.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, December 26, 2014

Kisah-kisah Izrail

MALAIKAT IZRAIL DENGAN PEMUDA BERIMAN
 
Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebutpun menjawab salamnya.

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”
Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”

Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”

Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.

Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”
Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”
Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.

MALAIKAT IZRAIL DENGAN SEORANG RAJA
 
Wahab bin Munabbih telah mennceritakan : “Ada seorang raja hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali”

Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup sombong.

Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya salam tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat lalu raja tadi dengan marahnya berkata : “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau”

Lalu lelaki itu berkata : “Aku ada keperluan yang hendak aku sampaikan kepadamu sekarang”
Jawab raja : “Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini”

Lelaki itu berkata lagi : “Tidak, aku hendak sampaikan sekarang juga”
Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata : “Katakan apakah keperluan yang engkau hendak ?”
Seterusnya elaki itu berkata : “Ini adalah rahsia”
Maka rajapun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebutpun berkata : “Aku adalah malaikat maut”

Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh anggota raja dan berkata : “Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat setika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat mereka”

Malaikat maut berkata : “Tidak ! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya”
Lalu malaikat mautpun mengambil nyawa raja tersebut dan jatuhlah raja itu dari kudanya serta merta dan menjadi mayat.

Malaikat Izrail Menyamar
 
Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam,  dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu".

Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah.   Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.
Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : "Apa maksudmu ?"

Tetamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu". 
Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"
Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya".

Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.
Kemudian tetamu itu berkata lagi :"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"

Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.

Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"
Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah"
Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : "Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku.

Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan utaupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati.

MALAIKAT IZRAIL DITUGASKAN MENGAMBIL TANAH UNTUK MENCIPTA ADAM MENCABUT NYAWA MANUSIA
 
Pada suatu ketika Allah memerintahkan kepada malaikat jibril supaya turun ke bumi mengambil tanah untuk mencipta Adam. Apabila dia sampai di bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam hinggakan bumi bersumpah, demi kerana Allah, tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan Adam kerana khuatir Adam akan membuat maksiat kepada Allah. Lalu Jibril naik mengadap Allah, dia gagal mengambil tanah setelah mendengar sumpah bumi.

Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail turun ke bumi dengan tujuan yang sama. Dia juga turut mendengar sumpah bumi sepertimana yang berlaku kepada Jibril. Lalu dia naik mengadap Allah dengan tangan kosong.

Lalu tiba giliran malaikat Israfil. Dia juga mengalami nasib yang sama, kembali mengadap Allah dengan perasaan yang hampa.

Kemudian Allah memerintahkan malaikat Israil menjalankan misi yang serupa. Dia telah mendengar sumpah bumi dan kembali mengadap Allah menceritakan tentang kegagalannya.

Lalu Allah berfirman :”Wahai Israil ! Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mengalah. Katakan bahawa apa yang engkau buat atas perintah dab namaKu”.

Kemudian Israil turun sekali lagi ke bumi dan berseru kepada bumi : “Wahai bumi, ketahuilah bahawa kedatanganku adalah atas perintah Allah dan atas namaNya. Jika engkau membantah pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan sudah tentu engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah SWT !”

Mendengar perkataan Israil, bumi tidak dapat berkata apa-apa lalu membiarkan sahaja Israil mengambil tanahnya. Menurut Ibnu Abbas, tanah-tanah itu adalah seperti berikut ;

Kepala nabi Adam dari tanah Baitul Muqaddis kerana di situlah beradanya otak manusia dan akalnya

Telinganya dari tanah Bukit Tursina ia alat mendengar dan tempat menerima nasihat

Dahinya dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud kepada Allah

Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan

Matanya dari tanah Al-Kauthar tempat untuk menarik perhatian

Giginya dari tanah Al-Kauthar tempat memanis-manis

Tangan kanannya dari tanah Kaabah untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia

Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak

Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus

Kemaluannya dari tanah Babylon, di situlah tempat seks dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa

Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan
Hatinya dari tanah Syurga Firdaus kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

Lidahnya dari tanah Thaif tempat mengucap Syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Setelah mengambil tanah dari bumi, lalu Israil mengadap Allah SWT.
Allah berfirman : “Wahai Israil ! Engkau yang Ku tugaskan untuk mengambil tanah dan kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut nyawa manusia”.
Lalu Israil berkata :”Wahai Tuhanku ! Hamba takut akan dibenci oleh seluruh anak Adam !”

Allah menjawab melalui firmannya :”Tidak !, Mereka (manusia) tidak akan memushi engkau”. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan ada sebab untuk mendatangkan kematian mereka spt terbunuh, terbakar dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)