.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 13, 2014

USUL FIQH : MAKSUD DAN TUJUAN

“Perlaksanaan segala bentuk kaedah dan pandangan ilmu usul al-fiqh ke atas dalil-dalil yang tafsili dengan menghubungkannya kepada hukum-hakam syar ‘iyyah yang ditunjukkan oleh dalil-dalil tersebut.Melalui ilmu usul al-fiqh ini , pemahaman terhadap nas-nas syarak dapat dilakukan serta mampu mengetahui apakah hukum yang terkandung dalam nas tersebut dan dapat menyingkap segala bentuk perkara yang tersirat daripadanya.
Selain daripada itu , tujuan dan maksud ilmu usul al-fiqh ini juga ialah dapat meng’istinbat’kan hukum samada dengan kaedah Qiyas , atau Istihsan atau Istishab dan sebagainya terhadap perkara-perkara yang tidak terdapat nas atau dalil dalam menerangkan hukumnya.
Begitu juga dengan kaedah-kaedah dan perbahasan ilmu usul al-fiqh ini ,kita dapat mengetahui setiap peng’istinbat’an hukum oleh para ulama mujtahid yang berbeza-beza mengikut kaedah pemahaman mereka dengan melakukan perbandingan terhadap perbezaan hukum tersebut dalam satu masalah.(satu masalah , hukum yang berbeza).Ini kerana kita tidak boleh memahami dan mengetahui sesuatu hukum serta perbezaan-perbezaan pendapat terhadap hukum tersebut melainkan dengan jalan melihat dan meneliti dalil hukum tersebut serta membahaskan bentuk pengambilan dan pengeluaran hukum daripada dalil tersebut.Maka , inilah yang dikatakan maksud dan tujuan ilmu usul al-fiqh yang juga menjadi tunggak kepada al-fiqh al-Muqaran.
2.7 Berdasarkan kepada perbahasan di atas , maka bolehlah disimpulkan bahawa , maksud dan tujuan ilmu al-fiqh adalah untuk kemanfaatan dan kemudahan setiap mukallaf dalam mengetahui setiap hukum hakam amal perbuatan mereka , manakala maksud dan tujuan ilmu usul al-fiqh pula adalah untuk kemanfaatan dan kemudahan para ulama , fuqaha dan para mujtahid dalam membuat sebarang penentuan dan penetapan hukum terhadap sesuatu masalah.

1. Kaedah Hukum
Hukum dalam Islam
  • Halal — hukum
  • Wajib/Fardu — kewajiban
  • Mustahab — diutamakan
  • Mubah — berkecuali
  • Makruh — tidak disukai, dikeji
  • Haram — dilarang
  • Batil — tidak sah, tidak betul
  • Fasiq — rosak ahklak

Pengertian hukum dari sudut Bahasa Arab ialah: perlaksanaan. Pengertian hukum dari sudut istilah ialah:
Perkara yang dituntut oleh kata-kata Syara' yang bersangkutan dengan perbuatan orang yang bertanggungjawab, samada permintaan, memberi pilihan mahupun penetapan.

Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:

Maksud kata-kata Syara' ialah al-Quran dan al-Sunnah.

Maksud yang bersangkutan dengan perbuatan ialah perkara yang bersangkutan dengan perbuatan mereka samada percakapan mahupun perbuatan, dari sudut mewujudkan mahupun meninggalkan. Oleh itu apa yang bersangkutan dengan iktiqad tidak termasuk sama kerana ia tidak dinamakan hukum dalam istilah ini.

Maksud orang yang bertanggungjawab ialah orang yang memikul tanggungjawab. Ini merangkumi budak kecil dan juga orang kurang siuman.

Maksud permintaan ialah perintah dan larangan baik dari sudut kemestian mahupun keutamaan.

Maksud memberi pilihan ialah perkara mubah (yang dibenarkan).

Maksud penetapan ialah sah, fasad dan seumpamanya yang terdiri daripada tanda-tanda dan sifat-sifat bagi perlaksanaan ataupun pembatalan yang telah ditetapkan oleh Syara‘ .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)