.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, March 26, 2023

Sunday, March 19, 2023

Yeremia @ Jeremiah @ Ezra

 Nabi Jeremiah atau Yeremia adalah seorang nabi dalam Alkitab Ibrani. Dalam islam nama Nabi Jeremiah disebut sebagai EZRA KISAH NABI JEREMIAH DALAM AL-QURAN


أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَىٰ قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحْيِي هَٰذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ۖ فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ ۖ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ۖ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۖ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانظُرْ إِلَىٰ طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ ۖ وَانظُرْ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ ۖ وَانظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا ۚ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ‎﴿٢٥٩



Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah


tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

(Al-Baqarah : 259)

Yeremia hidup di antara bahagian terakhir abad ketujuh dan bahagian pertama abad keenam Sebelum Masihi.Yirmeyahu yang bererti “Yahwe meningkatkan”.

Yeremia telah sekian lama bekerja sebagai nabi, dan selama waktu itu ia selalu memperingatkan umat Tuhan tentang bencana yang akan menimpa mereka kerana mereka berdosa dan menyembah berhala. Bencana itu menjadi kenyataan apabila pada masa Yeremia masih hidup: Nebuchadnezar raja Babel merebut dan menghancurkan Baitulmuqaddis serta Kuil Suci yang ada di situ; raja Yehuda bersama rakyatnya telah diarahkan diangkut ke Babel (untuk menjadi hamba abdi). Yeremia juga menyifatkan bahawa orang-orang itu akan kembali dari pembuangan (pelarian) dan keadaan bangsa Israel akan pulih kembali.

Yeremia tinggal di Yerusalem ketika dia masih muda. Suatu hari Tuhan datang kepada Yeremia dan memanggilnya untuk menjadi nabi. Tuhan berfirman kepada Yeremia bahawa dia dipilih untuk menjadi seorang nabi sebelum dia dilahirkan. Tuhan tahu bahawa kehidupan Yeremia akan susah. Tetapi Dia berjanji kepada Yeremia bahawa Dia akan sentiasa bersamanya.

Yeremia 1:1–10


Orang-orang di Yerusalem tidak mentaati janji-janji mereka dengan Tuhan. Kerana kejahatan mereka, Yeremia memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka akan ditakluki. Tuhan berfirman bahawa jika mereka mentaati hari Sabat, kota Yerusalem tidak akan dihancurkan. Tetapi orang ramai tidak mendengar.

Yeremia 6:1–19; 8–9; 17:21–27

Yeremia mengajar orang ramai selama bertahun-tahun. Tetapi mereka tidak bertaubat. Sebaliknya, mereka mencederakan Yeremia dan memasukkannya ke dalam penjara.

Yeremia 20:2; 26:8–9; 37:15–18; 38:6

Yeremia mengasihi orang ramai. Dia menangis kerana dosa-dosa mereka. Seperti nubuat Yeremia, Yerusalem telah dimusnahkan, dan orang ramai ditangkap.

Yeremia 9:1–8; 25:9–12; 52:1–10

Yeremia dibawa ke Mesir. Tuhan memfirmankannya untuk menulis nubuat-nubuatnya. Yeremia mematuhi Tuhan walaupun dalam keadaan sukar. Dia terus memberitahu bangsanya untuk mentaati janji-janji mereka dengan Tuhan.

Yeremia 36:1–2, 27–32

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)