.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, December 4, 2014

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ : Suatu Penjelasan

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 256

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam); sesungguhnya nyata kebenaran daripada kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada tali Allah yang amat kuat yang tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Ayat ini sebenarnya membawa maksud 'tidak ada paksaan dalam menerima atau memasuki agama Islam'. Ini bermakna kita tidak boleh memaksa orang-orang yang bukan Islam (kafir) untuk masuk Islam. Mereka perlu masuk Islam dengan kerelaan hatinya. Inilah kefahaman yang benar. Ini juga telah dibuktikan melalui ayat seterusnya yang menyambung mengenai pengingkaran kepada thaghut* (berhala, syaitan dll) dan beriman kepada Allah (dengan memasuki agama Islam). Bukanlah
ayat ini seperti yang dinyatakan awal tadi, yang bermaksud tidak ada paksaan di dalam melaksanakan perintah Allah dan ibadah yang wajib.

Setiap umat Islam itu perlu melaksanakan apa yang telah disyariatkan kewajipannya di dalam Islam kerana jika tidak dilakukannya, maka dia boleh menjadi fasik*.

Umat Islam yang tidak melaksanakan perintah yang wajib ini perlu lah ditegur dan diajak untuk melaksanakannya. Ada banyak perkara yang mana keengganan mereka untuk melaksanakannya boleh dihukum. Seperti contoh ibu bapa yang anaknya tidak solat ketika sudah berusia 10 tahun, mereka harus memukulnya seperti mana yang diriwayatkan di dalam hadis Nabi SAW:

مُرُوا الصَّبِيِّ بِالصَّلَاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ، وَإِذَا بَلَغَ عَشْرًا سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan bilamana dia berusia 10 tahun, pukullah dia jika tidak mahu mengerjakan solat."
(Riwayat Abu Dawud. Syaikh al-Albani menilainya sebagai hasan sahih)


Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.anhu, beliau juga telah memerangi kaum yang enggan mengeluarkan zakat. Beliau mengumumkan perang terhadap mereka kerana ingkar dengan ibadah zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Inilah sebagaimana yang diriwayatkan:

Dari Abu Hurairah r.anhu, katanya: "Setelah Rasulullah SAW wafat, dan Abu Bakar r.anhu telah diangkat jadi Khalifah (pengganti), sebahagian bangsa Arab kafir kembali (murtad). 'Umar bin Khatthab r.anhu berkata kepada Abu Bakar, "Kenapa anda hendak perangi orang-orang itu, padahal Rasulullah SAW telah bersabda: Aku diperintahkan memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan "La ilaha illallah ". Kerana itu, siapa yang telah mengucapkan "La ilaha illallah" harus dilindungi harta dan jiwanya, kecuali apabila dia melanggar hukum; dan perhitungannya terserah pada Allah." Jawab Abu Bakar, "Demi Allah! Akan ku perangi orang-orang yang membeza-bezakan perintah solat dan zakat. Sesungguhnya zakat itu adalah kewajiban mengenai harta. "Demi Allah! Sekalipun mereka hanya enggan memberikan tali unta yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah SAW, akan ku perangi juga mereka." Jawab 'Umar, "Demi Allah! Kini barulah aku tahu, sesungguhnya Allah 'Azza wa lalla memberi petunjuk kepada Abu Bakar untuk berperang. Dan sekarang aku yakin, dialah yang benar."
(Sahih Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)