.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, August 29, 2014

IBNU TAIMIYAH DAN لا اله الا الله

Ibnu Taimiyah Tentang Hadis "Barangsiapa Yang Menyebut لا اله الا الله, Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga."
قال شيخ الإسلام ابن تيمية وغيره: إن هذه الأحاديث إنما هي فيمن قالها ومات عليها، كما جاءت مقيدة وقالها خالصا من قلبه مستيقنا بها قلبه غير شاك فيها بصدق ويقين، فإن حقيقة التوحيد انجذاب الروح الى الله جملة فمن شهد أن لا إله إلا الله خالصا من قلبه دخل الجنة؛ لأن الإخلاص هو انجذاب القلب الى الله تعالى، بأن يتوب من الذنوب توبة نصوحا، فإذا مات على تلك الحال نال ذلك، فانه قد تواترت الأحاديث بأنه يخرج من النار من قال لا إله إلا الله، وكان في قلبه من الخير ما يزن شعيرة وما يزن خردلة وما يزن ذرة، وتواترت بأن كثيرا ممن يقول لا إله إلا الله يدخل النار ثم يخرج منها، وتواترت بأن الله حرم على النار أن
تأكل أثر السجود من ابن آدم، فهؤلاء كانوا يصلون ويسجدون لله، وتواترت بأنه يحرم على النار من قال لا إله إلا الله، ومن شهد أن لا إله إلا الله وان محمد رسول الله، لكن جاءت مقيدة بالقيود الثقال وأكثر من يقولها لا يعرف الإخلاص ولا اليقين، ومن لا يعرف ذلك يخشى عليه أن يفتن عنها عند الموت فيحال بينه وبنيها، وأكثر من يقولها إنما يقولها تقليدا أو عادة ولم يخالط الإيمان بشاشه قلبه، وغالب من يفتن عند الموت وفي القبور أمثال هؤلاء كما في الحديث (سمعت الناس يقولون شيئا فقلته) وغالب أعمال هؤلاء إنما هو تقليد واقتداء بأمثالهم  وهم أقرب الناس من قوله تعالى: ((إنا وجدنا آباءنا على أمة وإنا على آثارهم مقتدون)) وحينئذ فلا منافاه بين الأحاديث فانه إذا قالها باخلاص ويقين تام لم يكن في هذه الحال مصرا على ذنب أصلا، فإن كمال اخلاصه ويقينه يوجب أن يكون الله أحب اليه من كل شيء، فإذا لا يبقى في قلبه إرادة لما حرم الله ولا كراهية لما أمر الله، وهذا هو الذي يحرم من النار، وإن كانت له ذنوب قبل ذلك، فإن هذا الإيمان وهذه التوبة وهذا الإخلاص وهذه المحبة وهذا اليقين لا يتركون له ذنبا إلا يمحى كما يمحى الليل بالنهار

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dan selainnya menyatakan:

"Hadis-hadis ini adalah hanya bagi orang-orang yang mengucapkan 'Laa Ilaaha Illallaah' dan meninggal di atas ucapan tersebut. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang mengkhususkan masalah ini, "Bagi orang yang mengucapkan 'Laa Ilaaha Illallaah' dengan ikhlas dari hatinya dan meyakini tanpa keraguan serta jujur dan yakin."

Maka sesungguhnya hakikat tauhid adalah kecenderungan roh manusia kepada Allah secara menyeluruh, barangsiapa yang bersaksi bahawasanya tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah dengan ikhlas dari lubuk hatinya, dia akan masuk syurga; kerana ikhlas adalah kecenderungan hatinya kepada Allah dengan cara taubat nasuha. Maka apabila dia mati di atas yang demikian, bererti dia akan mendapat juga yang demikian (yakni syurga). Sesungguhnya telah mencapai darjat mutawatir hadis-hadis yang menjelaskan bahawa orang-orang yang mengucapkan 'Laa Ilaaha Illallaah' sedang di dalam hatinya hanya terdapat kebaikan seberat gandum, atau seberat biji sawi atau seberat zarrah (atom), maka dia akan dikeluarkan dari api neraka. Juga telah mencapai darjat mutawatir (hadis-hadis yang menerangkan) bahawasanya kebanyakan manusia yang pernah menyebut 'Laa Ilaaha Illallaah' akan dimasukkan ke dalam neraka, kemudian akan dikeluarkan semula darinya. Dan juga telah mencapai darjat mutawatir (hadis-hadis yang menerangkan) bahawasanya Allah telah mengharamkan neraka agar memakan bekas-bekas sujud dari anak adam (manusia). Mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa melaksanakan solat dan melakukan bersujud kerana Allah. Dan telah mutawatir (hadis-hadis yang menerangkan) bahawasanya Allah telah mengharamkan neraka bagi orang-orang yang mengucapkan 'Laa Ilaaha Illallaah' dan bagi orang-orang yang bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah.

Tetapi telah datang juga (hadis-hadis) yang mengkhususkan dengan berat pada kebanyakan orang-orang yang mengucapkan kalimah ini dengan tidak mengenal ikhlas dan yakin. Mereka itu tidak mengenal kebimbangan akan fitnah ketika kematian. Kebanyakan manusia yang mengucapkan 'Laa Ilaaha Illallaah' hanya taklid dan hanya menjadi kebiasaan semata, tidak terdapat campuran keimanan sedikitpun di dalam hatinya. Maka orang-orang yang seperti inilah yang akan ditimpa fitnah ketika mati dan di dalamnya kubur. Sebagaimana disebutkan di dalam hadis: "Aku mendengar manusia mengucapkan sesuatu, maka akupun mengucapkannya." Kebanyakan amalan orang-orang seperti ini hanya mengamalkan taklid dan mengikuti orang-orang yang serupa dengan mereka. Mereka itu adalah orang-orang yang telah disindir oleh Allah di dalam firmanNya:

"Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kai menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka." (Az-Zukhruf: 23)

Jelaslah di sini bahawa tidak ada pertentangan di antara hadis yang menyatakan orang yang mengucapkan kalimah ini dengan ikhlas dan
keyakinan yang sempurna, yang mana pada keadaan seperti ini dia tidak akan melakukan suatu dosa pada asalnya. Kerana dengan keikhlasannya dan keyakinannya itu telah mewajibkannya mencintai Allah lebih daripada segala sesuatu. Hingga tidak ada baki di dalam hatinya keinginan untuk melakukan perkara yang diharamkan Allah dan tidak pula dia berkeinginan untuk membenci perkara-perkara yang telah diperintahkan oleh Allah. Maka orang yang seperti inilah yang Allah mengharamkan neraka ke atasnya, walaupun dia memiliki dosa-dosa sebelum itu. Ini kerana keimanan, ketaubatan, keikhlasan, kecintaan dan keyakinannya tidak akan meninggalkan baginya dosa-dosa, kecuali setelah itu Allah menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana Allah menghapuskan malam dengan siang."

(Taisirul Azizil Hamid fi Syarhi Kitabut Tauhid karya  Sulaiman bin Abdullah  bin Muhammad bin Abdul Wahhab, Al-Maktabah Asy-Syamilah, ms. 66-67. Kitab Ma'na Laa Ilaaha Illallaah wa Muqtadhoha wa Atsaruha Fil Fardi wal Mujtama'  karya Dr. Soleh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan, ms 20-21)   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)