.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, August 15, 2014

الجن

Jin adalah mahkluk yang diciptakan oleh Allah SWT daripada api. Malah, jin telah diciptakan dahulu sebelum penciptaan manusia pertama iaitu Adam AS.


Allah SWT berfirman;

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ 
 "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas."


1. Adakah jin dikira sebagai mukallaf?

Ya, jin juga sama seperti kita, dikira sebagai mukallaf. Malah akan turut dihisab amalan mereka di padang Mahsyar serta dimasukkan ke Syurga ataupun Neraka.

Allah SWT berfirman :

 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku," 
(Adz Dzariat:56) 
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa jin juga turut memikul tanggangjawab untuk beribadah kepada Allah. Malah jin ini diberi pilihan untuk sujud ataupun tidak kepada Nabi Adam AS (kalimah فسجدو) ketika penciptaan nabi Adam dahulu.


2. Adakah jin makan dan minum?

Jin juga turut makan dan minum, namun tidak diketahui kaifiyat mereka makan dan minum itu. Dan dijadikan tulang dan asap itu sebagai makanan mereka.


3. Adakah manusia boleh berkahwin dengan jin?

Terdapat perselisihan pandangan ulamak berkaitan permasalahan ini. Namun pandangan yang kuat mengatakan haram perkahwinan sesama manusia dan jin berdasarkan perbezaan yang ketara antara manusia dan jin. Manusia diciptakan daripada tanah, manakala jin pula daripada cahaya. Malah,
perkahwinan itu juga memberi kesan terhadap zuriat yang bakal dilahirkan serta menimbulkan perfektif yang negatif terhadap masyarakat awam.

Namun, ulamak bersepakat dengan pengharaman perkahwinan manusia dan jin jika manusia itu adalah wanita yang mahu berkahwin dengan jin lelaki.


4. Adakah jin mampu untuk membunuh manusia?

Ya, jin mampu untuk membunuh manusia. Antara alasan mereka adalah kerana dendam. Jin merupakan makhluk yang begitu kuat berdendam. Malah, ada juga jin yang membunuh manusia atas arahan daripada tuannya, iaitu daripada manusia sendiri.


5. Dari mana asal keturunan jin?

Sepertimana diciptakan nabi Adam AS sebagai asal keturunan bagi manusia, maka begitu juga Iblis yang menjadi asal keturunan bagi jin, dan ini adalah pandangan yang diterima sebilangan besar ulamak. Daripada Iblis ini, keturunannya membiak dan berpecah kepada dua, iaitu menjadi kafir dan ada yang beriman.

Mereka yang beriman ini lantas digelar Jin, manakala yang kafir pula dinamakan Syaitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)