.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 27, 2014

SUBHANALLAH

Terdapat tiga tafsir yang menjelaskan apa itu maksud khalimah Subahanallah

Tafsir Ibn Katsir:

 "Subhanallah" itu adalah Allah memuliakan diri Allah sendiri dan Allah membanggakan kekuatan diri Allah kerana tidak ada pihak lain yang berkuasa

selain dari Allah yang maha Esa. Tidak ada Tuhan selain Allah dan tidak ada Pemelihara Bumi selain Allah sahaja.

Tafsir Jami'Ahkam Al Quran:

 "Subhanallah" bermakna attanzih dan al-baraah. Maknanya, Allah mulia dan suci serta bebas dari segala kekurangan. Maka sebutan lafaz "subhana" itu lafaz yang paling mulia paling besar untuk Allah sahaja dan tidal layak atau sesuai untuk pihak lain. Ada juga disebut dalam buku ini bahawa ada seorang sahabat Rasulallah saw. telah bertanya kepada Rasulallah saw. apa makna "subhanalah". Sekarang saya akan membawa "riwayat hadis" itu. Diriwayatkan dari Tolhah bin Ubaidillah Al-Fayyaadh bahawa dia (Tolhah) telah bertanya Rasulallah saw. Apa makna "subhanallah? ". Maka Rasulalllah saw pon menjawab: " tanzih(kesucian/kemuliaan) bagi Allah dari segala keburukan( kecacatan dan kehinaan)."

 Tafsir Fi Zilal AlQuran:

Pengarang buku ini berkata ayat pertama ini dimulakan dengan lafaz "subhana". Lafaz 'subhana'yang bermakna Maha Suci Allah adalah lafaz yang paling layak, tepat dan sesuai bagi mukjizat "Al-Israk" yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. Apabila kita membaca ayat "subhana",

maka lafaz ini adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai bagi gerakan jiwa dan diri kita sambil kita menghayati dan merenung malam Al-Israk yang mulia itu. Lafaz ini juga adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai sebagai lafaz di antara hamba dengan Tuhannya iaitu Allah.


Pada siatu ketika Nabi Sulaiman a.s. terbang ke udara bersama sekelompok jin. Mereka melintasi satu kawasan penemempatan petani. Seorang petani yang sedang bekerja ternampak rombongan Nabi Sulaiman, lalu spontan terluncur di mulutnya, "Subahanallah! Hebatnya."

Tidak lama kemudian, Nabi Sulaiman a.s. muncul dihadapan petani itu seraya bertanya,"Kalimah apakah yang kamu ucapkan tadi."

Petani itu sedikit terpinga-pinga. Lalu dijelaskan oleh Nabi Sulaiman, ucapan tersebut lebih besar dan lebih hebat daripada seluruh kekuasaan dan kerajaan baginda.

Hari ini, selepas ribuan tahun kerajaan Nabi Sulaiman a.s. menjadi sejarah, lafaz Subahanallah masih wujud dan terus menjadi sebutan ramai. Akan kekal sebutan itu sampai hari kiamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)