.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, December 27, 2014

Sempena Maulidur Rasul s.a.w (6)

Sabda Rasulullah s.a.w, mengenai Al-Qur’an :

"Al-Qur’an merupakan sebuah Kitabullah Tabaraka wa Ta’ala yang di dalamnya terdapat berita manusia sebelum kamu dan sesudah kamu, dan menghukum apa yang terjadi di antara kamu; dia membentangkan mana yang benar dan mana yang salah, bukan suatu permainan. Barangsiapa meninggalkannya kerana sombong, maka Allah akan membinasakan nya; dan barangsiapa mencari pemimpin selain Al-Qur’an akan disesatkannya oleh Allah; dia adalah  tali Allah yang kukuh dan cahayaNya yang menerangi serta peringatan yang sangat bijaksana; dia adalah jalan yang lurus. Dengan berpedoman pada dia, seluruh keinginan manusia tidak akan salah, lidah tidak akan bercampur, pendapat tidak akan porak poranda. Dan dengan bersumber dari dia, para ulama’ tidak akan merasa kenyang. Dan tak akan larut kerana banyaknya yang menentang dan keindahan-keindahannya tidak akan habis. Dialah yang jin apabila mendengarnya tidak habis-habisnya mengatakan: “Sungguh kamu mendengarkan suatu bacaan yang sangat mengagumkan sekali.” Barang siapa yang mengetahui ilmunya pasti akan unggul dan barang siapa berkata dengan dia pasti benar; dan barangsiapa berhukum dengan dia pasti Adil; dan barangsiapa beramal dengan dia pasti diberi pahala, serta barangsiapa mengajak manusia kepadanya, pasti akan terpimpin ke jalan yang lurus."
(HR. At-Tirmidzi dari Ali Radhiyallahu ‘anhu.) 

Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah An-An’am ayat 151-153 meriwayatkan sepuluh inti perintah Allah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalam, untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia, agar mendapatkan kesejahteraan hidup baik di dunia mahupun di akhirat.                 
Katakanlah: “Marilah aku ((Muhammad) bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, iaitu:

1.      Jangan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah.
2.      Berbuat baiklah terhadap kedua orang ibubapa.
3.      Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada
mu dan kepada mereka.
4.      Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi.
5.      Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh  Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami.
6.      Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa.
7.      Dan sempurnakanlah timbangan dengan adil. Kamu tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.
8.      Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil meskipun dia adalah kerabat (mu)
9.      Dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah  kepadamu agar kamu ingat. Bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus.
10.    Maka ikutlah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH