.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 20, 2014

PARA ASHAB : SIAPAKAH SEBENARNYA




ASHABUS SYIMAL: 

Golongan Kiri, iaitu golongan yang akan menerima kitab amalan di dunia dengan tangan kiri. Mereka ini ‎ialah orang Mukmin yang ‘Asi’ atau Mukmin yang durhaka. Kejahatan mereka lebih ‎berat dari kebaikan yang mereka lakukan. Dosa mereka lebih banyak dari pahala. Inilah golongan yang terbanyak dari kalangan umat Islam yang terkeluar dari golongan murtad, kafir dan munafik.

Mereka ini akan dihisab dan melalui titian sirat kemudian dimasukkan ke dalam ‎Neraka dahulu, sebelum dimasukkan ke dalam Syurga. Mereka dimasukkan ke dalam ‎Neraka berdasarkan kepada dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Setelah tamat ‎penyiksaan mereka di Neraka selama beribu-ribu tahun dunia, barulah mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.‎



ASHABUL YAMIN : 

Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ atau golongan kanan iaitu orang yang menerima kitab catatan amalannya di dunia ‎dari tangan kanan. Mereka ialah golongan orang-orang soleh, abrar ataupun ‎golongan ‘muflihun’. Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ adalah orang-orang ‎yang memiliki sekurang-kurangnya Iman dan mereka juga adalah orang ‎yang amal kebajikannya melebihi kejahatannya. Sekalipun golongan ini ‎terlepas dari azab neraka, namun mereka tidak terlepas menerima hisab ‎dari Allah swt. Mereka agak lambat untuk menempuh ‘titian siraat’ ‎disebabkan oleh pemeriksaan terhadap mereka.‎

Diterangkan bahawa di atas titian ‘Shiratul Mustaqim’ terdapat lima ‎tempat pemeriksaan. Dan lima tempat pemeriksaan itu dijaga oleh para ‎malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah ‎bagaimana sekiranya kita terhenti di kelima tempat pemeriksaan itu? ‎Sedangkan sehari di Akhirat dinisbahkan seribu tahun di dunia.‎

Sebab itu tidak hairan mengapa orang-orang ‘Muqarrabin’ itu tidak mahu ‎menjadi orang Soleh. Kerana orang Soleh, walaupun masuk ke Syurga, ‎terpaksa dihisab terlebih dahulu. Ini sudah tentu menyusahkan mereka. ‎Sebab itu mereka lebih suka untuk mati syahid dalam mempertahankan ‎agama Allah swt. Sebab orang yang mati syahid, langsung dimasukkan oleh ‎Allah swt. ke dalam Syurga.‎

Terpaksa terhenti untuk dihisab di ‘Shiratul Mustaqim’ adalah merupakan ‎penderitaan dan azab bagi golongan Muqarrabin. Oleh sebab itu di dalam ‎kitab terutama kitab-kitab Tasawuf diterangkan bahawa kebaikan yang ‎dibuat oleh orang abrar atau orang Soleh adalah merupakan kejahatan bagi ‎golongan Muqarrabin. Bagi golongan Muqarrabin, sesuatu hal yang dianggap ‎halal tetapi menyebabkan akan dihisab, itu adalah suatu kejahatan.‎





ASHAABUL A’RAF ( أصحاب الأعراف ): 

A’raf ( الأعراف ) adalah jama’ dari urf( عرف ) yang ertinya pagar yang tinggi yang diletakkan antara penduduk syurga dan penduduk neraka. Adapun secara bahasa makna urf iaitu tempat yang tinggi. (Fathul Qadir, Juz III hal 39)

Ashaabul A’raf adalah golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu ‎sama ‎banyak. Ini pendapat yang lebih kuat. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak masuk ke Neraka, ‎tetapi ‎mereka lebih lambat masuk ke Syurga daripada golongan ‘Ashaabul Yamin’ ‎yang ‎setelah menempuh siraatal mustaqim, tidak ada halangan lagi untuk masuk ke ‎Syurga. ‎Tetapi bagi golongan ‘Ashabul A’raf’, setelah mereka menempuh ‘Siraatal ‎mustaqim’ ‎mereka masih lagi dihalang untuk ke Syurga.‎

Pendapat Ulama

Ibnu Jarir berkata bahawa yang dimaksud disini adalah dinding sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam firman Allah,

فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ

“Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa”. (Qs. Al-Hadid :13)

Mujahid berkata : “Yang dimaksud a’raf adalah pembatas antara syurga dan neraka.”

Ibnu Abbas berkata : “Ia adalah sebuah pagar “.

As-Suudi berkata : “Dinamakan a’raf kerana penghuninya mengetahui keadaan manusia (yang ada di syurga dan di neraka).” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/119)

وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ وَعَلَى الأعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلا بِسِيمَاهُمْ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ .وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ . وَنَادَى أَصْحَابُ الْأَعْرَافِ رِجَالًا يَعْرِفُونَهُمْ بِسِيمَاهُمْ قَالُوا مَا أَغْنَى عَنْكُمْ جَمْعُكُمْ وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ.

“Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas; dan di atas A’raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka dan mereka menyeru penduduk syurga: “Salaamun ‘alaikum [Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kalian]“. mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya). Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu. Dan orang-orang yang di atas A’raaf memanggil (dengan tempelak) beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka kenalinya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan: “Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu.” (QS. Al A’raf : 46-48)


Siapakah Ashabul A’raf?

Jumhur Ulama mengatakan bahawa ashabul a’raf adalah dari Bani Adam semuanya. Namun Muqaatil berkata bahawa ini khusus umat Nabi Muhammad solallaahu ‘alaihi wa sallam. Wallahu A’lam.

Adapun jika melihat berdasarkan amalan yang mereka perbuat maka dalam hal ini ada beberapa pendapat diantaranya:

1. Kaum yang mati berperang di jalan Allah dalam keadaan bermaksiat kepada orang tuanya. Maksiatnya kepada orang tua menjadikan ia terhalang dari syurga, jihadnya di jalan Allah menjadikan ia terhalang untuk memasuki neraka. Pendapat ini dikuatkan dengan sebuah riwayat dari Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam. (HR. Tabrani, Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani menyatakan bahawa hadits ini adalah hadits munkar (lihat As-Silsilah Ad-Da’ifah- Mukhtasharah 6/ 292, no 2791)

2. Kaum yang mana antara kebaikan dan keburukan yang mereka lakukan seimbang, kebaikan mereka tidak mampu menjadikan mereka sampai ke syurga, sementara keburukan mereka tidak juga menjadikan mereka ahli neraka. Ini adalah pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Huzaifah Asy-Sya’bi dan Qatadah.

3. Anak zina. Ini adalah diriwayatkan dari Salih maula At-Tuamah dari Ibnu Abbas.

4. Kaum yang salih, yang ahli ilmu fiqh dan ulama, keberadaan mereka di sana adalah dalam rangka menghibur diri mereka saja. Ini adalah diriwayatkan dari Al-Hasan dan Mujahid.

5. Kaum yang mana ayah mereka meredhai sementara ibunya tidak, begitu juga sebaliknya. Ini adalah diriwayatkan oleh Abdul Wahab bin Mujahid dari Ibrahim.

6. Orang yang mati pada zaman fatrah (zaman kekosongan Nabi). Dan mereka tetap dalam agama mereka, ini diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Yahya

7. Para Nabi, pendapat ini diriwayat dari Ibnu Al-Anbari.

8. Anak orang-orang musyrik, ini disebutkan oleh Al-Manjuufi dalam tafsirnya.

9. Kaum yang beramal kerana Allah tetapi mereka riya’ dalam amalnya. (Zadul Masiir, juz 2/484). Pendapat ini tertolak, kerana mana mungkin ikhlas dan riya’ berkumpul dalam satu masa.

10. Suatu kaum yang melakukan dosa kecil, akan tetapi dosa itu tidak terhapus dengan sakit dan musibah ketika mereka di dunia. Dan mereka juga tidak melakukan dosa-dosa besar. Maka dosa-dosa kecil itu menghalangi mereka untuk masuk syurga.

