada sesuatu yang dapat membuat kita tenang dari bencana hari Kiamat, maka hal itu lebih berharga daripada beribu-ribu kenikmatan dan berjuta-juta kesenangan. Sungguh ia telah mendapat kebahagiaan yang sangat besar apabila ketenangan itu ditambah dengan kegembiraan dan kesenangan.



Sungguh celaka dan merugi orang yang mengira bahwa membaca al Quran adalah perbuatan sia-sia dan membuang-buang waktu. Tertulis dalam Mu’jiam al Kabir bahwa perawi pertama dalam hadits di atas ialah Abdullah bin Umar r.huma. yang ia mengatakan, “Apabila aku tidak mendengar hadits ini dari Rasulullah saw. sekali lagi, sekali lagi, sekali lagi, sekali lagi, (diulang sampai 7 kali), maka aku tidak akan meriwayatkannya.”



عَنْ جَابِرٍ رضي الله اللهُ عنهُ عَنِ الَّنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ القُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَا حِلٌ مُصَدَّقٌ مَنْ جَعَلَهُ اَمَامَهُ قَادَهُ اِلىَ الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِه سَاقَطَهُ اِلى النَّارِ. (رواه ابن حبان والحاكم مطوّلا وصححه). 


Dari Jabir r.a. Nabi saw., beliau bersabda, “Al Qur’an adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima dan sebagai penuntut yang tuntutannya dibenarkan. Barangsiapa menjadikan al Qur’an di depannya, maka ia akan membawanya ke Surga dan barangsiapa meletakannya di belakang, ia akan mencampakannya ke dalam neraka.” 

(Riwayat Ibnu Hibbab dan Hakim).


Hadits di atas maksudnya adalah, jika al Qur'an member syafaat kepada seseorang, maka syafaatnya akan diterima oleh Allah. Barangsiapa yang dibela oleh al Qur’an, maka pembelaannya dibenarkan seperti telah dijelaskan dalam hadits ke-8 yang lalu. Barangsiapa yang memperhatikan al Qur’an, maka al Qur’an akan mengadukan kepada Allah agar meninggikan darjat mereka. Barangsiapa yang berpaling dari al Qur’an, maka al Qur’an akan menuntutnya, mengapa hak-haknya tidak ditunaikan. Barangsiapa meletakkan al Qur’an di depannya, yakni melaksanakan perintahnya dan menjadikannya sebagai paduan setiap perbuatannya, maka al Qur’an akan membawanya ke dalam Syurga. Dan barangsiapa meletakan al Qur’an dibelakangnya, yakni tidak menaati ajarannya, maka ia akan dilemparkan ke neraka.



Menurut penyusun, tidak menghiraukan al Qur’an juga tidak termasuk meletakan al Qur’an dibelakang. Banyak hadits yang menyatakan ancaman bagi orang yang tidak mempedulikan al Qur’an. Dijelaskan dalam Shahih Bukhari dengan hadits yang panjang bahawa Allah Swt. telah memperlihatkan sebahagian seksa-Nya kepada Nabi Saw.. Di antara seksa yang diperlihatkan kepada beliau adalah orang yang dipukulkan batu ke kepalanya dengan sangat keras sehingga kepalanya hancur. Nabi saw. diberitahu bahwa orang itu telah diajari al Qur’an, tetapi ia tidak mengamalkannya pada malam hari dan tidak mengamalkannya pada siang hari. Dan siksa itu berlangsung hingga hari kiamat.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)