.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 13, 2014

USUL FIQH : BIDANG PERBAHASAN

, Bidang atau skop perbahasan dalam ilmu usul al-fiqh ialah mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama untuk mengeluarkan sesuatu hukum daripada sesuatu sumber hukum , samada sumber hukum yang disepakati atau dari sumber hukum yang tidak disepakati.Ianya juga membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Ijtihad , syarat-syarat dan kriteria serta ciri-ciri mujtahid.Begitu juga dengan al-Ta’arud dan al-Tarjih serta al-Dilalat atau al-Dalalat , iaitu perbahasan khusus tentang cara-cara menentukan madlul dan hukum dari Al-Quran serta Hadith dan kategorinya.
Bidang-bidang yang menjadi perbahasan dalam ilmu usul al-fiqh seperti di atas adalah merupakan perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap individu yang ingin mempelajari Ilmu Usul al-fiqh.Ini disebabkan supaya ianya selari dengan kehendak dan matlamat ilmu usul al-fiqh itu sendiri dan tidak tersasar daripada perbahasan yang sepatutnya.Perlu diingat , bidang perbahasan ilmu usul al-fiqh adalah berbeza dengan bidang perbahasan ilmu al-Fiqh.
Sebagai contoh , untuk membezakan skop atau bidang perbahasan antara ilmu al-fiqh dengan ilmu usul al-fiqh adalah seperti berikut :
Dalam ilmu al-fiqh , kita diberitahu bahawa hukum menunaikan sembahyang adalah wajib.Begitu juga dengan hukum bagi yang meninggalkan sembahyang.Kita juga mengetahui apakah hukum puasa ramadhan , mengeluarkan zakat , menunaikan haji dan banyak lagi perkara-perkara syariat yang disuruh untuk kita samada melakukannya atau pun meninggalkannya.Pendek kata , apa sahaja perbuatan yang kita lakukan dimuka bumi ini hanya akan dikategorikan kepada 2 pembahagian yang paling utama iaitu , boleh atau tidak boleh , Halal atau haram. Maka , menjadi tugas dan tanggungjawab para sarjana dan fuqaha Islam lah untuk mencari dan membahas serta meletakkan hukum pada setiap perbuatan mukallaf tersebut.
Ini berbeza dengan bidang tugas Ulama usul.Sebagai contoh , Al-Quran adalah merupakan sumber perundangan Islam yang paling Agong dan menjadi keutamaan dalam penetapan hukum.Nas-nas perundangan yang terdapat dalam al-Quran tidak hanya berkisar pada satu atau dua perkara sahaja.Bahkan padanya terdapat nas-nas yang bersifat perintah , bersifat larangan , umum atau yang bersifat mutlak.Maka al-Usuli (ulama Usul) akan membahaskan setiap nas dan dalil tersebut menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu dengan berpandukan kepada penyelidikan terhadap uslub bahasa arab dan penggunaannya dalam syariat.Misalnya , dalam al-Quran terdapat nas-nas yang bersifat perintah ( الأمر ).Maka berdasarkan pengkajian atau penyelidikan terhadap uslub bahasa Arab , para ulama usul dapat menetapkan bahawa , ayat yang bersifat perintah ( الامــر ) tersebut , menunjukkan kepada hukum wajib dalam melaksanakan perintah tersebut.Begitu juga dengan nas atau ayat al-Quran yang bersifat larangan ( النــهي ) yang mana menurut uslub bahasa Arab ianya menunjukkan kepada hukum haram dalam melakukan larangan tersebut dan begitulah seterusnya.
Maka kesimpulannya , dapatlah kita fahami , bahawa para fuqaha tugasnya adalah untuk membahaskan serta memperincikan hukum pada setiap amalan perbuatan bagi mukallaf berdasarkan kepada dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah saw.Manakala tugas dan peranan para ulama usul (al-Usuli) pula ialah melakukan perbahasan dan kajian terhadap dalil-dalil syarak dari sudut penggunaannya yang menjadi sandaran para fuqaha.
al-FUQAHA ( ulama Fiqh ) : Skop perbahasannya ialah pada hukum amalan perbuatan mukallaf
al-USULI ( ulama Usul ) : Skop perbahasannya ialah pada dalil dan nas-nas syara’ yang menjadi sandaran fuqaha.
Berdasarkan kepada penerangan di atas , maka kesemua skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh sebagaimana yang dilakukan oleh ulama usul adalah seperti berikut :
  1. Dalil-dalil syarak yang umum: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati.
  2. Dilalah atau dalalat (دلالة): Perbahasan khusus tentang cara-cara dalam menentukan petunjuk hukum (madlul) yang merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
  3. Ta’arudh dan Tarjih (تعارض وترجيح): perbahasan tantang percanggahan antara dalil-dalil syarak serta jalan penyelesaiannya.
  4. Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid, syarat-syarat serta kriterianya
  5. Hukum-hukum syarak yang umum: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad’ie.
Kesemua skop atau bidang perbahasan tersebut , insya Allah akan dibahaskan satu persatu mengikut perbahasan yang telah dibuat oleh para Ulama Usul.
para ulama usul dalam membuat pengkajian dan penelitian terhadap segala kaedah yang terdapat dalam ilmu Usul al-Fiqh.Mereka (al-Usuli) tidak akan melakukan suatu perkara secara sia-sia dan tanpa tujuan.Malah , secara umumnya segala apa yang dilakukan oleh mereka adalah untuk memberikan kemudahan dalam meng’intinbat’kan hukum fiqh yang dipraktikkan (amali) oleh umat Islam.
2.6 Sebelum kita melihat apakah dia maksud dan tujuan ilmu usul al-fiqh , kita lihat dulu maksud dan tujuan ilmu al-fiqh itu dahulu.
Ilmu al-fiqh : “Maksud dan tujuan ilmu al-fiqh ialah perlaksanaan hukum hakam syar’iyyah ke atas amal perbuatan dan pertuturan mukallaf.Maka dengan itu , ilmu al-fiqh adalah tempat rujukan para al-Qadhi dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan al-Qadho.Begitu juga ianya menjadi rujukan para Mufti dalam fatwanya dan juga menjadi rujukan setiap mukkallaf dalam mengetahui hukum hakam syarak yang berkaitan dengan amal perbuatan dan pertuturannya.”
Inilah dia maksud dan tujuan ilmu al-fiqh , malah ianya juga menjadi matlamat dan tujuan semua undang-undang yang ada dalam dunia ini.Ini kerana secara dasarnya , matlamat dan tujuan undang-undang adalah untuk dilaksanakan ( تطبيق ) segala apa yang terkandung dalam undang-undang tersebut kepada kehidupan manusia serta setiap individu juga akan mengetahui apakah dia bentuk perbuatan yang dibolehkan dan yang diharamkan (dilarang).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)