.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 27, 2014

MAKIYAH DAN MADANIYAH : SUATU PENGENALAN

Untuk mengetahui sama ada sesuatu ayat Al Quran itu adalah Makki atau Madani melainkan penjelasan yang dibuat oleh sahabat atau tabi'in. Ini kerana
Rasulullah tidak pernah menjelaskan dan tidak menyatakan mengenai persoalan tersebut semasa hayat baginda.

Terdapat dua ciri-ciri khusus ayat Makki iaitu:
Ciri yang bersifat Qat'ie

Ciri yang bersifat Aghlabi ataupun kebiasaan
Ciri yang bersifat Qat'ie ialah:

Setiap surah yang terdapat di dalamnya ayat Sajdah. Ada 16 tempat ayat Sajdah di dalam Al Quran. Contohnya ialah Surah As Sajadah ayat 15

Surah yang mengandungi kisah atau sejarah para Rasul dan Nabi terdahulu kecuali surah Al Baqarah

Surah yang mempunyai lafaz Kalla. Terdapat di 33 buah tempat dalam 15 buah surah yang mana surah-surah ini terletak di bahagian separuh akhir daripada Al Quran. Lafaz tersebut memberi peringatan yang tegas kepada musyrikin Makkah kerana menentang Islam. Contohnya Surah Al Qiyamah ayat 20.

Setiap surah yang terdapat dalamnya kisah Nabi Adam dan Iblis kecuali surah Al Baqarah.

Surah yang terdapat dalamnya ayat yang menggunakan lafaz Ya ayyuhan naas (Wahai sekalian manusia) kecuali ayat 77 surah Al Hajj

Surah yang dimulakan dengan huruf-huruf singkat atau huruf Al Tahajji kecuali surah Al Baqarah dan Ali Imran. Namun begitu, ulama masih berselisih pendapat tentang surah Ar Ra'd.
Ciri-ciri ayat Makki bersifat aghlabi pula ialah:

Ayat yang menerangkan tentang aqidah yang benar, mengajak kepada tauhid, beribada dan menggesa supaya menjauhkan diri daripada syirik.

Ayat yang menggesa manusia meneliti bukti kejadian, ayat Kauniyah, kekuasaan Allah, pengukuhan akidah, menyeru kepada beriman kepada Allah, hari akhirat dan cerita keadaan syurga serta neraka.

Ayat yang mencela perbuatan buruk arab jahiliah

Ayat yang menyentuh tentang pembentukan akhlak dan perkara sivil

Ayat dan suku kata yang berbentuk pendek, ringkas dan pada serta nadanya berbentuk keras.

Ayat dan surah yang mempunyai banyak lafaz sumpah

Ayat yang meletakkan dasar umum dalam perundangan

Ayat yang menyebut kisah para nabi dan umat terdahulu sebagai pengajaran dan menyatakan nasib orang yang mendustakan Rasul.

Kebanyakan surah Al Mufassal. Surah Al Mufassal ialah surah-surah yang ada di bahagian akhir Al Quran. Bermula dengan surah Al Hujurat hingga akhir. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa sebahagian surah Al Mufassal adalah surah Madani seperti surah An Nasr.



Ciri-ciri khusus ayat Madani juga dapat dipecahkan kepada dua jenis:

Bersifat Qat'ie
Bersifat Aghlabi
Antara ciri-ciri khusus ayat Madani yang bersifat Qat'ie ialah

Ayat yang menerangkan keizinan berperang, berjihad, peraturan perang dan hukum jihad.
Menceritakan tentang dialog dengan ahli kitab juga mengajak mereka memeluk menerima Islam.
Surah dan ayat yang menghentam serta menyatakan tentang orang munafik kecuali Surah Al Ankabut. Ulama bersepakat Surah Al Ankabut adalah surah
Makki melainkan sebelas ayat pertama yang membicarakan tentang golongan munafik.
Surah yang mengandungi dan membicarakan tentang hukum jenayah, hudud, hukum yang berkaitan faraid, orang awam, kemasyarakatan dan negara.
Antara ciri-ciri khusus ayat Madani yang bersifat Aghlabi atau ciri berdasarkan ciri gaya bahasa dan tema adalah seperti berikut:

Ayat yang panjang dan memberi penjelasan serta keteranagan yang terperinci kecuali Surah An Nasr, Al Zalzalah dan Al Bayyinah.
Ayat dan surah yang menerangkan dengan terperinci bukti-bukti yang menunjukkan hakikat tentang keagamaan.
Menjelaskan tentang ibadat, muamalah, kekeluargaan, sosial, jihad dan hubungan antarabangsa.
Ayat yang dimulakan dengan "Wahai orang yang beriman" kecuali Surah Al Hajj.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)