.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, August 29, 2014

حال قارىء القرآن

ما حكم قراءة القرآن، أهي واجبة أم مستحبة؟ حيث سألنا عن حكمه فمنهم من قال: ليس بواجب، إن قرئ فلا بأس وإن لم يقرأ فلا شيء عليه، فإذا كان كذلك فقد يهجره الكثير، فما حكم هجره وما حكم تلاوته؟

المشروع في حق المسلم: أن يحافظ على تلاوة القرآن، ويكثر من ذلك حسب استطاعته؛ امتثالا لعموم قول الله سبحانه وتعالى { اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ } الآية، { وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّكَ } الآية، وقوله عن نبيه محمد صلى الله عليه وسلم { وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ } ولقول النبي صلى الله عليه وسلم: ( اقرأوا القرآن، فإنه يأتي شفيعا لأصحابه يوم القيامة ) أخرجه مسلم في صحيحه .

وأن يبتعد عن هجره والانقطاع عنه بأي معنى من معاني الهجر التي ذكرها العلماء في تفسير هجر القرآن .
قال الإمام ابن كثير رحمه الله في تفسيره [تفسير ابن كثير] (6 / 117).
يقول تعالى مخبرا عن رسوله ونبيه محمد صلى الله عليه وسلم أنه قال: { يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا } وذلك أن المشركين كانوا لا يصغون للقرآن ولا يستمعونه، كما قال تعالى: { وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ } الآية، فكانوا إذا تلي عليهم القرآن أكثروا اللغط والكلام في غيره حتى لا يسمعوه فهذا من هجرانه، وترك الإيمان به وترك تصديقه من هجرانه، وترك تدبره وتفهمه من هجرانه، وترك العمل به وامتثال أوامره واجتناب زواجره من هجرانه، والعدول عنه إلى غيره من شعر أو قول أو غناء أو لهو أو كلام أو طريقة مأخوذة من غيره من هجرانه.


What is the ruling read the Koran, whether it is obligatory or desirable? Where we asked about the ruling Some of them said: It is not the duty, if read there is nothing wrong but did not read do anything, if it was so lost man whose much, what is the ruling abandoned and the rule of recitation? 

project in the right of a Muslim: to keep on reading the Koran, and a lot of it according to his ability; compliance with the general words of God Almighty {Recite what has been revealed to you from the book} verse, {And recite what has been revealed to you from the Book of your Lord} verse, saying of Prophet Muhammad peace be upon him {and ordered to be Muslims * and read the Koran} and say The Prophet peace be upon him: (Read the Koran, it comes intercessor for its companions Day of Resurrection) Narrated by Muslim in his Saheeh. 
, and away from the abandoned and drop him in any sense of the meanings of abandonment cited by scientists in the interpretation of the abandonment of the Koran. 
said Imam Ibn Kathir God's mercy in his interpretation [ Tafsir Ibn Kathir] (6/117). 
Almighty says an informant for the Messenger and Prophet Muhammad peace be upon him, he said: O Lord! have taken this Qur'an deserted} so that the infidels were not listening to the Koran nor Istmonh, as he says: {said those who disbelieve, do not listen to this Qur'an and canceled the verse, were if followed them Koran ate ado and speak in other so as not to hear it from abandonment, leaving the faith and leave the ratification of abandonment, leaving a manageable and understanding of abandonment, leaving the work done and comply with his orders and avoid Zoajerh of abandonment, and reverse it to other hair or say or sing or talk or fun or method taken from other abandonment. 




Membaca al-quran itu satu ibadah, disamping itu ada ibadat lain yang memerlukan bacaan al-quran iaitu solat. Jadi anak-anak yang diajar membaca al-quran bukanlah sia-sia, sebaliknya ia boleh membacanya semasa menunaikan solat setiap hari dan kadar yang paling minimum ialah membaca surah al-fatihah.

Maka Kitab suci al-quran bukan sahaja mempunyai pelbagai keistimewaan sebagai petunjuk, rahmat dan penawar bagi segala penyakit bahkan membacanya juga adalah ibadah dan akan mendapat pahala daripada allah melalui sabda rasulullah s.a.w.yang bermaksud :

“ sesiapa membaca satu huruf daripada kitab allah (al-quran) maka dia akan mendapat pahala satu amal kebajikan dan pahala satu amal kebajikan digandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf, mim juga adalah satu huruf’’ (hadith riwayat tirmizi)

Selain daripada membaca, mendengar orang membaca al-quran juga satu ibadah dan beroleh pahala sebagaimana sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

‘’ barangsiapa yang mendengar satu ayat dari kitab allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barangsiapa yang membacanya

baginya cahaya pada hari kiamat’’
(hadith riwayat ibnu hibban)

Daripada ka’ab bin malik r.a.meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :

‘’ orang mukmin yang membca al-quran dan mengamalkan isinya ibarat buah limau manis, rasanya sedap dan berbau harum. Sedangkan orang mukmin yang tidak membaca al- quran tetapi mengamalkan isinya ibarat buah kurma, rasanya sedap dan manis tetapi tidak berbau. Perumpamaan orang munafik yang membaca al-quran ibarat minyak wangi yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Manakala orangmunafik yang tidak membaca al-quran ibarat buah khanzalah yang rasanya pahit dan berbau busuk’’
(hadith riwayat al-bukhari, muslim, ahmad dan lain-lain)

Dan rumahtangga yang tidak membaca al-quran, rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

‘’ perbanyakkan membaca al-quran di rumah-rumah kamu kerana sesungguhnya rumah didalamnya tidak dibaca al-quran itu sedikit kebaikannya, banyak kejelikannya dan menyempitkan atas yang mendiaminya’’
(hadith riwayat ad-daruquthni)


BELAJAR AL-QURAN



Belajar ilmu Tajwid ialah fardhu Kifayah dan mengamalkan ilmu tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu 'Ain ke atas setiap orang yang ingin membaca al-Quran.

Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Muzzammil (4) ;

Dan bacalah akan al-Quran secara tartil "

Sabda Rasulullah s.a.w;

Sesungguhnya Allah Ta'ala menyukai akan hamba-Nya yang membaca al-Quran bertepatan sebagaimana sebagaimana ia diturunkan." ( Riwayat Ibnu Khuzaimah )

Sayyina 'Aliy r.a berkata;

Tartil ialah memperelokkan bacaan ( mengeluarkan huruf dari makhraj dan menunaikan sifat huruf dengan betul ) dan mengetahui kaedah waqaf dan ibtida' yang sebenar."

Ilmu tajwid ialah ilmu berkaitan dengan seni bacaan, seni suara dan kemahiran dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan waqaf dan ibtida'. Ilmu ini terbahagi kepada dua bahagian;

1. Tajwid 'Ilmiy iaitu ilmu yang menerangkan hukum hakam tertentu agar al-Quran dibaca sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. Hukumnya fardhu kifayah iaitu jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu 'ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain.

2. Tajwid 'Amaliy iaitu menunaikan segala hukum bacaan al-Quran semasa membacanya agar terpelihara kemuliaan al-Quran dan sipembacanya mendapat rahmat dari Allah. Hukum mengamalkan hukum hakam tajwid semasa membaca al-Quran adalah fardhu 'ain ( wajib ). Kata al-Imam Ibnu al-Jazariy;

Dan beramal dengan tajwid itu satu kewajipan, siapa yang tidak mentajwidkan al-Quran maka ia berdosa."

Kata al-Syaikh Muhammad Ali bin Khalaf al-Husainiy;

Siapa mengambil ilmu daripada seseorang guru secara musyafahah adalah i melencong dan menyalahi daripada jatuhdalam perkara yang dilarang. Dan siapa yang mengambil ilmu daripada buku semata-mata maka ilmunya di sisi ulama seperti tidak wujud."

Ada orang dewasa atau warga emas yang tidak berminat mengikuti pengajian al-Quran yang diadakan di masjid dan surau kerana merasa malu atau beranggapan bahawa kuliah seperti itu hanya layak untuk kanak-kanak sahaja. Inilah bisikan syaitan laknatullah 'alaihi yang membisikan ke dalam hati orang mukmin agar meninggalkan al-Quran termasuklah mempelajari al-Quran. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengikuti kuliah tajwid dan talaqqi al-Quran yang diadakan di masjid atau surau kita. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w;

Bacalah al-Quran ( dengan betul ) kerana ia akan datang pada hari Qiyamat untuk membantu orang yang membacanya." ( Hadis Riwayat Muslim )

BELAJAR TAJWID

 Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah bagi umat Islam. Maksud belajar ilmu tajwid itu sebagai fardu kifayah, bererti mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid sebagai rujukan bagi masyarakat setempatnya. Jika tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka kesemua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa. 

1. Dalil daripada Ayat al-Quran Apabila ditanya tentang hukum membaca al-Quran dengan bertajwid sama juga bila persoalan apakah hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid semasa membaca al-Quran. Hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan al-Quran adalah fardu ‘ain ke atas setiap muslim tidak kira lelaki atau pun perempuan. Apabila seseorang itu membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa bacaan al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat) al-Quran itu wajib

dibaca dengan bertajwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 

رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه 

Maksudnya: Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya. 

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”. Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W. membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil. Tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, dalam erti kata lain membaca al-Quran dengan bertajwid. 

Dalam Surah al-Baqarah ayat 121 antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu 

Walaupun pada dasarnya hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah, tetapi tidak mungkin tercapai matlamat pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul (fardu ‘ain) kecuali terlebih dahulu mempelajarinya. Ini kerana tidak ada seorang pun di dunia ini yang dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali dia mempelajarinya terlebih dahulu. Begitu juga dengan ilmu al-Quran yang pembacaannya diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya secara musyafahah dari mulut ke mulut hingga sampai kepada kita pada hari ini tidak mungkin dapat dikuasai kecuali dengan mempelajarinya terlebih dahulu (Surur Shihabuddin An-Nadawi, 2004). 

2. Dalil daripada as-Sunnah Dalil as-Sunnah tentang wajib membaca al-Quran dengan bertajwid pula sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau menjawab: 

فقالت ما لكم وصلاته كان يصلي ثم ينام قدر ما صلي ثم يصلي قدر ما نام ثم ينام قدر ما صلي حتى يصبح ثم نعتت قراءته فاءذا هي تنعت قراءة مفسرة حرفا حرفا 

Maksudnya: “Ketahuilah kamu semua, adalah baginda S.A.W. solat kemudian tidur dengan kadar baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar tidur tadi hingga menjelang subuh, kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah S.A.W., maka beliau menunjukkan(satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnya satu persatu”. (Hadith Jamik At-Tarmizi) 

Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi S.A.W. yang berbunyi :- 

"ان الله تعالي يحب أن يقرأ القرءان غضا كما أنزل" Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca 

فانه سيجي قوم بعد يرجعون القرءان ترجيع الغناء والرهبانية والنوح لا يجاوز حناجرهم مفتونة وقلوب من يعجبهم 

Maksudnya: Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja. 

3. Dalil daripada Ijmak Ulama Telah sepakat para ulama sepanjang zaman dari zaman Rasulullah S.A.W. sehingga sekarang dalam menyatakan bahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah menyatakan:- “Sesungguhnya telah sepakat semua imam dari kalangan ulama yang dipercayai bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi S.A.W. lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajipan ini”. 

Menurut Mazhab Imam As-Syafie, bahawa memelihara pembacaan kitab Allah Taala iaitu membaca secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994). 

Imam Ibnu Jazari pula menyatakan dalam kitab puisinya (Muqaddimah) telah berkata:- والاخذ بالتجويد ختم لازم من لم يجود القرءان ءاثم لأنه به الاله أنزلا وهكذا منه الينا وصلا وهو أيضا حلية التلاوة وزينة الأداء والقراءة Ertinya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan 

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan keutamaan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Oleh yang demikian, membaca al-Quran dengan tajwid yang betul adalah fardu ‘ain bagi setiap umat Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang mukallaf, maka hukum mempelajari ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut. Oleh kerana mengamalkan ilmu tajwid adalah satu kewajipan, maka dapatlah disimpulkan bahawa mempelajarinya juga merupakan satu kewajipan demi menyempurnakan tuntutan Allah Taala. 

KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan-kepentingan membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti berikut: 

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran. Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatkanya. Sekiranya membaca al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu:- 

i. Kesalahan Nyata (لحن الجلي ) Al-Lahn al-Jali (اللحن الجلي ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali (جلي ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari telah mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam. 

Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan. 

ii. Kesalahan Tersembunyi (لحن خفي ) Al-Lahn al-Khafi ( اللحن الخفي ) ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan makna. Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.

Hukum melakukan kesalahan tersembunyi dalam bacaan adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya dan sebahagian ulama menghukumkannya sebagai makruh. Oleh itu haram bagi orang yang telah mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu Tajwid maka wajiblah mereka belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan tersebut. 

2. Meningkatkan Minat Membaca al-Quran Berkat penguasaan ilmu Tajwid maka para pembaca al-Quran akan yakin bahawa mereka akan terhindar dari sebarang kesalahan, seterusnya dengan adanya penguasaan ilmu Tajwid juga kualiti bacaan al-Quran akan terpelihara. Apabila tajwid itu betul maka kecenderungan minat untuk membaca al-Quran akan lebih meningkat lagi, kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-ayat yang dibaca. Dengan demikian, kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanya sahaja, bahkan lebih cenderung untuk mendalami makna-makna yang terkandung di dalam al-Quran. Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insane yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak. 

Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah S.A.W. :- 

فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه 

Maksudnya: Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan, adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. Riwayat Baihaqi. 

Dari makna hadith di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan lain-lain perbuatan. 

3. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul. Apabila seseorang itu mengetahui tentang hukum tajwid akan merasa yakin semasa membaca al-Quran. Mereka tidak lagi merasa ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui di mana-mana tempat dalam al-Quran yang sebanyak 30 juzuk itu. 

Bagi golongan yang tidak tahu tentang hokum tajwid mereka akan gelisah dan tidak tenang dalam bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah ayat yang di bacanya dari segi hukum tajwid. 

4. Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat 

Maksudnya: 

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. 

خيركم من تعلم القرءان وعلمه Maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya. (Sahih Bukhari) 

Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah S.A.W. supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah pun bersabda: 

من قرأ القرءان فأعرب في قرأته كان له بكل حرف عشرون حسنة ، ومن قرأ بغير اعراب كان له بكل حرف عشر حسنا ت 

Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca. 

Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:- 

Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan membaca al-Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29 dan 30:- 

Kerana berdosa tidak mengelokkan bacaan 

Sheikh Qurra’ Mesir, As-Sheikh Muhammad bin Ali bin Khalaf al-Husaini dalam kitabnya " القول السديد " (Menulis Menurut Hukum), bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacanya, manakala membaca al-Quran tanpa tajwid (secara bacaan yang salah) adalah berdosa. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu ‘ain bagi orang-orang yang hendak membaca al-Quran, kerana al-Quran itu adalah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. secara bertajwid (bacaan yang elok) dan ia juga telah sampai kepada kita secara mutawatir (Abdullah al-Qari bin Haji Solleh, 1994). 

Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal dari lagu arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Adapun lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf. 

al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan” 

beriman kepadanya. 

Al-Quran sendiri melaknatnya. 

Laknat ini terjadi apabila pembaca membacanya tanpa tajwid, seperti mana yang disuruh oleh Allah Taala dalam firmannya yang bermaksud : Kerana al-Quran itu turunnya dari Tuhan Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan Tajwid juga perhiasan bacaan. Dan hiasan sebutan dan bacaan.




Definisi Al-Quran
" Dia ( Al-Quran) adalah Kalam Allah bernilai mukjizat. Diturunkan kepada para nabi dan rasul, dengan perantaraan malaikat Jibril as.  Yang tertulis pada ' mushashif.  Diriwayatkan kepada kita dengan mutawatir. Membacanya dikira ibadah. Di awali dengan surah al-  Fatihah dan diakhiri dengan Surah An Naas.


Maka definisi tersebut telah disepakati oleh para ulama' 
Allah menurunkan  al-Quran sebagai pedoman kehidupana umat  dan petunjuk bagi mahluk.  Ia juga tanda-tanda kebenaran Rasulullah saw. di samping merupakan bukti yang jelas atas kenabian dan kerasulannya.  Ia juga sebagai hujah yang akan tetap tegak sampai pada hari kiamat. Ia memang merupakan mukjizat yg abadi, yang tidak dapat disanggahi oleh semua bangsa dan umat di atas peredaran zaman.






Sifat-sifat  yang diberikan kepada Al-Quran, juga banyak terdapat pd beberapa ayat. 

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu dalil ( keterangan) dari pada tuhan-Mu dan telah kami turunkan kepadamu nur (cahaya) yg menerangi.
                                                                                                                               ( An Nisaa: 174 )

Kami turunkan  di antara Quran sesuatu yang   menyembuhkan ( penyakit hati ) dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, tetapi yang demikian tiada  menambah orang-orang yang aniaya, melainkan kerugian
                                                                                                                          ( Al-Isra :82 )

" Katakanlah: dia ( Al-Quran ini ) untuk orang-orang yang beriman  jadi petunjuk dan menyembuhkan  (penyakit dalam hati )
                                                                                                                          (Fusilat :44 )
" Hai sekelian manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari tuhan-mu dan menyembuhkan apa yang dalam dada (hati), lagi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang ygan beriman
                                                                                                                         ( Yunus :57 )



Maka mentadabburinya adalah wajib

Sesungguhnya hafazan al-Quran mudah hilang: Panduan Nabi s.a.w dalam hadisnya:
   
            " Adalah janji dengan al-Quran ini.  Maka demi Jiwa Muhammad dalam tangan-Nya, ia lebih cepat hilang (dari dada seseorang) daripada seekor unta pada tambatanya" Riwayat al-Bukhari.

Namun satu lagi anjakan diperlukan bagi menjadikan al-Quran sebagai petunjuk iaitu usaha memahami al-Quran melalui perintah tadabbur.  Inilah antara arahan penting Ilahi berkaitan Al-Quran sebagaimana firmannya,

         Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang nyata. Dengannya Allah memberi hidayah jalan-jalan keselamatan kepada sesiapa yang menurut keredaan-Nya, dan Allah mengeluarkan mereka daripada gelap-gelita kepada cahaya dengan  izin-Nya, dan Allah menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.
                                                                              Surah al- Ma'idah: 15-16

Bagaimana boleh mendapat hidayah jika al-Quran tidak dibaca? Bagaimana hendak mendapat kebenaran jika al-Quran tidak dipatuhi? umpamanya orang yang tidak membaca papan tanda atau signboard yang ada di jalan raya ketika menuju ke suatu tempat yang asing baginya.  Adakah dia akan sampai dengan senang? Kalau dibaca pun tetapi tidak faham maksudnya, bagaimana dia boleh mengetahui mana tempat yg dicarinya?

Nampaknya inilah arahan penting yg tercatat dalam Al-Quran agar kita mentadabbur ayat2 Allah.  Firmannya,


" Kitab yang diberkati yang Kami turunkannya kepada engkau (Muhammad) agar mereka mentadabbur ayat-ayat Nya dan agar mendapat pengajaran oleh orang yang mempunyai fikiran.. Surah Sod:29
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)