11. Para malaikat yang bertugas memilih-milih siapa yang mu`min dan yang kafir sebelum mereka dimasukkan kedalam syurga atau neraka. Namun pendapat ini perlu diteliti kerana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran adalah seorang laki-laki Ar Rijal. Dan sebagaimana diketahui para Malaikat tidak pernah berbuat dosa. (Tafsir Al-Qurtubi, 7/212)

12. Ibnu Katsir berkata: “Semua pendapat ini adalah saling berdekatan, yang kembali kepada satu makna iaitu mereka adalah kaum yang kebaikan dan keburukannya sama”. (Tafsir Ibnu Katsir, 3/121)

13. Syaikh Abdurrahman bin Nasir As-Sa’di berkata: “Pendapat yang sahih iaitu mereka (ashabul a’raf) adalah orang yang kebaikan dan keburukannya seimbang (sama)”. (Taisiriul Karimir Rahman fi Tafsiri Kalamil Manaan, 1/290)

Dalil dari Atsar

Beberapa atsar sahabat yang berkenaan dengan hal ini diantaranya iaitu :

1. Huzaifah berkata: “Ashabul A’raf adalah kaum yang mana antara kebaikan dan keburukan mereka seimbang, kemudian Allah berfirman kepada mereka: “Masuklah syurga dengan anugerah dan ampunanKu, pada hari ini janganlah kalian takut dan janganlah kalian bersedih hati”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya, 12/453, no 14688. Atsar yang serupa dengan ini juga diriwayatkan oleh Al-Jama’ah.)

2. Ibnu Mas’ud berkata: “Pada hari kiamat manusia dihisab, barang siapa yang kebaikannya sedikit lebih banyak dari keburukannya maka ia masuk syurga, barang siapa yang keburukannya sedikit lebih banyak dari kebaikannya maka ia masuk neraka”. Kemudian beliau membaca firman Allah pada surat Al-A’raf 8-9. Kemudian ia berkata: “Sesungguhnya timbangan akan menjadi ringan dengan amal meskipun sekecil zarrah, begitu juga sebaliknya, ia bisa menjadi berat dengannya.” Kemudian beliau berkata lagi : “Barang siapa yang kebaikan dan keburukannya seimbang (sama) maka ia adalah ashaabul A’raf,…”. (Tafsir At-Tabari, 12/454)


Keadaan Ashaabul A’raf dan Perbuatan yang Mereka Lakukan

Orang yang berada pada tempat ini dapat melihat keadaan orang-orang yang ada di syurga dan orang-orang yang ada di neraka.

Asy-Syaukani mengatakan dalam tafsirnya: “Ashaabul A’raf mengenali setiap penduduk syurga dan penduduk neraka dengan beberapa tanda-tanda yang ada pada mereka, seperti penduduk syurga wajahnya memutih sementara penduduk neraka wajahnya menghitam (Ali Imran 106), atau tanda-tanda bekas wudhu’ yang tampak pada anggota wudhu’ orang-orang mukmin, atau tanda-tanda lain yang Allah jadikan bagi setiap golongan yang mana dengan tanda-tanda itu ashaabul A’raf mengetahui mana orang yang sedang berbahagia dan mana yang sengsara. (Fathul Qadir, 3/40)

Ibnu Mas’ud berkata : “Ketika mereka (ashabul a’raf ) berada di atas Sirath, mereka boleh mengetahui keadaan penduduk syurga dan penduduk neraka. Maka apabila mereka melihat keadaan penduduk syurga mereka berkata: “Keselamatan bagi kalian”, dan ketika mereka mengalihkan pandangan mereka kesebelah kiri mereka bisa melihat penduduk neraka, mereka berkata : “Ya Allah jangan jadikan kami bersama orang-orang zalim”. Mereka berlindung kepada Allah dari neraka yang mereka lihat itu. Adapun orang yang banyak berbuat kebaikan, maka mereka diberi cahaya, yang mana cahaya itu berada di depan mereka dan samping kanan mereka dan mereka berjalan dengannya. Pada hari itu setiap hamba dan umat diberi cahaya. Maka ketika mereka semua sampai di atas Sirath¸ Allah mencabut cahaya orang-orang munafik, ketika ahli syurga melihat apa yang terjadi pada orang munafik maka mereka berkata : “Ya Tuhan kami sempurnakanlah cahaya kami”. Adapun ashaabul a’raf cahaya mereka hanya ada di arah depan saja. Itulah yang difirmankan oleh Allah : “mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memsukinya).” Kemudian Ibnu Mas’ud berkata lagi : “Bagi seorang hamba apabila ia mengerjakan amal kebaikan maka ditulis baginya sepuluh, dan jika ia melakukan keburukan maka tidaklah ditulis baginya kecuali satu keburukan saja. Maka celakalah orang yang satu amalnya mengalahkan sepuluh amalnya”. (Tafsir Ath-Thabari 12/454, juga disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya, 3/419)

Adh-Dhahak mengatakan dari Ibnu Abbas: “Penghuni A’raf itu jika mereka memandang kearah penghuni neraka yang mereka kenal, mereka mengatakan : ‘Ya Rabb kami, janganlah engkau tempatkan kami bersama orang-orang zalim’“. (Tafsir Ibnu Katsir 3/422)


Akhir Perjalanan Ashabul A’raf

Ibnu Abbas berkata : “Sesungguhnya Allah memasukkan Ashabul A’raf ke dalam syurga, iaitu Allah berfirman yang ertinya: “Masuklah kalian ke dalam syurga, tidak ada ketakutan bagi kalian, dan janganlah kalian bersedih hati”.”

Adh-Dhahak berkata : “Sesungguhnya Allah memasukkan ashaabul a’raf ke dalam syurga setelah ahli syurga memasukinya, iaitu firmanNya yang ertinya : “Masuklah kalian ke dalam syurga, tidak ada ketakutan bagi kalian dan janganlah kalian bersedih hati”. Hal ini juga dikatakan oleh As-Suudi.

Ashabul A’raf merupakan salah satu golongan yang akan mendapat syafa’at dari Nabi shalallahu alaihi wa sallam.

Imam Ath-Thabarani meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas berkata:

السَّابِقُ بِالْخَيْرَاتِ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ، وَالْمُقْتَصِدُ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بِرَحْمَةِ اللَّهِ، وَالظالِمُ لِنَفْسِهِ، وَأَصْحَابُ الأَعْرَافِ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ مُحَمَّدٍ.

“Orang-orang yang berlomba-lomba dalam kebajikan memasuki syurga dengan tanpa hisab, orang yang pertengahan memasuki syurga dengan rahmat Allah, dan orang yang menzalimi diri mereka sendiri dan ashaabul a’raf mereka masuk syurga dengan syafa’at dari Nabi Muhammad solallahu ‘alaihi wa sallam.” (Al-Mu’jam Al-Kabir Lith-Thabrani, 9/391, no 11292)

KISAH ASHABUL ‘A’RAF :

1. Kaab bin Ahbar menceritakan tentang kisah ini, katanya, di akhirat nanti ada dua sahabat karib yang saling berbuat baik antara satu sama lain semasa di dunia. Ketika di akhirat salah seorang daripadanya kekurangan satu pahala , lalu dia diheret oleh malaikat Zabaniah menuju ke neraka. Manakala yang satu lagi mempunyai kelebihan satu pahala yang menyebabkan dia akan masuk ke syurga.

Maka sahabat yang hendak masuk ke syurga ini merasa sedih apabila melihat kawan baiknya hendak dihumban ke neraka. Lalu diberi satu pahala kepunyaannya kepada kawan yang hendak ke neraka ini tadi. Dia redha, biarlah dia tidak ke syurga asalkan dia dapat menolong sahabat baiknya dari seksaan neraka. Maka jadilah mereka berdua sebagai golongan Ashabul A’raf (tidak kesyurga mahu pun ke neraka). Disebabkan kebaikan sahabat ini tadi, maka kedua-duanya Allah SWT persila ke syurga.

