بِسْمِ اللهِ النُّوْرِ، بِسْمِ اللهِ نُوْرِ النُّوْرِ، بِسْمِ اللهِ نُوْرٌ عَلَى نُوْرٍ، بِسْمِ اللهِ الَّذِي هُوَ مُدَبِّرُ اْلأُمُوْرِ، بِسْمِ اللهِ الَّذِي خَلَقَ النُّوْرَ مِنَ النُّوْرِ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي خَلَقَ النُّوْرَ مِنَ النُّوْرِ، وَاَنْزَلَ النُّوْرَ عَلَى الطُّوْرِ فِي كِتَابٍ مَسْطُوْر.ٍفِي رَقٍّ مَنْشُوْرٍ بِقَدَرٍ مَقْدُوْرٍ عَلَى نَبِيٍّ مَحْبُوْرٍ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي هُوَ بِالْعِـزِّ مَذْكُوْرٌ، وَبِالْفَخْرِ مَشْهُوْرٌ، وَعَلَى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ مَشْكُوْرٌ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ الطَّاهِـرِيْنَ.
Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah Cahaya dari segala cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya.
Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang tertulis, dalam lembaran tersebar, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih.
Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga selawat sentiasa Allah curahkan kepada junjungan kami Muhammad dan keluarganya yang suci. (Mafatihul Jinan, bab 1: 112)
Apakah Kaifiyahnya?
Dikenali sebagai Hizz (doa perlindungan) Fatimah Az-Zahra’ . Doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepadanya.
Menyembuhkan penyakit demam, dan penjagaan diri dari wabah penyakit demam. Doa ini sangat bagus didawamkan (dibaca secara istiqamah) khususnya di saat musim wabah penyakit demam. Dengan izin Allah s.w.t.
Selain khasiat tersebut jika doa ini didawamkan dapat membuka pintu rezeki juga dengan izin Allah s.w.t.
Boleh dibaca setiap selepas solat, atau sekurang-kurangnya sekali pagi dan petang.
Pada waktu-waktu terdesak, mesti dibaca setiap selepas solat.
Untuk mengubati demam, bacakan pada air dan lapkan/sapukan pada tubuh dengan niat sebagai penawar.