.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, December 30, 2014

Al-Khotoya

Umumnya ramai memahami ‘al-khotaya’[kesilapan atau kesalahan] adalah sesuatu yang sudah diketahui atau bersifat dharuri di dalam perkara berkaitan agama  seperti melakukan perkara-perkara haram atau maksiat .

‘Al-Khotoya’  bermaksud :

“ Segala perkara yang bertentangan dengan sunnah ilahiah atau disiplin ilmu atau kaedah-kaedah syarak atau menyalahi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah”.

Bentuk-bentuk kesilapan  :

1. Mengabaikan konsep mengambil kira sebab musabbab.

  Dalil : Anfal : 60

60. dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

2. Tidak peduli konsep ‘al-hazar’[kewaspadaan] di dalam berinteraksi dengan manusia terutama terhadap musuh-musuh Islam.

Dalil : Surah an-Nisa’ : 71 /102

71. Wahai orang-orang Yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak Demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

102. dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya Dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai Dengan serentak. dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu Yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa Yang amat menghina.

3.     Tidak bersungguh-sungguh atau tekun di dalam gerak kerja Islam sehingga membawa kepada keserabutan, semberono, tidak terancang yang berakhir dengan kegagalan dan menyalahi nas syarak.

Dalil :Hadis Nabi SAW

“ Sesungguhnya Allah amat suka orang yang apabila melakukan sesuatu perkra ia kerjakan dengan bersungguh-sungguh dan itqan]

4. Perselisihan dan perpecahan yang membawa kepada kelemahan , ketewasan dan hilang kekuatan.

Dalil : Ali Imran : 105

105. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka Yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa Yang besar.

5. Penyakit ujub, takbur dan bangga diri yang memusnahkan agama. Rasulullah SAW pernah berdoa memohon perlindungan dari ada sebutir penyakit bangga diri.

6. Tidak pintar dan bijak menilai sesuatu perkara dari sudut baik buruknya.

Dalil : Hadis Nabi SAW

“ Seorang mukmin adalah yang pintar, bijak dan berhati-hati..”

“ Barangsipa yang mempelajari bahasa bangsa lain, maka terselamat dari tipudaya mereka”.

7. Terjebak di dalam kezaliman, hilang nilai keadilan, berhukum berdasarkan kepentingan hawa nafsu, mengabaikan fungsi amr makruf dan nahi mungkar yang membawa kepada pintu kerosakan umat.

Dalil : al-Maidah : 78

78. orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

‘al-Khotoya’ di dalam al-Quran

1. ‘az-Zunub’ [dosa] : al-An’am : 6

6. tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat Yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) Yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka Dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka Dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat Yang lain?

 2. ‘al-‘Atham’ [dosa] : al- An’am : 120

120. dan tinggalkanlah kamu dosa Yang nyata dan Yang tersembunyi. kerana Sesungguhnya orang-orang Yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas Dengan apa Yang mereka telah lakukan.

 3. ‘al-Khotiah’ [kesalahan] : Nuh : 25

25. disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke Dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang Penolong Yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).

4. ‘al-Zulm’ dan ‘al- Fusuq’ [zalim dan fasiq] :al-Baqarah : 59

59. kemudian orang-orang Yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) Yang dikatakan kepada mereka Dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang Yang zalim itu bala bencana dari langit, Dengan sebab mereka sentiasaberlaku fasik (menderhaka).

5. ‘as-Suuk’ dan ‘al-Mungkar’ [kejahatan dan kemungkaran] :al-Anbiya’ : 77

77. dan Kami membelanya dari angkara kaum Yang mendustakan ayat-ayat kami; Sesungguhnya adalah mereka kaum Yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas Dengan taufan).

6. ‘al-Utuyy’ dan ‘al-Istikbar’ [menderhaka atau melanggar perintah Allah dan rasa hebat] :at-Tholaq : 8-9

8. dan bukan sedikit negeri-negeri Yang penduduknyamenderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu Dengan hitungan Yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka Dengan azab Yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.

