.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, December 30, 2014

Zaid Ibn Thabit

Zaid bin Thabit Adh-Dhahhak Al-Ansari An-Najjari atau lebih dikenali sebagai Zaid ibn Thabit r.a. merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w.. Beliau telah tinggal bersama Rasulullah S.A.W. ketika baginda berada di Madinah. Ketika berusia berusia 11 tahun Zaid ibn Thabit r.a. telah dapat menghafal 11 surah.

Perkataan al-Khazraji yang terdapat pada salasilah keturunannya adalah merujuk kepada kabilah terkenal di Madinah, iaitu kabilah Khazraj. Dengan itu dapat difahami bahawa beliau adalah penduduk asal kota itu. Kemungkinan beliau dilahirkan di kota tersebut. Semasa ketibaan Rasulullah saw ke Madinah, beliau baru berusia 11 tahun. Apabila baginda saw membuat persediaan ke peperangan Badar, Zaid telah menyatakan hasratnya untuk turut serta bersama tentera Islam ke medan peperangan. Oeh sebab umurnya yang terlalu muda, dia tidak diizinkan baginda saw. Walaubagaimanapun, beliau dikatakan dapat menyertai peperangan Uhud, Khandaq, dan Tabuk. (al-Nawawi 1:201)

Dilahirkan pada tahun 10 sebelum hijrah, atau 10 tahun lebih muda dari Ali bin Abi Thalib, Zaid dan keluarganya berasal dari kabilah Bani An-Najjar. Keluarganya termasuk kelompok awal penduduk Madinah yang menerima Islam. Di bawah bimbingan dan pendidikan orang tuanya, Zaid tumbuh menjadi seorang pemuda cilik yang cerdas dan berwawasan luas.

Zaid adalah seorang anak yatim. Semasa Zaid bin Sabit berusia enam tahun, bapanya meninggal dunia. Semasa Nabi Muhammad berpindah ke Madinah, umur Zaid pada ketika itu berusia sebelas tahun.

Usianya yang muda itu menghalangnya daripada menyertai Perang Badar dan Perang Uhud. Walaupun usianya terlalu muda, Zaid tetap bersemangat berperang melawan musuh.

Pernah pada suatu hari, Zaid berjumpa Nabi Muhammad meminta kebenaran menyertai siri peperangan tentera Islam.

"Wahai Nabi Muhammad, saya mahu pergi berperang," kata Zaid yang masih kecil itu.

"Kamu masih kecil lagi Zaid. Apabila kamu sudah dewasa nanti ikutlah kami pergi berperang," kata Nabi Muhammad kepada Zaid.

Masa berlalu. Zaid semakin meningkat dewasa. Selepas itu beliau sering menyertai peperangan di antara tentera Islam dan tentera musuh. Cerita ini dikisahkan semasa Zaid bin Sabit menyertai Perang Tabuk yang berlaku pada Tahun Masihi 631. Perang Tabuk ini berlaku di antara tentera Islam dan tentera Rom. Pada peperangan itu tentera Rom kalah dan berundur. Kejayaan ini menyebabkan ramai kabilah yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab membayar cukai kepada kerajaan Islam.

Ketika tentera Islam menuju ke medan Perang Tabuk, bendera Bani Malik dipegang oleh seorang yang bernama Amarah.

"Serahkan bendera itu kepada Zaid bin Sabit," kata Nabi Muhammad selepas terlihat bendera itu dipegang oleh Amarah.

Amarah menjadi hairan. Beliau berasa tidak sedap hati.

Beliau bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ada sesuatu yang tidak kena dengan saya? Atau saya melakukan kesilapan tadi sehingga tuan tidak mengizinkan saya memegang bendera itu."

Nabi Muhammad tersenyum mendengar soalan itu dan menjawab, "Tidak ada yang tidak kena dengan kamu.

"Sekiranya begitu, mengapa saya perlu menyerahkan bendera ini kepada Zaid? Saya juga mampu membawa bendera ini," jawab Amarah pula.

Rupa-rupanya Amarah tidak memahami maksud Nabi Muhammad.

Kemudian Nabi Muhammad menghampiri Amarah dan berkata, "Saya mahu Zaid yang memegang bendera itu kerana Zaid lebih banyak ilmu pengetahuannya mengenai al-Quran berbanding kamu."

Lalu Amarah menjawab, "Fahamlah saya sekarang."

Amarah menyerahkan bendera itu kepada Zaid seperti yang diarahkan oleh Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad bukan pilih kasih. Beliau berbuat demikian kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sesuatu kelebihan pada diri mereka. Begitu juga semasa Perang Uhud, Nabi Muhammad mengebumikan mayat tentera Islam yang gugur mengikut tahap ilmu pengetahuan yang mereka miliki di dalam satu liang lahad.

Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, Zaid memegang peranan penting dalam urusan pemerintahan di Madinah. Semasa zaman pemerintahan Umar al-Khattab dan Usman bin Affan, Zaid adalah sahabat yang dipercayai dapat memberikan fatwa.

Zaid bertanggungjawab memegang jawatan mufti pada ketika itu di Madinah. Fatwa Zaid yang terkenal adalah dalam bidang pembahagian harta pusaka.

Semasa Nabi Muhammad masih hidup, beliau pernah berkata, "Orang yang paling pakar dalam bidang faraid di antara kalian ialah Zaid bin Sabit."

Kekuatan daya ingatan Zaid ibn Thabit r.a. menjadikan Zaid ibn Thabit r.a. dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan oleh Zaid ibn Thabit r.a. bahawa 'Rasulullah S.A.W. berkata kepadanya "Aku berkirim surat kepada orang, dan aku khuatir, mereka akan menambah atau mengurangi surat-suratku itu, maka pelajarilah bahasa Suryani", kemudian aku mempelajarinya selama 17 hari, dan bahasa Ibrani selama 15 hari.'

Zaid ibn Thabit r.a. mengikuti Rasulullah S.A.W. dalam peperangan Khandaq dan peperangan yang berikutnya. Dalam peperangan Tabuk, Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan bendera Bani Najjar yang di bawa oleh Umaroh sebelum itu, kepada Zaid ibn Thabit r.a.. Apabila Umaroh bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W. baginda bersabda :"Al Quran harus diutamakan, sedang Zaid lebih banyak menghafal Al Quran daripada engkau."

Zaid ibn Thabit r.a. juga dilantik menjadi setiausaha pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Ketika pemerintahan Khalifah Usman r.a., Zaid ibn Thabit r.a. dilantik menguruskan Baitul Mal. Khalifah Umar r.a. dan Usman r.a. juga turut melantik Zaid ibn Thabit r.a. memegang jawatan pejabat khalifah ketika beliau menunaikan haji.

Zaid ibn Thabit r.a. juga telah diamanahkan untuk mengumpul dan menuliskan al-Quran pada zaman khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah Umar r.a. Zaid ibn Thabit r.a. meninggal pada 51H.

Zaid ibn Thabit r.a. meriwayatkan sembilan puluh dua hadith Rasulullah S.A.W. Lima daripadanya disepakati oleh Iman Bukhari dan Muslim. Iman Bukhari juga meriwayatkan empat hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Thabit r.a. , sementara Imam Muslim meriwayatkan satu hadis yang lain bersumberkan dari Zaid ibn Thabit r.a.

Beliau  adalah seorang ilmuan ulung. Kedudukannya diakui sendiri oleh baginda saw di dalam hadithnya yang menyebut : "Orang yang paling arif dikalangan kamu tentang faraid ialah Zaid". Dengan kedudukan itulah, Imam al-Shafi'i menerima pendapat beliau di dalam urusan faraid.

Pada masa baginda saw, beliau merupakan salah seorang sahabat yang dibenarkan mengeluarkan fatwa. Ibn Hazm mengatakan, beliau adalah sahabat yang paling banyak mengeluarkan fatwa.

Semasa pemerintahan Abu Bakar, beliau adalah diantara orang yang berusaha mengumpulkan al-Quran. Umar dan Uthman amat memuliakannya. Kedudukan ini ternyata apabila kedua-dua khalifah itu mengutamakannya daripada sahabat yang lain di dalam masalah kehakiman, fatwa, faraid, dan qiraat.

Di dalam bidang hadith, beliau termasuk ke dalam mereka yang banyak meriwayatkan hadith daripada baginda saw. Periwayatan beliau diterima oleh sebilangan besar para perawi di kalangan sahabat dan tabi'in. Diantara mereka termasuklah Ibn Amru, Abu Sa'id, Abu Hurairah, Abdullah bin Zaid, Sahl bin Hanif, Anas bin Malik, dan Sahl bin Saad. Diantara para tabi'in pula, Said bin al-Musaiyyib, Sulaiman bin Yassar, Bishr bin Said, dan anak Bishr, iaitu Kharijah dan Sulaiman.

Kehebatan beliau di dalam bidang ilmu ternyata apabila sepuluh orang fuqaha' Madinah pernah menjadi murid beliau. Mereka ialah Said bin Musaiyyib, Abu Salamah bin Abd al-Rahman, Ubaidullah bin Abdullah, Utbah bin Mas'ud, Urwah bin al-Zubair, Abu Bakr bin Abd al-Rahman, Kharijah bin Zaid, Sulaiman bin Yassar, Abban bin Uthman, dan Qubaidah bin Dhu'aib. Beliau wafat di Kota Madinah pada tahun 45H.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)