.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, February 28, 2015

Wednesday, February 25, 2015

Suatu kisah: Imam Hasan Al-Basri

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
·
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
·
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
·
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
·
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
·
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
·
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".
Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
···
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
···
Jangan pernah ujub dan sombong pada amalanmu.
saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri sifat mazmumah walau sehebat mana kita.

Tuesday, February 24, 2015

TMK KSSR : SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

2.0 PERKAKASAN DAN PERISIAN

Taubat: Menurut Al-Quran dan Sunnah

PENGERTIAN TAUBAT

Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga  تَوْبَة  (taubah) berasal dari perkataan تَوَبَ  (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali. Seseorang itu dikatakanتابَ  (taaba – telah bertaubat) sekiranya dia telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu.

Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia mentaati Allah. Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat menurut bahasa dan juga istilah Syaraknya.

PERINTAH BERTAUBAT

Adapun tentang bagaimana perintah Syarak kepada kita sebagai manusia untuk bertaubat, hal ini memang jelas dan banyak disebutkan dalam nas-nas Al-Quran dan juga Sunnah. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.” (Surah Al-Nur, 24: 31)

Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)

Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.

Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135)

Jika dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang ‘melampaui batas’, dalam ayat ini pula Allah mengatakan mereka yang telah ‘menzalimi diri mereka’. Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?

Dia menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika melakukan perbuatan maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya. Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri kerana perbuatan itu menambahkan dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat balasan buruk iaitu Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat dan binasa kepada dirinya. Itu yang dimaksudkan menzalimi diri.

Tiga ayat ini sudah memadai di mana faedah yang dapat diambil dari ketiga-tiga ayat ini cukup banyak. Antara faedah yang dapat kita sebutkan;

1. Kewajipan taubat. Seperti mana firman Allah,وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا   (dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah). Sepertimana sedia maklum, para Ulama menjelaskan bahawa sekiranya ada perintah dari Syarak sama ada dari Al-Quran atau Hadis, bererti hukumnya adalah wajib. Jadi apabila Allah mengatakan bertaubatlah kamu sekalian, itu merupakan satu perintah dan perintah membawa makna wajib. Maka hukum bertaubat adalah wajib.

2. Taubat menjadi kunci kejayaan. Seperti mana Allah berfirman لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (semoga kamu berjaya). Jadi sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di dunia apatah lagi di Akhirat, jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.

3. Jangan berputus harapan dari rahmat Allah walau sebanyak dan sebesar mana pun dosa yang pernah dilakukan. Walau apapun maksiat yang kita lakukan, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, baik perkara-perkara maksiat, bidaah, khurafat yang mungkin selama ini kita amalkan dan kita percaya, jangan berputus harapan bahawa pintu taubat terus terbuka.

Bahkan walaupun perkara-perkara kufur atau syirik sekalipun, misalnya orang kafir yang menyembah selain Allah, mensyirikkan Allah, tentu sahaja dia juga boleh bertaubat. Ini kerana Allah berfirman, إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا (Sesungguhnya Allah mengampunkan kesemua jenis dosa-dosa). Tidak ada dosa yang dikecualikan dari pengampunan Allah. Jadi janganlah berputus harapan dari mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

4. Sifat orang beriman adalah sentiasa mengawasi dirinya, memerhatikan tindak tanduknya, atau secara ringkasnya sentiasa bermuhasabah. Firman Allah, maksudnya: “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, mereka ingat kepada Allah.” Ingat kepada Allah maknanya sentiasa muhasabah.

Dia tidak sibuk tentang orang lain, dia lebih pentingkan dirinya kerana dia bertanggungjawab ke atas dirinya dulu sebelum orang lain. Dia sentiasa muhasabah kerana dia mengetahui, yakin dan percaya bahawa sehebat mana pun dirinya pasti dia ada kesalahan dan kesilapan seperti mana disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ

“Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)

Ini adalah sifat orang yang beriman kerana orang yang sesat lagi menyimpang sifatnya terbalik sama sekali. Kita perhatikan apa sifat orang menyimpang, semoga kita tidak tergolong dalam orang yang mempunyai sifat ini. Firman Allah dalam Surah Al-Kahf ayat ke-103 hingga 104,

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِاْلأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“Mahukah kalian kami ceritakan tentang mereka yang telah rugi di dalam amal perbuatan mereka? Iaitu mereka yang telah sesat lagi menyimpang dalam usaha mereka semasa hidup mereka di dunia sedang mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik.”(Surah Al-Kahfi. 18: 103-104)

Ini sifat orang-orang sesat. Adakah orang sesat lagi menyimpang mengaku bahawa mereka sesat? Bahkan terbalik, semua orang yang sesat lagi menyimpang mengatakan bahawa apa yang mereka buat adalah betul. Bahkan mereka mengatakan apa yang mereka buat itu baik.

