1. Bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، وَالأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسٌ عِنْدَهُ ، فَقَالَ الأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ إِنْسَانًا قَطُّ ، قَالَ : فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : إِنَّ مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ ” ، رَوَاهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ ، وَأَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ من وجه آخر
Daripada Abu Hurairah ra, “bahawa Rasulullah saw telah mencium al-Hasan bin Ali sedangkan al-Aqra’ bin Habis Al-Tamimi duduk bersamanya lalu Aqra’ bin Habis berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh dari anak laki-laki namun aku tidak pernah mencium mereka walau pun seorang. Lalu Rasulullah saw saw, bersabda: Sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi “2. Bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas dan sebagainya
عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ أَبَدًا : الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ، وَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ، وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ ” . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَمَّا مُدْمِنُ الْخَمْرِ فَقَدْ عَرَفْنَاهُ ، فَمَا الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ؟ قَالَ : ” الَّذِي لا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ ” . قُلْنَا : فَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ؟ ، قَالَ : ” الَّتِي تَشَّبَّهُ بِالرِّجَالِ – رواه البيهقي
Daripada Ammar bin Yasir daripada Rasulullah, saw, bersabda: “Tiga orang tidak akan masuk Syurga selamanya iaitu laki-laki dayus, perempuan bersifat lelaki dan peminum arak.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah, peminum arak itu kami tahu, Siapakah laki-laki dayus? Baginda bersabda: “Orang yang tidak peduli siapa yang masuk bergaul bebas dengan ahli keluarganya.” Kami bertanya lagi: Siapa perempuan bersifat lelaki ? Baginda bersabda: “perempuan yang menyerupai lelaki”.
[3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi :
قَالَ الرَّسُوْلُ : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ – رواه الطبراني
Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku