.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, April 23, 2017

Pesanan Buat Bapa

Imam Ghazali berkata :
Ketahuilah olehmu bahawa jalan memperbaiki akhlak kanak-kanak itu adalah merupakan satu amalan muakkadah aiatu berupa amalan lazim bagi seorang bapa yang mempunyai anak yang telah diamanahkan oleh Allah. Maka wajib bagi kedua ibubapa memelihara mereka daripada segala kejahatan dan maksiat, wajib bagi kedua ibubapa menyuruh anak-anak mereka berbuat kebajikan dan melakukan segala ibadah.

Kata Imam ghazali lagi :
Maka jika diajarkan anak-anak segala perbuatan kebajikan dan akhlak yang baik, nescaya ia akan menjadikannya ibadah dan sifat itu akan dibawanya sehingga ia dewasa dan akan mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat. Dan ia akan memberikan pahala atas segala perbuatannya itu kepada kedua ibubapanya termasuklah orang yang mengajarkan akhlak dan ibadah kepadanya. Jika diajarkan pula anak itu dengan kejahatan, maka diumpamakan ia seperti haiwan. Nescaya celakalah ia di dunia dan di akhirat dan dosa atas perbuatannya itu akan tertanggung di batang leher kedua ibubapanya.

Kemudian Imam Ghazali berkata :
Adapun bagi seorang bapa, janganlah :
Dibiasakan anaknya itu bersenang-senang dan bersedap-sedap
Dibiasakan anaknya itu dengan berhias-hias
Diberikan anaknya itu sesuatu yang menyebabkan ia bersuka-suka
Kerana itu semua akan menghilangkan umurnyadi dalam menuntut dan itu juga akan membinasakannya selama-lamanya.

Maka Imam Ghazali berpesan :
“Maka bagi seorang bapa hendaklah jangan sekali-kali memiliki dan memelihara anak melainkan dengan seorang perempuan (isteri) yang solehah. Jangan sekali-kali disusukan anak kecuali dengan perempuan yang solehah yang mempunyai agama iaitu perempuan yang makan dari hasil makanan yang halal, kerana air susu dari hasil makanan yang halal terdapat di dalamnya keberkatan. Dan iar susu yang hasilnya daripada punca yang haram maka tiadalah keberkatan bagi anak itu, maka anak itu akan mengikuti sifat-sifat orang yang memelihara dan menyusuinya.

Imam Ghazali berkata :
“Bagi seoranng bapa, hendaklah mencegah anaknya daripada bergaul dengan kanak-kanak yang terbiasa dengan kesenangan dan kemewahan serta yang suka bersukaria. Juga mencegah anaknya daripada bergaul dengan kanak-kanak yang suka memakai pakaian yang bertujuan untuk bermegah-megah serta mencegah anaknya daripada mendengar perkataan-perkataan yang membawa kepada bermegah-megah kerana apabila anak itu dibiarkan maka nescaya akan lahir dalam diri anak-anak itu sifat-sifat :
Suka berdusta
Berhasad dengki
Mencuri
Mengadu domba
Suka berkelahi
Suka berkata-kata melebih-lebih
Banyak ketawa
Suka menipu orang lain
Tidak mempunyai perasaan malu”

Kemudian Imam Ghazali berkata:
“Maka hendaklah bagi seorang bapa, membimbing dan mengajarkan anaknya ke tempat-tempat orang yang mengajarkan Al-Quran dan belajar Al-Quran. Belajar tentang hadis-hadis Nabi s.a.w. Seorang bapa juga dituntut agar memperdengarkan anaknya itu itu dengan sirah-sirah atau hikayat-hikayat akhlak para awliya’, orang-orang yang soleh dan segala cerita akhlak agar tertanam di dalam hati mereka kasih kepada orang-orang soleh dan awliya’ dan supaya cenderung kepada jalan ahli tasawuf.”

Imam Ghazali berkata lagi :
“Dan bagi seorang bapa, hendaklah memelihara anaknya daripada belajar syair-syair yang di dalamnya ada menyatakan keasyikan kepada perempuan kerana membawa kepada kebinasaan kepada anaknya itu.”

(SiirusSalikin : Fi Bayaani Thoriq Fi Raiyadhotis Shibyan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH