.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, August 17, 2014

SURAH AL-AN'AM AYAT 19




قال الله تعالى :



قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً ۖ قُلِ اللَّـهُ ۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَـٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَ ۚ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّـهِ آلِهَةً أُخْرَىٰ ۚ قُل لَّا أَشْهَدُ ۚ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ 

" Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)". 
(Surah Al-An'am : 19)


Allah Taala memerintahkan Rasulullah saw supaya mengemukakan pertanyaan
kepada kaum kafir Quraisy: “Apakah penyaksian yang paling besar dan agung, bahkan paling benar dan jujur?”.


Kemudian Allah memerintahkan baginda supaya menjawab pertanyaan ini, bahawa kesaksian baginda yang paling besar dan tidak mungkin berlaku pendustaan, kepalsuan dan kesalahan ialah Allah Ta’ala sendiri. Allah-lah saksi antara baginda dengan mereka, kerana Allah telah mewahyukan Al-Quran itu kepada baginda agar baginda mengingatkan mereka tentang siksaan-NYA kerana mendustakan baginda saw. Peringatan ini diperkuatkan dengan kesaksian-NYA sambil mengingatkan manusia bahawa Al-Quran disampaikan kepada baginda. Ini disebabkan, setiap orang yang menerima Al-Quran bererti dia diseru supaya mengikutnya sampai hari Qiamat.


Kesaksian Allah Taala antara Rasul dan kaumnya terdiri daripada 2 jenis::

1)         Kesaksian terhadap kerasulannya, dan

2)         kesaksian terhadap kebenaran yang dibawa olehnya.


Jenis yang pertama di atas, iaitu kesaksian terhadap kerasulannya, terdiri daripada 3 bahagian.


Pertama::

Allah memberitahu tentang kerasulan itu di dalam kitab-NYA sebagaimana firman-NYA (Surah Al-Fath, ayat 29)::



﴿ مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ﴾

Maksudnya::



“(Nabi) Muhammad (saw) adalah Rasul Allah … “


Juga, firman-NYA (Surah Al-Baqarah, ayat 119)::



﴿ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيراً وَنَذِيراً ﴾

Maksudnya::



“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang yang engar) …“


Kedua::
Allah Ta’ala menguatkannya dengan pelbagai bukti. Antara bukti terbesar ialah AL-Quran. Ianya adalah mukjizat yang kekal kerana telah dipastikan bahawa manusia tidak akan mampu membuat sebuah surahpun yang sama dengannya. Ianya turut mengandungi berita-berita ghoib dan janji bagi Rasul serta orang mukmin bahawa Allah Ta’ala akan menolong dan memenangkan mereka ke atas musuh mereka.


Ketiga::
Kitab-kitab Allah Ta’ala yang terdahulu memberikan penyaksian terhadap baginda dan para rasul terdahulu pula mengkhabarkan kedatangan baginda saw. Kesaksian ini masih tetap tertulis di dalam kitab-kitab kaum Yahudi dan Nasrani.


Kesaksian yang jenis kedua juga terdiri daripada 3 jenis.

Pertamanya, kesaksian kitab-kitab Allah Ta’ala terhadap kebenaran yang dibawa baginda (صلى الله عليه وسلم) seperti firman-NYA (Surah Ali Imran: 18 – 19)::

﴿ شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (18) إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ … ﴾

Maksudnya::

“[18] - Allah menerangkan (kepada sekelian makhluk-NYA dengan dalil-dalil dan bukti) bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA. Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-
malaikat serta orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA. Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[19] Sesungguhnya agama (agama yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam… “.

Keduanya, bukti-bukti pada makhluk-NYA (al-anfus) dan cakrawala yang ditegakkan-NYA, yang menunjukkan keESAan-NYA dan sifat-sifat kesempurnaan-NYA.

Ketiganya, segala yang dituntutkan oleh Allah (سبحانه وتعالى) dalam fitrah insani yang berupa keimanan kepaaa satu Tuhan yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan dan kepada kekalnya ZAT (yakni diri, iaitu an-nafs) Allah (سبحانه وتعالى).

Kesimpulannya, kesaksian Allah (سبحانه وتعالى) adalah kesaksian tanda-tanda-NYA dalam al-Quran, tanda-tanda-NYA dalam alam dan bukti-bukti-NYA dalam akal serta perasaan.

Ibnu Mardawayh dan Abu Na’im  meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas secara marfu’::

“Barangsiapa yang al-Quran sampai kepadanya, maka seolah-olah aku bercakap dengannya.”

Kemudian baginda (صلى الله عليه وسلم) membaca (petikan Surah Al-An’am, ayat 19 tadi)::

﴿… وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَذَا الْقُرْآنُ لأُنذِرَكُم بِهِ… ﴾
Maksudnya::

” dan diwahyukan kepada aku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu”.


Ibnu Mundzir, Ibnu Jarir dan Abu Syaikh pula meriwayatkan::



”Barangsiapa yang al-Quran sudah sampai kepadanya, maka seolah-olah dia melihat Nabi (صلى الله عليه وسلم).”

Abu Syaikh meriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab::



”Didatangkan kepada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) para tahanan perang. Lalu baginda bertanya kepada mereka:

            ”Apakah kamu telah diseru kepada Islam?”

Mereka menjawab: ”Tidak!”

Maka baginda melepaskan mereka, lalu membaca:

            ”Al-Quran ini  diwahyukan kepadaku supaya aku dapat menyampaikan peringatan kepada kamu dengannya.”

Kemudian baginda (صلى الله عليه وسلم) bersabda lagi:

            ”Bebaskan mereka hingga mereka tiba di tempat yang aman, kerana mereka belum diseru kepada Islam!”


Kemudian, Allah (سبحانه وتعالى) memerintahkan Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) supaya memberikan kesaksian terhadap-NYA, bahawa DIA Maha Esa dan Maha Suci dari apa yang mereka katakan, dan kesaksian mereka sebelum itu adalah syirik.



Seterusnya, ayat tadi (iaitu Surah Al-An’am, ayat 19 yang sedang dibincangkan) menyebut::



﴿… أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللّهِ آلِهَةً أُخْرَى قُل لاَّ أَشْهَدُ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَـهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَا تُشْرِكُونَ ﴾

iaitu maksudnya::



“Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa Tuhan yang lain bersama-sama Allah?”

Katakanlah:
           
            “Aku tidak mengakuinya”.

Katakanlah lagi:

            “Hanyasanya Dia-lah sahaja Tuhan yang maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wajalla)”.


Ayat ini dimulakan dengan pertanyaan, yang menunjukkan kepada penolakan terhadap kandungannya.



Kemudian Allah (سبحانه وتعالى) memerintahkan nabi-NYA supaya menjawab bahawa baginda tidak bersaksi seperti yang pernah mereka lakukan. Baginda bersaksi dengan kesaksian yang berbeza, malah jauh berbeza dari apa yang mereka akui. Lalu baginda menyatakan bahawa Tuhan itu hanya Satu, dan Maha Suci dari apa yang mereka sekutukan,yang terdiri daripada berhala, patung, dan sebagainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)