أهوال يوم القيامه




قصة هاروت وماروت









Monday, February 23, 2015

Dajal Dan Tasik Tibriyyah

Paras air Tasik Galilee semakin merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini. Di antara punca kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melencongkan anak-anak sungai yang
mengalir ke Sungai Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan-kawasan lain di Israel, serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi. Akibat dari tindakan rakus ini.

 Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]

Terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar.

Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”
Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah barisan pertama yg akan
mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg saya ceritakan di atas..
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ]. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..
Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”
Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..
Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.



Air : Kehidupan Nabi Khidir dan Jack Sparrow : Manakah?

Kesepakatan Ulama Bahawa Khidir Tidak Mati dan Berumur Panjang

Nabi Khidir a.s. Sememangnya berumur panjang dan masih hidup sehingga sekarang. Walaupun ada sebahagian ulama’ masih mempertikaikannya tetapi majoriti ulama-ulama muktabar seluruh dunia semenjak zaman tabiin bersepakat bahawa Nabi Khidir masih hidup.

Imam Nawawi dalam kitab syarahnya menyebut;

”Sesungguhnya telah berlaku perselisihan di kalangan ulama’ mengenai hidupnya Khidir a.s. Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Khidir itu masih hidup lagi wujud di persekitaran.

Tambah Imam Nawawi lagi, ”Pendapat ini telah disepakati dikalangan ulama’-ulama Tasawuf, para soleh dan ahli-ahli ma’rifat (wali Allah). Cerita-cerita daripada mereka bahawa
mereka pernah melihatnya, bertemu dengannya, mengambil ilmu daripadanya, bersoal-jawab dengannya dan cerita-cerita tentang kewujudannya di tempat-tempat yang mulia dan di persekitaran yang baik, terlalu banyak untuk dihitung dan terlalu masyhur.” (Tahzib Asma’ Wa al-Lughaat, jilid 1/176, Syarah Sahih Muslim jilid 10/135-136).

Manakala seorang ulama Tafsir, Abu Ishak al-Tha’labi berkata, ”Ada sesetengah ulama berpendapat sesungguhnya Khidir tidak akan mati melainkan hanya pada akhir zaman aiaitu ketika diangkatkan al-Quran. (Fathul al-Baari, Jilid 6, ms 310)

Imam al-Yafie menegaskan dalam kitabnya, ”Apa yang aku telah sebut bahawa Khidir masih hidup merupakan pendapat yang juga telah diputuskan kebenarannya oleh para wali Allah dan telah dikuatkan kesahihannya oleh ulama’ Feqah, Ulama’ Usuluddin dan kebanyakan Ulama’ Hadith dan pendapat ini juga telah tersebar dikalangan orang ramai.” (Nasyru al-Mahasin al-Ghaaliah, ms 395-396)

Dua Pendapat Bagaimana Khidir Berumur Panjang

Di dalam kitab terdapat pelbagai versi cerita bagaimana Nabi Khidir boleh berumur panjang. Secara ringkasnya, ulama berpendapat bahawa Khidir berumur panjang berdasarkan dua sebab:

Pendapat Pertama;- Sebahagian ulama’ berpandangan umur Khidir panjang kerana kesan dari doa Nabi Adam a.s. yang mana sebelum baginda mangkat, baginda berdoa kepada Allah SWT agar memanjangkan umur orang yang telah mengambil tugas mengkebumikan jenazahnya. Dalam hal ini, Nabi Khidir dikatakan orang yang bertanggungjawab mengkebumikan Nabi Adam.

Pendapat Kedua;- Ada sebahagian ulama’ lain mengatakan Khidir telah panjang umurnya kerana minum air dari mata air kehidupan. Dari itu, baginda kekal hidup sehingga sekarang.

Pendapat Pertama: Doa Nabi Adam a.s.

Dalam riwayat Ibnu Ishak telah menyebutkan bahawa apabila sampai saat kewafatan Nabi Adam a.s., baginda telah mengkhabarkan kepada semua anak-anaknya bahawa taufan akan melanda. Baginda berpesan, sekiranya taufan berlaku hendaklah dibawa jasadnya itu menaiki kapal Nabi Nuh a.s. bersama-sama mereka dan kemudian dikebumikan di suatu tempat yang telah ditentukan.

Tidak berapa lama kemudian taufan pun melanda, maka Nabi Nuh .a.s. memerintahkan anak-anak Nabi Adam a.s. Membawa jasad bapa mereka ke atas kapal untuk dikebumikan di tempat yang telah diwasiatkan. Namun begitu mereka semua berasa takut kerana tiada tempat yang selamat untuk dikebumikan. Sehinggalah muncul Nabi Khidir maka barulah jasad Nabi Adam selamat dikebumikan.



Namun begitu, riwayat ini agak musykil kerana tedapat khilaf umur di antara Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Khidir dan anak-anak Nabi Adam sendiri yang boleh dipertikaikan.

Imam al-Aalusi menyebut, ”Inilah sebabnya mengapa dipanjang umur Khidir dan kalau sebab ini tidak dapat dipastikan kebenaran riwayatnya maka sebab lainnya yang masyur ialah umurnya menjadi panjang kerana terminum mata air hidup. (Imam al-Alusi, Ruuhu al-Maani, jilid 15, ms 322)

Ibnu Kathir pula dalam kitabnya Al-Bidaayah wa Nihayah menyebutkan bahawa pengkebumian jasad Nabi Adam oleh Khidir selepas taufan yang menyebabkan panjang umur adalah riwaayt yang jauh dari kebenaran. (Ibnu Kathir, Bidayah wa Nihayah, Jilid 1, ms 326)



Pendapat Kedua : Telaga Mata Air Hidup

Kisah air dari telaga ini adalah berdasarkan dari Tafsir Nasafi yang mengandungi sebuah hadith yang menyebut,

”Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menceritakn tentang sebab musafirnya Zulqarnain dengan sabdanya; ”Pada mulanya Zulqarnain teah terbaca di dalam beberapa kitab kenyataan bahawa salah seorang daripada anak-anak Sam bin Nuh akan meminum air mata kehidupan. Lantaran itu, dia pun dipanjangkan umurnya dan berterusan hidup. Dengan sebab itu, maka Zulqarnain pun bermusafir kerana mencari air mata hidup itu.”

”Ketika itu uga, Nabi Khidir adalah menteri dan anak saudara (kepada Zulqarnain). Suatu ketika Khidir terlebih dahulu menemui mata air hidup dan berpeluang meminumnya. Lalu Khidir pun meminum air mata hidup itu sebelum sempat Zulqarnain berpeluang minum.

Diceritakan Zulqarnain telah terbaca di dalam beberapa kitab bahawa salah seorang anak Sam bin Nuh akan meminum air dari mata air laut yang datang dari syurga. Selepas itu, dia akan dipanjangkan umur sehingga kiamat.

Disebabkan itu, Zulqarnain melakukan pengembaraan untuk mencari air mata hidup tersebut. Namun Khidir lebih dahulu menemui air tersebut dan meminumnya serta berwudhu dengannya. Riwayat ini disebutkan oleh al-Maqdisi.

Manakala dalam kitab Fathul Baari pula menyebut bahawa Zulqarnain mengetahui tentang telaga air mata hidup tersebut melalui salah seorang malaikat selepas beliau bertanya cara untuk memanjangkan umur. Selepas keluar mengembara akhirnya Khidir yang sampai dahulu dan berjaya meminumnya. Selepas itu, Zulqarnain tidak berhasil lagi menemui telaga air mata tersebut. (Imam Ibnu Hajar al-Asqalaani, Fathul al-Baari, Jilid 6, ms 310)

Namun begitu, harus diingat semua riwayat-riwayat ini berkemungkinan besar dari cerita-cerita Israeliyyat dan
kemungkinan terdapat tokok-tambah yang keterlaluan. Ia bukanlah bermaksud para ulama-ulama besar dahulu tidak menapis cerita dalam kitab-kitab mereka tetapi ia adalah untuk pengetahuan ilmu bagi umat yang akan datang. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat sekarang mendalaminya.

Sunday, February 22, 2015

Sunday, February 15, 2015

INTERNET : TMK TAHUN 5 KSSR




































Thursday, February 12, 2015

Di hujung waktu....


Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. 

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang
telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. 
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. 

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. 

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. 
Dia teringat... 
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 

Dia mula menjerit; 
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. 

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. 

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. 

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. 
Dia ditarik kembali ke atas. 

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. 

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 
"Siapakah anda?" 
Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." 

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,  "Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. 
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. 

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar. 

Wednesday, February 11, 2015

PLUG IN TMK TAHUN 5 KSSR


MICROSOFT ACCESS



RANGKAIAN KOMPUTER



SEJARAH KOMPUTER DAN INTERNET



MENGENALI INTERNET

Sebulan di Bingkor

11. 02. 2015














































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH