قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ﴿٣﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿٨﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿١١﴾
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Fiman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 45 - 46
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya
Dan di dalam surah Toha ayat 132
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad )
ما أخرجه البخاري من حديث ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا قام من الليل يتهجد قال: اللهم لك الحمد أنت قيم السماوات والأرض ومن فيهن ولك الحمد لك ملك السماوات والأرض ومن فيهن ولك الحمد أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن ولك الحمد أنت ملك السماوات والأرض ومن فيهن ولك الحمد أنت الحق ووعدك حق ولقاؤك حق وقولك حق والجنة حق والنار حق لك أسلمت وبك آمنت وعليك توكلت وإليك أنبت وبك خاصمت وإليك حاكمت فاغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت أنت المقدم وأنت المؤخر لا إله إلا أنت أو لا إله غيرك ولا حول ولا قوة إلا بالله.
1.
Syeikh Abdul Wahid R.H
"Pada suatu malam aku terlalu sangat mengantuk sehingga aku tertidur sebelum aku sempat menyempurnakan wirid dan zikirku. Di dalam mimpiku, aku mwilat seorang gadis yang sangat cantik, berpakaian dengan pakaian sutera hijau. Seluruh anggota bandannya, sehingga kasutnya sibuk berzikir.
Gadis itu berkata kepada ku : " Berusahalah untuk mendapatkan ku. Aku ingin mendapatkanmu." Kemudian gadis itu membacakan beberapa rangkap syair percintaan.
Gadis itu berkata kepada ku : " Berusahalah untuk mendapatkan ku. Aku ingin mendapatkanmu." Kemudian gadis itu membacakan beberapa rangkap syair percintaan.
Setelah tersedar dari tidur Syeikh Abdul Wahid yang juga seorang sufi yang masyhur, bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam. Diriwayatkan bahawa selama empat puluh tahun mendirikan solat Isya' dan Subuh dengan wudhu' yang sama.
(Nuzhah)
2.
Syeikh Mazhar Sa'adi R.H
Adalah seorang wali Allah. Selama enam puluh tahun sentiasa menangjs kerana kecintaan dan kerinduan kepada Allah. Bermimpi seolah-seolah melihat sebatang sungai yang dipenuhi dengan kasturi. Di tepinya terdapat pohonan pokok yang subur daripada mutiara. Manakala dahanya daripada emas. SubhanAllah. Di situ kelihatan beberapa orang gadis sedang duduk memuji-muji Keagungan Allah. Maka beliau bertanya :" Siapakah kamu?". Mereka menjawab dengan dua rangkap syair yang indah " Allah yang Maha Suci. Tuhan kepada Muhammad, yang sentiasa disembah oleh manusia yang telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa berdiri sepanjang malam di hadapan Allah serta bermunajat kepada Nya."
3.
Seorang wali Allah berkata:
"Suatu malam aku tertidur dengan nyenyak sehingga tidak mendirikan solat tahajjud. Aku bermimpi melihat seorang gadis yang sangat cantik yang tidak pernah pernah aku melihatnya sepanjang hidupku. Dari tubuhnya terpancar haruman yang sangat wangi yang tidak pernah aku hidu. Gadis itu menghulurkan sekeping kertas yang di dalamnya tertulis tiga rangkap syair : " Kamu terlalu sibuk dengan keseronokan tidur sehingga terlupa mahligai syurga yang akan menjadi tempat kediamanmu untuk selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah engkau dari tidurmu, bacalah Al-Quran dalam solat tahajjud jauh lebih baik daripada tidur." Selepas daripada peristiwa mimpiku itu, apabila aku rasa mengantuk dan teringatkan syair itu, maka mengantukku pun hilang.
4.
Abu Bakar Dharir R.H
Saya mempunyai seorang hamba yang muda. Hamba ku ini sentiasa berpuasa dan mendirikan solat tahajjud sepanjang malam. Pada suatu hari dia bercerita kepadaku : " Semalam saya tertidur lalu bermimpi melihat dinding mihrab merekah. Di celah-celah rekahan itu muncul beberapa orang gadis yang sangat jelita, tetapi terdapat pula ssorang daripada mereka sangat hodoh. Saya bertanya kepada mereka : " Siapakah kamu?" Maka mereka menjawab : " Kami adalah malam-malammu yang lalu dan yang hodoh itu adalah malam ini."
5.
Atta R.H berkata:
"Suatu hari aku pergi ke sebuah pasar di mana di pasar itu terdapat seorang perempuan yang dikatakan tidak siuman sedang dijual. Lalu aku membelinya dengan harga tujuh dinar dan membawanya pulang.
Ketika di tengahmalam dia bangun dan berwdhu' lalu mendirikan solat. Ketika solat dia menangis sehingga hampir-hampir tercabut nyawanya. Setelah selesai diapun mula bermunajat : " Wahai Tuhanku, demi cinta Mu terhadapku, kesihanilah aku."
Lalu aku memberitahu kepadanya bahawa tidak sepatutnya dia berkata begitu, tetapi sepatutnya dia mengatakan : " Demi cintaku kepada Mu...". Dia sangat marah kerana teguranku itu lalu katanya :" Demi Allah jika Dia tidak mencintaiku, maka Dia tidak akan membangunkanku untuk berdiri melakukan solat ini dan membiarkan kamu seronok tidur.".
Kemudian dia jatuh tersungkur sambil membacakan beberapa rangkap syair : " Kegelisahan semakin bertambah, kesabaran semakin hilang dan airmata terus berlinangan. Lantaran kerinduan, kecintaan dan kegelisahan yang tidak padam-padam, bagaimanakah seseorang itu akan tenang?. Ya Allah, kalaulah ada sesuatu yang menggembirakan, maka kurniakanlah kepadaku."
Lalu dengan suara yang nyaring dia berdoa : " Ya Allah, selama ini hubunganku dengan Mu masih tersembunyi, tetapi kita telah diketahui orang. Oleh itu, kembalikanlah aku kepada Mu." Selesai berdoa dan menjerit dengan kuat, diapun meninggal dunia.