.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, August 19, 2014

KITA DARI TANAH DAN KE TANAH

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan
yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah
.”(Surah Fatir: Ayat 11) 


Allah s.w.t. mengingatkan kita tentang keduniaan dan kepentingan hidup akhirat. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan Akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri Akhirat itu adalah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat”. (Surah Al-‘Ankabut : Ayat 64)

Orang yang tidak mahu menerima agama Allah disifatkan orang yang mati. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “(Maka janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar suaramu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya)”(Surah Ar-Rum: Ayat 52)



Manusia diciptakan demi untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dan manusia akan dikembalikan kepada Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja degan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah Al-Mu’minun: Ayat 115)

Adalah menjadi ketetapan bahawa setiap yang hidup pasti akan menemui kematian untuk menerima balasan baik ataupun buruk daripada Allah s.w.t..  Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)”.(Surah Al-‘Ankabut : Ayat 56-57)

Tidaklah sukar bagi Allah untuk menyempurnakan semula kejadian manusia setelah mengalami kereputan jasad dan tulang belakang ketika dibangkitkan semula manusia. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya : “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”. Katakanlah : “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).” (Surah Yasin : Ayat 78-79)

Sesudah kematian, mata, telinga dan kulit badan manusia akan menjadi saksi akan semua perbuatan yang dilakukan manusia sewaktu di dunia. Firman Allah s.w.t.:“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yeng telah mereka kerjakan.” (Surah Fussilat : Ayat 20)


Saat akhir penamatan riwayat hidup manusia dinamakan sakaratul maut. Diumpamakan Allah akan sakaratul maut sebagai saat perpisahan manusia dengan segala kehidupan duniawi dan kedahsyatan saat-saat akhir kematian. Firman Allah s.w.t.: “Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. Sedarlah janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya akan sampai ke pangkal kerongkongan. Dan orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatinya)?”. Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih; (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang mewajibkan meyakinkannya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya). Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar! Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (Wahai orang yang kufur ingkar) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat. Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak”. (Surah Al-Qiamah : Ayat 26-35

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)