عن عمر بن الخظاب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ان الله يرفع بهذا الكتاب أقواما ويضع به آخرين
رواه مسلم
Dari Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.a.w memuliakan ramai orang melalui kitab ini (Al-Quran) dan menghina ramai orang dengannya juga"
(Riwayat Muslim)
Barang sesiapa yang beriman dan beramal dengan kitab suci Al-Quran maka
Allah akan memberikan kemuliaan dan ketinggian darjat di dunia dan di akhirat kelak. Dan barangsiapa yang tidak beramal dengan Al-Quran akan dihina oleh Allah.
Firman Allah s.w.t:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. "
(Al-Isra' : 82)
Rasulullah s.a.w diriwayatkan sebagai bersabda : "Ramai munafiq di kalangan ummat ini adalah daripada golongan Qari."
Dalam kitab Ihya Ulumuddin : "Apabila seseorang itu mula membaca satu surah daripada Al-Quran para Malaikat akan memohon rahmat untuknya sehingga dia berhenti membaca, sebaliknya apabila seseorang lain yang membaca satu
surah, para Malaikat akan melaknatnya sehingga dia menyempurnakan bacaannya."
Setengah ulama menyatakan bahawa kadangkala seseorang itu membaca Al-Quran serta melaknat dirinya sendiri tanpa disedari. Contonya ketika dia membaca :
أَن لَّعْنَةُ اللَّـهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
"Ketahuilah kutukan Allah s.w.t adalah ke atas orang yang zalim."
(Al-A'raf : 44)
Pembaca Al-Quran itu juga termasuk dalam ancaman ini akibat daripada kezalimannya sendiri dalam keadaan dia membaca:
أَنَّ لَعْنَتَ اللَّـهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
"Ketahuilah laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta."
(Surah An-Nur :7)
Ini adalah kerana dirinya sendiri adalah pendusta maka sepatutnya menerima ancaman Allah s.w.t.
Amir bin Wathilah r.a berkata bahawa Saiyidina Uma r.a telah melantik Nafe bin Abdul Harith r.a untuk menjadi gabenor Makkah. Suatu ketika Umar bertanya kepada Nafe : "siapakah yang beliau lantik sebagai pentadbir untuk kawasan padang pasir?". Nafe menjawab : "Ibni Abza". Maka umar bertanya lagi : " siapakah Ibni Abza?" Nafe menjawab : "beliau adalah salah seorang daripada hamba-hamba kami.". Kemudian umar bertanya lagi : " mengapa kamu melantik seorang hamba sebagai amir?" Maka Nafe memberitahu Umar bahawa Ibni Abza adalah orang yang sering membaca Al-Quran. Mendengarkan penjelasan Nafe, Umar meriwayatkan satu hadits Rasulullah s.a.w yang mafhumnya : dengan perantaraan Kalamullah (Al-Quran) ini, Allah s.w.t meninggikan darjat ramai orang dan merendahkan darjat ramai orang.
والله تعالى اعلم