2. Cerita-cerita ini dinukilkan dengan sedikit kelainan oleh Imam al-Ghazali rhm dalam kitabnya 'Kasyful Ulumil Akhirah'; di akhirat kelak ada seorang lelaki, setelah ditimbang amal kebajikan dan kejahatan, kedua-duanya sama banyak. Lalu Allah SWT berfirman kepada lelaki ini, carilah orang yang boleh menderma satu pahalanya kepada kamu yang membolehkan kamu masuk ke syurga.

Lalu lelaki ini pun berjalan di celah-celah khalayak ramai mencari siapa yang boleh membantunya. Malangnya setiap orang yang ditemuinya enggan memberikan pahala kepadanya walaupun di kalangan mereka ada yang mempunyai pahala bertimbun-timbun. Masing-masing cukup takut, kalau mereka memberi satu pahala kepada lelaki ini menyebabkan mereka pula kekurangan satu pahala atau mereka menjadi muflis disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan kepada manusia semasa di dunia dahulu.

Ketika Ashabul A’raaf ini putus harapan, tiba-tiba muncul seorang yang mempunyai sedikit pahala, sedangkan dosanya bertimbun-timbun. Dia berfikir, alang-alang dia masuk ke neraka, eloklah pahala yang satu itu di berikan diberikan kepada lelaki yang kekurangan satu pahala ini.

Setelah ditimbang semula amalannya, maka beratlah amal kebajikan lelaki tadi melebihi amal kejahatannya. Sebelum masuk ke syurga, Allah SWT berfirman kepadanya, carilah lelaki yang pemurah yang telah mendermakan pahalanya kepada kamu tadi. Lelaki ini kemudia mencari, setelah berjumpa lalu Allah SWT berfirman kepada lelaki yang bermurah hati itu,

“Engkau memang seorang yang pemurah kerana sudi memberikan pahala kebajikanmu kepada lelaki ini. Tetapi Aku adalah Tuhan Yang Maha Pemurah, justeru, Aku perintahkan kepada kamu supaya pimpin lelaki yang menerima pemberian pahala dari mu untuk sama-sama memasuki syurga aku ”.

Cerita-cerita seperti ini adalah khusus terhadap orang-orang tertentu di kalangan hamba-hambaNya yang terpilih di akhirat atas sebab-sebab tertentu. Jika Allah SWT mahu mengampunkan dosa hamba-hamabNya di saat hampir dicampakkan ke neraka.



ASHABUL MUQARRABIN : 

Mereka adalah golongan umat Islam yang hati dan perasaan hanya kepada Allah. ‎Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kepada Allah.‎ Selain dari itu, mereka yang termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ ini adalah ‎para syuhada (orang yang mati syahid). Mereka adalah golongan orang ‘Muqarrabin’ ‎yang ertinya orang yang sangat dekat dengan Allah swt. disebabkan pengorbanan ‎mereka dalam menegakkan agama Allah swt. 

Bahkan nyawapun sanggup mereka ‎korbankan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah swt. Oleh sebab itu ‎tidak hairan mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah ‎swt.‎ Abul Aliah mengatakan, “Tidak akan dipisahkan nyawa seorang muqarrabin sebelum ‎dihadirkan kepadanya satu dahan dari kenikmatan Syurga, lalu ruhnya itu disimpan di ‎sana.” 

Di dalam sebuah hadits sahih dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, ‎‎“Ruh-ruh para Syuhada (orang-orang yang mati sedang berjihad menegakkan agama ‎Allah) itu dalam perut-perut burung hijau yang berterbangan di taman-taman Syurga ‎kemana saja mereka kehendaki, kemudian bermalam pada pelita-pelita yang ‎bergantungan pada Arasy.”‎ Maksudnya: ‎“Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang Muqarrabin (didekatkan ‎kepada Allah), 

(88) maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta Syurga ‎kenikmatan.

(89)‎ Amalan Golongan Muqarrabin Dalam amalan mereka memulakan sesuatu dengan Niat, kemudian disusuli dengan ‎doa dan nazar, merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh golongan ini.

‎ Dalam persahabatan golongan ini merupakan seorang sahabat dapat memberi ‎tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya ‎dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh ‎untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap ‎nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu ‎sama banyak atau dibahagi dua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)