9. lalu mereka merasai kesan Yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian Yang besar.

7. ‘al-Maksiah’ [penderhakaan] : al-Jin :23

23. “(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaKu menyampaikannya); dan sesiapa Yangmenderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka Sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.”.

8. ‘al-Fasad’ dan ‘al-Inhiraf’ [ kerosakan dan penyelewengan] : al-Fajr : 12-13

12. lalu mereka melakukan Dengan banyaknyakerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

13. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

Kesilapan Haraki di dalam gerak kerja Amal Islami

Membiarkan kepimpinan dipimpin mereka yang rosak dan tidak menghalangnya dari berterusan melakukan kejahatan sehingga membawa kepada menuruti hawa nafsu dan meminta untuk membeli habuan kepentingan tertentu.Mengabaikan binaan tarbawi dan aktivisme dakwah, sibuk dengan urusan politik dari mencari memperjuangan kepentingan Islam  yang lebih besar dan tinggi.Wujud kumpulan-kumpulan kecil di dalam sof [tanzim], penguasaan beberapa orang tertentu di dalam pembuatan dasar dan polisi  dengan sebab kelalaian pimpinan menanganinya.Berpegang kepada politik ‘memencilkan kelompok senior’ atau ‘menaikkan kelompok junior’ sehingga gerakan Islam lompong dari pimpinan yang berkelayakan dari sudut keilmuan dan pengaruh masyarakat. Ini menjadikan institusi dan agensi di dalam pelbagai sudut aktivismenya [pendidikan, dakwah, politik,pentadbiran] dari mereka yang berkemampuan untuk menyumbang dan berkreativiti.Kegagalan untuk menjaga sendiri keputusan yang disyurakan dan legitimasinya terutama di dalam berdepan kekuatan pembuat dasar iaitu kuasa pemerintah sehingga cenderung kepada pemerintah yang zalim sebagai alternatif cenderung kepada Allah, berpegang dengannya tali Allah dan  bekerja menarik manusia kepada jalan Allah.Mengekalkan peranan institusi dari tidak melaksanakan sebahagian tugas atau berada di posisi pembuatan dasar seperti memisahkan pegawai tentera dari penjawat awam sekalipun mereka bukanlah orang yang berada dalam tanggungjawab tersebut.Mengamalkan politik cantas mencantas disebabkan ada ahli yang menyalahi keputusan tanzim. Kesatuan sof wajib didahulukan dari mana-mana perkiraan. Jika dibiarkan mereka yang melakukan jenayah syarak dan tanzim kekal berterusan akan menimbulkan fitnah dalaman yang membinasakan jamaah.Tidak menekuni permainan politik semasa dari sudut isu persepakatan politik [tahaluf], pencalonan sebagai ahli parlimen, khitab politik dan fungsinya yang menghilangkan fokus kepada mencari maslahah islam yang hakiki. Persepakatan yang dilakukan mesti dalam kerangka membawa maslahah umat dan islam.

Maka:

Pesanan Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi ialah :

Janganlah kamu disibukkan dengan perkara furu’ dari yang usul, perkara juziyyat dari yang kulliyat, kulit daripada isi, perkara sunat dari yang fardhu, kamu hendaklah mendalami fiqh maratib amal sehingga tidak berlaku kecacatan dalam penentuan syarak terhadap segala taklif yang diwajibkan ke atas kamu..”.

Imam al-Ghazali menyebut : ‘faqdan at-tartib bainal khairat min jumlatis syurur’.

Maksudnya : Hilangnya memahami urutan antara kebaikan-kebaikan adalah sebahagian dari bentuk himpunan kejahatan.

Di dalam bahasa yang mudah, Allah tidak akan menerima ibadat sunat kita melainkan setelah dikerjakan yang wajib, begitu juga Allah tidak menerima yang furu’ melainkan setelah dilaksanakan yang usul.

[al-awlawiyat al-harakiyyah fi ‘aqob 11 ilul Dr Fathi Yakan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)