01.
Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar
apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal
apabila mempunyai rencana/ rancangan;
04. Ikhlas
dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan
membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan
menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan
putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan
iri hati dengan kekayaan orang;
09. Jangan
hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan
sombong jika memperoleh kejayaan;
11. Jangan
tamak kepada harta;
12. Jangan
terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan
hancur kerana kezaliman;
14. Jangan
goyah kerana fitnah;
15. Jangan
berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan
campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan
sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan
usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan
sakiti anak yatim;
20. Jauhkan
diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan
membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak
berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan
solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan
solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid;
25. Biasakan
solat malam;
26.
Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan
puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi
dan santuni fakir miskin;
29. Jangan
ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan
marah berlebih-lebihan;
31.
Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.
Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33.
Berlatihlah untuk banyak berfikir;
34. Penuhi
janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab
tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan
mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan
percaya ramalan manusia;
37. Jangan
terlampau takut miskin;
38.
Hormatilah setiap orang;
39. Jangan
terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan
sombong, takabur dan besar kepala;
41.
Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan
istighfar dan taubat kepada Allah;
43.
Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi
rumah dengan bacaan Al-Quran;
45.
Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup
aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47.
Bicaralah secukupnya;
48.
Beristeri/bersuami jikalau cukup syaratnya;
49. Hargai
waktu, aturkan waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan
hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan
diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan
waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah
secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54.
Hormatilah kepada guru dan ulama;
55.
Selalulah berselawat kepada nabi;
56. Cintai
keluarga Nabi saw;
57. Jangan
terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau
mudah berjanji;
59. Selalu
ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan
sementara;
60. Jauhkan
diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang
tidak berguna;
61. Bergaul
lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering
bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan
ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan
orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan
dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan
membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan
benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih
untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69.
Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan.
70. Jangan
melukai hati orang lain;
71. Jangan
membiasakan berkata dusta;
72.
Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah
amanah dengan penuh tanggungjawab;
74.
Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati
orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan
membuka aib orang lain;
77. Lihatlah
orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berjaya dari
kita;
78. Ambilah
pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan
waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan
sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah
manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali
kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan
membuat orang lain menderita dan sengsara;
84.
Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai
kejayaan dan pemberian orang;
86. Jangan
habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah
dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan
waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri
kita;
89. Jangan
berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah
nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91.
Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk
melupakan jasa kita;
92. Jangan
berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata
sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan
cepat percaya kepada berita jelek yang bersangkutan teman kita sebelum
dipastikan kebenarannya;
94. Jangan
menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan;
95.
Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)dengan penuh keakraban
dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan
memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97.
Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari
kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah
bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan
melahirkan kerosakan;
99. Jangan
berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.