.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 13, 2014

USUL FIQH : AL-TAQLID

Dari Bahasa Arab, al-Taqlid ialah meletakkan sesuatu mengelilingi leher seperti rantai. Dari sudut istilah, al-Taqlid ialah:

Mengikut orang yang pendapatnya bukan hujjah.

Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:

Berdasarkan definisi orang yang pendapatnya bukan hujjah maka terkeluarlah ikutan terhadap Rasulullah s.a.w., para ahli al-Ijma‘ dan para sahabat sekiranya kita mengira pendapat para sahabat sebagai hujjah. Jadi mengikut salah seorang dari mereka yang disebut tadi tidaklah dinamakan al-Taqlid kerana ia adalah mengikut hujjah. Akan tetapi boleh juga dinamakan al-Taqlid dari sudut majaz (bahasa kiasan) dan umum.


Keadaan-keadaan al-Taqlid

Al-Taqlid berlaku di dua tempat;

Pertama: sekiranya muqallid (orang yang bertaqlid) itu seorang awam yang tidak dapat mengenalpasti sesuatu hukum dengan sendiri. Jadi dia mestilah bertaqlid berdasarkan kepada firman Allah Ta'ala (al-Anbiyaa’ 21:7) - Maksudnya: Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Dia hendaklah bertaqlid kepada sebaik-baik orang yang alim dan warak. Sekiranya didapati dua orang yang serupa, dia boleh memilih antara mereka berdua.

Kedua: sekiranya seseorang mujtahid (orang yang berijtihad) itu menghadapi sesuatu masalah yang memerlukan penyelesaian segera dalam keadaan dia tidak sempat membuat kajian, di sini dia dibenarkan bertaqlid. Sesetengah ulama' membolehkan bertaqlid di sini dengan syarat masalah tersebut tidak merupakan masalah dasar agama yang wajib dii'tiqadkan (dipercayai) kerana i'tiqad-i'tiqad mestilah mempunyai kepastian manakala taqlid hanya membawa zhan sahaja.

Pendapat yang rajih dalam perkara ini ialah ianya tidak disyaratkan berdasarkan kepada dua perkara iaitu:

Umum firman Allah Ta’ala (al-Anbiyaa’ 21:7) - Maksudnya: Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Ayat ini di dalam konteks penetapan risalah yang merupakan salah satu dasar agama.

Bahawa seseorang awam itu tidak mampu mengenal pasti sesuatu kebenaran melalui dalil-dalilnya. Jadi apabila dia tidak dapat mengenal pasti sesuatu kebenaran dengan usahanya, tiada yang tinggal kecuali bertaqlid, berdasarkan firman Allah Ta’ala (al-Taghaabun 64:16) - Maksudnya: Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu.


Jenis-jenis al-Taqlid


Al-Taqlid terbahagi kepada dua iaitu:

1- Al-Taqlid al-'am, iaitu seseorang itu berpaut kepada mazhab tertentu dengan mengamalkan apa sahaja perintah mahupun kelonggarannya dalam seluruh hal-hal agama.

Para ulama telah berselisih pendapat dalam perkara ini;

Ada yang mewajibkan dengan hujah tiada kemampuan berijtihad di kalangan orang terkemudian.

Ada juga yang mengharamkan dengan hujah ini bermaksud berpaut secara total dalam mengikut selain daripada Rasulullah s.a.w.

Shaikh al-Islam Ibnu Taimiyah telah berkata, “Sesungguhnya pendapat yang mewajibkan al-Taqlid sepenuhnya, ertinya menetapkan ketaatan terhadap selain Rasulullah s.a.w. dalam semua perintah dan larangan. Ini menyalahi al-Ijma' dan kebenarannya amat menyangsikan.”

Beliau berkata lagi, “Sesiapa yang berpaut kepada mazhab tertentu, kemudiannya beramal menyalahinya tanpa bertaqlid kepada orang alim lain yang memberi fatwa kepadanya atau tanpa pendalilan dengan dalil yang menuntut sesuatu yang berlainan atau tanpa kelonggaran Syara' yang membenarkan amalannya; dalam keadaan ini dia sebenarnya mengikut hawa nafsunya dan melakukan satu perkara haram tanpa kelonggaran Syara'. Perbuatan ini adalah keji. Akan tetapi, sekiranya dia dapat tahu ada perkara yang menjadikan satu pendapat itu lebih rajih (kuat) daripada satu pendapat lain, samada dalil-dalil yang memperincikan, yang dapat dia fahami dan ketahui, ataupun dia mendapati salah seorang daripada dua orang yang berselisih itu lebih mengetahui tentang masalah itu dan lebih bertaqwa; lalu dia meninggalkan yang marjuh (tidak kuat) dan berpindah kepada yang rajah (lebih kuat), ini dibenarkan bahkan diwajibkan. Demikianlah yang telah diterangkan oleh al-Imam Ahmad.”

2-Al-Taqlid al-khas, iaitu seseorang itu mengambil pendapat tertentu dalam masalah tertentu. Ini dibolehkan sekiranya dia tidak mampu mengenal pasti kebenaran melalui al-Ijtihad, tidak kira samada dia benar-benar tidak mampu ataupn dia mampu tetapi dengan penuh susah payah.


Fatwa orang yang bertaqlid


Allah Ta’ala berfirman (al-Anbiyaa’ 21:7) - Maksudnya: Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Ahli al-dzikr ialah para ilmuan manakala orang yang bertaqlid tidak tergolong daripada para ilmuan yang diikuti. Sebaliknya dia mengikut orang lain.

Abu Umar bin Abdul Barr telah berkata, “Orang ramai telah berijma' bahawa orang yang bertaqlid tidak dikira tergolong daripada para ilmuan. Sesungguhnya ilmu itu ialah mengenal pasti kebenaran melalui dalilnya.”

Ibnu al-Qayyim telah berkata, “Perkara ini seperti yang dikatakan oleh Abu Umar, sesungguhnya orang ramai tidak berselisih bahawa ilmu ialah pengetahuan yang terhasil daripada dalil. Sekiranya tidak ada dalil, ianya adalah taqlid.”

Beliau kemudiannya membawa tiga pendapat dalam membenarkan fatwa dengan al-Taqlid seperti berikut:

  1. Tidak boleh fatwa dengan al-Taqlid kerana ini bukan ilmu dan fatwa tanpa ilmu adalah haram. Ini pendapat kebanyakan al-Hanbaliyyah dan jumhur al-Syafi’iyyah.

  1. Boleh dalam perkara berkaitan dirinya sendiri tetapi tidak boleh dalam memberi fatwa kepada orang lain.

  1. Boleh sekiranya diperlukan dan tidak wujud cendekiawan yang mujtahid. Inilah pendapat yang terkuat dan diterimapakai.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)