.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, September 18, 2014

CINTA

Khusyuk dalam solat bertambah apabila cinta kita pada Allah bertambah. Bayangkan bertemu seseorang; apabila anda bertemu seseorang yang anda cinta, apa yang anda rasa di dalam hati anda berbeza apabila anda bertemu dengan seseorang yang anda tidak cinta.
Kita telah nyatakan dalam artikel sebelumnya yang cinta bertambah kerana kecantikan seseorang, karakter seseorang, atau jasa yang telah diberikan kepada kita; dan Allah adalah gabungan kesemua ini ke darjat tertinggi. Kita
telah nyatakan bahawa Allah itu Maha Cantik, tapi bagaimana pula dengan aspek `karakter`? Apa yang telah Dia berikan kepada kita? Anda mengenal karakter seseorang apabila anda berurusan dengan mereka. Jadi apa yang boleh kita katakan tentang yang Maha Penyabar (al-Haleem), Maha Penyayang (ar-RahIm), Maha Pemurah (al-KarIm), Maha Pencinta (al-Wadud)?
Berurusan dengan Allah
Kata Ibn Al-Qayyim kita dapat mengetahui kasih sayang Allah melalui cara Dia menegur hamba-hambaNya secara lembut. Apabila menegur kalangan kita yang telah telah melakukan kesilapan, Dia tidak berkata, “Wahai orang-orang yang berdosa!” tetapi Allah berkata:
39:53
“… Hai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan melakukan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sungguh Dia Pengampun lagi Penyayang.” (Qur’an, 39:53).
Lihatlah cara Allah berurusan dengan kita. Dia telah memberikan kita kesemua keperluan yang kita lupa untuk menghargai: mata, hidung, telinga, lidah… Kemudian kita menggunakannya untuk perkara-perkara yang telah Dia larang dan Dia tidak menghukum kita. Tapi, Dia amat penyabar dan memberikan kita peluang untuk kembali kepadaNya. Apabila kita kembali kepadaNya dan memohon keampunan, Dia mengampunkan dosa itu seperti kita tidak pernah melakukannya.
Fikirkan tentang cara Allah melayan kita – berapa banyak perkara yang kita sangkakan buruk, kemudiannya barulah disedari ada hikmah kebaikan di
sebaliknya? Kita merungut dan kemudiannya berkata, “Oh wow, Alhamdulillah rupanya ia bagus untuk aku.” Bayangkan seseorang memberikan anda hadiah yang anda tidak sukai dan anda mempamerkan ketidaksukaan anda itu. Kemudian apabila ia telah memberikan manfaat kepada anda, anda berkata, “Oh terima kasih, hadiah awak telah menyelamatkan saya!”
Ibn Al-Qayyim berkata, “ Allah malu pada hamba-hambaNya, tetapi hamba-hambaNya tidak malu di hadapanNya.” Allah menghantar rasul-rasul supaya kita kembali kepada Allah, Dia turun ke syurga terbawah ketika sepertiga malam yang terakhir meminta kita supaya mohon kepadaNya sekiranya kita mahukan sesuatu, untuk bertaubat dan Dia akan mengampunkan kita. Walaupun begitu, Dia tidak meminta apa-apa daripada kita. Dan kita selalu ada perkara yang dihajatkan kepadaNya dan tidak malu apabila tidak bersyukur dengan apa yang diberikanNya.
Kenal
Ibn Al-Qayyim mengatakan jika anda kenal Allah, anda akan mencintai Dia. Bagaimana mungkin anda tidak mencintai Dia yang memakbulkan doa, yang memberikan ganjaran lebih daripada yang anda beri, yang memaafkan, yang melindungi kesalahan, dan yang lebih menyayangi anda lebih daripada ibu anda sendiri?
Ini patut membuatkan kita terfikirkan hubungan kita dengan Allah. Dia menjaga kita setiap hari, dan berikan kita makanan dan minuman yang berkhasiat, dan apabila kita melakukan kesalahan, jika kita bertaubat, Dia mengampunkannya. Allah berfirman di dalam al-Qur’an:
55:60
“Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula.” (Qur’an, 55:60)
Seekor haiwan yang pada fitrahnya liar dan ganas tahu menghargai yang lain dengan mempamerkan sifat yang baik. Bagaimana dengan kita? Inilah yang patut kita rasai dalam solat kita!
Jika anda bertemu dengan seorang raja, anda perlu membuat temujanji, dan jika temujanji anda diterima, jika baginda membenarkan, barulah anda boleh menghadap baginda, dan jika anda meminta baginda mungkin memperkenankan atau tidak. Dan jika baginda memperkenankan, anda berasa gembira dan terharu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)