.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, December 27, 2014

Sempena Maulidur Rasul s.a.w (8)

Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya.

1.

Suatu hari ketika nabi baru dilantik menjadi utusan Allah,ramai bangsa arab yang mempersoalkan kerasulan Baginda.Seperti zaman sebelumnya,pasti yang akan ada meminta bukti seperti Mukjizat. Mereka meminta kepada Rasulullah supaya minta kepada Allah mengeluarkan emas supaya mereka tidak perlu lagi berdagang,meminta doakan supaya menghidupkan orang yang sudah mati,dan mengalirkan sebatang sungai supaya mereka mudah untuk bercucuk tanam.

Lalu Rasulullah pun menjawab dengan nada yang tenang dan senang hati dengan mengatakan Allah akan tunaikan semua permintaan itu jika Baginda Rasulullah meminta akan sedemikian.

Tetapi Allah terlebih dahulu memberi peringatan bahawa Allah akan timpakan ke atas mereka bala bencana yang tidak pernah wujud sepeti kaum sebelum mereka sekiranya masih ada diantara mereka yang tidak mempercayai kata-kata baginda. Disebabkan cinta dan kasih sayang Rasulullah kepada umatnya,Baginda tidak meminta kepada Allah untuk menunaikan apa yang diminta oleh orang arab ketika itu,kerana Rasulullah tahu pasti akan ada yang masih tidak mempercayai kata-katanya,dan pasti akan ada yang tidak mahu menerima islam,dan ini akan menyebabkan umat Baginda akan ditimba bala bencana dari Allah kerana masih menolak Islam.

Bagi mengelakkan mereka ditimpa bala bencana,baginda tidak memohon kepada Allah supaya tunaikan apa yang diminta orang arab. MasyaAllah,besarnya kasih Rasulullah kepada umatnya meskipun masih ramai yang tidak menerima Islam.

Besarnya cinta rasulullah yang tidak menginginkan umatnya ditimpa bala dan azab dari Allah. Moga-moga kita juga sentiasa cuba mencintai Rasulullah dan penciptanya lebih dari yang lain.

2.

sebuah hadis menyebutkan tentang cinta dan kerinduan khusus Rasulullah SAW kepada umatnya yang terkemudian iaitu umat yang dilahirkan setelah kewafatannya. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah pergi ke kawasan perkuburan Baqi’ dan bersabda:

“Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah SAW)” [Riwayat Muslim, Ibn Majah, An-Nasa’ie dan Imam Malik]

Alangkah malangnya bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menghadirkan Rasulullah SAW dalam satu saat pun daripada kehidupan dan ingatan mereka, sedangkan baginda menghadirkan kita semua dalam kehidupannya dan juga dalam setiap doa. Rasulullah SAW sendiri menghayati kehadiran kita sebelum kelahiran kita, bagaimana kita tidak berusaha untuk menghayati kehadiran Rasulullah SAW setelah kewafatannya?

Bagaimana pula bentuk kehadiran Rasulullah SAW dalam segenap kehidupan umat Islam sedangkan Rasulullah SAW sudahpun wafat?  Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.” (Riwayat Ad-Dailami dan Al-Bazzar)

Hadis ini memahamkan kita bagaimana kehadiran Rasulullah SAW dalam kehidupan para umatnya dan sentiasa memerhatikan dan mengetahui perihal umatnya walaupun setelah kewafatan Baginda SAW. Dalam riwayat yang lain, dinyatakan bahawa segala amalan umat Baginda SAW akan dibentangkan kepadanya pada setiap malam Isnin dan Khamis.

Ini menunjukkan betapa Rasulullah SAW sememangnya hadir dalam kehidupan umat Islam dengan kehadiran yang hanya diketahui oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW sahaja. Namun, sudah pastilah rasa penghormatan dan penghargaan yang cuba dizahirkan oleh para umatnya akan juga sampai kepada Baginda SAW, melalui selawat dan doa disamping ziarah kita ke Makam baginda SAW melalui salam yang disampaikan selagimana menepati syarak.

Kisah al-Utbi

Daripada Imam al-‘Utbi [ Abu ‘Abdul Rahman Muhammad bin ‘Abdullah atau ‘Ubaidillah bin ‘Amr bin Mu`awiyah bin ‘Amr bin ‘Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-‘Utbi ] bahawa ia telah menceritakan: “Adalah aku satu ketika duduk di samping Makam Junjungan Nabi SAW, maka telah datang seorang ‘Arabi (penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi SAW dengan katanya: “Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar ayat Allah Ta`ala sebagaimana firman-Nya:

“Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”  [Surah an-Nisa’: 64]

Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan daripada segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.”

Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut:-

يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع والأكم

نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف وفيه الجود و الكرم

Maksudnya: “Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya, Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya, Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya, Dalamnya ada (peribadi) yang suci, pemurah lagi mulia.”

Al-‘Utbi meneruskan ceritanya; “Kemudian, dia berpaling meninggalkan Makam Junjungan Nabi SAW, tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi SAW dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku:

“Wahai ‘Utbi, segera pergi berjumpa A’rabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.”[2]

Kisah ini diriwayatkan oleh seorang ulama’ besar dalam bidang hadis yang sangat mementingkan sumber-sumber yang sahih dalam periwayatan iaitulah Imam An-Nawawi r.a.. Maka, ini adalah sebahagian daripada contoh di mana Baginda SAW hadir dalam kehidupan para pencinta secara khusus dan umat Islam secara umumnya.

Begitu juga kehadiran khusus Rasulullah SAW terhadap mereka yang berselawat ke atas Baginda SAW setelah kewafatannya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tiadalah seseorang yang menyampaikan salam ke atasku melainkan Allah SWT akan mengembalikan rohku sehingga aku menjawab salam ke atasnya”. (Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Dalam riwayat lain, Ibn Abbas r.a. berkata: “Tiadalah seseorang pun daripada Umat Muhammad SAW berselawat ke atas Baginda SAW melainkan ia akan sampai kepada Baginda SAW lalu malaikat berkata kepada Baginda SAW: “Si fulan berselawat ke atasmu dengan begini dan begini…”

Ini menunjukkan samada Rasulullah SAW berinteraksi secara langsung dengan umat Islam yang menyampaikan salam dan selawat ke atas Baginda SAW ataupun melalui perantaraan malaikat, namun tetap sahaja bentuk amalan yang dilakukan oleh mereka yang menyampaikan salam dan selawat kepada Baginda SAW itu sampai kepadanya dengan izin Allah SWT.

Oleh itu lakukanlah yang terbaik dengan segala suruhan agama sebagai tanda kesyukuran kita terhadap cintanya Nabi SAW kepada kita sebagai umatnya. Betapa kasihnya baginda SAW untuk menuntun kita kepada kebaikkan dan keredhaan Allah SWT. Hargailah pengorbanan baginda SAW itu dengan banyak berselawat disamping mengharapkan syafaat daripadanya.  Zahirkanlah kegembiraan apabila berada di sisi Majid Nabawi yang mulia dan beradablah ketika menziarahi Makamnya sebagai simbol penghormatan terhadap baginda SAW. Namun yang paling utama, ikutlah sunnah dan petunjuk yang ditinggalkannya sebagai penyaksiaan kita, bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)