.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, December 22, 2014

Azan dan Suatu Penghormatan


Sabda Rasulullah saw :-

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين



"Apabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sehingga solat DUA rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Sebelum seseorang itu duduk didalam masjid, disunatkan dia
menunaikan Solat Tahiyatul al-masjid, walaupun Imam sudah mulai membaca khutbah.

b. Kebetulan pula dia menangguh solat Tahiyatul al-masjid oleh kerana ingin menjawab AZAN. Dengan itu dia akan mendapat tiga pahala, iaitu :-

# menjawab Azan,

# berdo'a selepas Azan

# melakukan Solat Tahiyatul masjid.

Maka bukanlah seseorang itu berdiri kerana menghormati Azan. Tidak ada dalil yang menyokong perbuatan ini. Menghormati Azan adalah dengan cara menjawabNya. Menghormati dan memuliakan masjid ialah dengan melakukan Solat Tahiyatul Masjid sebelum duduk.

Dalam kes Azan KEDUA pada hari Jumaat, ulama' mengatakan tidak perlu menjawab laungan Azan, iaitu dengan bersegera menunaikan solat Tahiyatul Masjid, supaya bersedia mendengar khutbah Jumaat. [Fataawa Arkaan al-Islam, Ibn Utsaimin, ms. 28].



Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...
mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...... amin..amin.. aminYarobbal a'lamin.."



Azan menurut syara' bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan Sembahyang Fardu Lima Waktu dan mula disyariatkan pada Tahun Pertama Hijrah di Madinah. Perkara ini telah diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar katanya yang bermaksud :

"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka : Ambillah 'nakus' (loceng) seperti nakus orang-orang Nasrani (Kristian). Berkata sebahagian yang lain pula : Ambillah 'buuq' (terompet) seperti terompit orang-orang Yahudi. Lalu berkata Umar : Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang? Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang".

Maka buat kali pertamanya azan pun dilaungkan dengan kalimah-kalimah yang suci dan ini membuktikan betapa seruan azan itu merupakan simbol syiar Islam yang unggul lagi tersendiri dan bukannya ditiru dari mana-mana adat atau budaya asing.

Sesungguhnya seruan azan itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya. Imam Nawawi Rahimahullah pernah berkata bahawa azan itu mempunyai empat hikmah iaitu :

Pertama : Untuk menzahirkan tanda Islam dan Kalimah Tauhid.

Kedua : Untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang.

Ketiga : Untuk memberitahu tempat sembahyang.

Keempat : Untuk memanggil berjemaah.

Selain daripada itu, laungan azan mempunyai banyak kelebihan-kelebihan antaranya ialah laungan azan itu dapat mengusir syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dalam pada itu, azan juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang sedang dalam kerasukan dan menghindarkan mereka daripada kejahatan jin, begitu juga sunat mengazankan orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau binatang dan orang yang resah gelisah kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan itu. Sunat melaungkan azan ketika menghadapi kebakaran atau untuk orang yang hendak musafir atau untuk anak damit yang baru lahir supaya anak damit itu tidak akan diganggu oleh Ummu Syibbyan iaitu daripada kalangan jin.

Perlu diketahui juga bahawa waktu atau masa di antara azan dan iqamah merupakan di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana itu kita disunatkan untuk berdoa pada ketika itu seperti memohon selamat daripada musibah dan penyakit. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Annas bin Malik katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Doa tidak ditolak antara azan dan iqamah. Mereka berkata : Apakah yang kami katakan wahai Rasulullah? Baginda bersabda : Kamu memohon kepada Allah afiat (keselamatan) di dunia dan di akhirat". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi).

Islam telah mengajar kita cara-cara untuk menghormati azan, antaranya ialah jika kita mendengar seruan azan atau iqamah sedang dilaungkan, maka sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut.

Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. 
Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.



Diriwayatkan, Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri dan beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar sahaja seruan azan, dia segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti seketika untuk menghormati seruan azan.

Setelah selesai menjawab azan barulah disambung semula nyanyian, hanya itulah sahaja amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal, ramai kalangan orang yang soleh bertemu dengannya. Tanya mereka, “ibadah apakah yang menyebabkan ALLAH mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?

Jawab Zubaidah, “ALLAH telah mengampun dosaku dengan banyak mengucap syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali semasa hayatku dulu, apabila mendengar sahaja azan, sedang waktu itu aku tengah berhibur maka dengan serta-merta aku menyuruh mereka menghentikan hiburan dan menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang benar-benar aku jaga.”

Maka ALLAH berfirman, “kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada dalam dadanya masakan dia mahu menyebut-Ku dalam keadaan leka.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)