.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, July 27, 2016

Pengijazahan Sanad Al Fatihah oleh Syeikhul Qura' Asy-Syami

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih pemegang sanad Al-Quran tertinghi di dunia silsilah ke 28 selepas Rasulullah s.a.w

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih.
Berumur 90 tahun lahir 1926.
Digelar Syeikh Qurra. Beliau dibaiahkan (dilantik secara rasmi) sebagai Syeikhul Qurra Bilad Asy-Syam (Ketua Qari Al-Quran negara Syam) pada hari kewafatan Syeikhul Qurra, Asy Syeikh Hassan Khattab. Majlis Bai’ah dilakukan di dalam Masjid Al-Umawi di harapan seluruh ulama dan qari-qari Al Quran yang diketuai Asy-Syeikh Abu Hasan Al Kurdi pada 1408 hijrah atau 1988 Maihi, semenjak itu beliau memegang jawatan tersebut hingga hari ini.

Digelar sebagai Imam Asy-Syafie Shogir yakni Imam Syafii kecil kerana kefaqihannya didalam mazhab Syafii di Syria dan menjadi mufti didalam mazhab Imam Asy-Syafii.

Juga digelar "Syeikhul Arabiyyah" kerana menghafal syair-syair Arab, dan menguasai sastera Arab dan beliau mengajar sastera Arab.
Ketua Ulamak Quran Syam (Syria, Palestine, Israel, Jordan, dan sekitarnya).
Syeikh dinobatkan sebagai antara orang yang membaca Quran paling tepat.
Dan beliau juga memegang sanad bacaan AlQuran yang sangat hampir dengan Rasulullah ﷺs.a.w.

Beliau pemegang sanad Al-Quran tertinggi di dunia.

26 Julai 2016

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.


Wednesday, July 20, 2016

Renungan

MATI YANG PASTI.

"Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti. Oleh itu jadilah kamu sebagai anak anak akhirat dan janganlah menjadi anak anak dunia. Hari ini adalah hari beramal bukan hari hisab, sedangkan esok (akhirat) adalah hari dihisab bukan hari beramal"

-Sayidina Ali bin Abi Thalib-

Thursday, July 14, 2016

Da'ie dan Da'iyah

Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA..... Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah...

Dai'yah itu adalah wanita yang mengajak kepada kebaikan kepada , keluarganya, saudara-saudara wanitanya dan sahabat-sahabatnya,
buka Surat At Taubah 71.

Dakwah adalah tugas kita semua.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.
QS Âli ‘Imrân, 3: 110

Dan dakwah semampunya apapun bs menjadi alat dakwah bagi hamba yang beriman, dakwah dng dengan raga, dakwah dng tenaga, fikiran dan harta. "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.
(QS An Nahl 125)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH