.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, September 17, 2014

PENGUMPAT DAN PENDENGAR

Saidatina Aisyah meriwayatkan :
“Saya pernah berkata sesuatu kepada Rasulullah saw. Cukuplah dengan Safiah tu, dia tu...(sambil mengisyaratkan sesuatu dengan tangannya). Rasulullah saw berkata, wahai Aisyah sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang jika dilarutkan ke dalam air laut maka akan tercampurlah semua air dengannya.” 

Maksud Baginda saw, sepatah kata umpatan (dengan isyarat) daripada Aisyah itu jika diibaratkan seketul pewarna, apabila ia dicampurkan ke dalam air laut maka ia akan merubah warna keseluruhan air laut itu. Begitulah dahysatnya

perbuatan mengumpat, ia akan segera merebak dari sekecil-kecil perkara akan menjadi sebesar-besar perkara. 

Mengikut ahli hadis, perkataan yang dimaksudkan oleh Aisyah tidak lebih sekadar menggelar Safiah (isteri Nabi yang berbangsa Yahudi) sebagai pendek atau rendah. Sekecil perkataan itu pun Islam tetap menegahnya, apa lagi jika sesuatu yang lebih besar.
 

Khalid ar-Rabi’e seorang ulama menceritakan, pada suatu ketika dia masuk ke sebuah masjid dan terdengar sekumpulan orang sedang mengumpat seorang lelaki (yang tidak berada di masjid berkenaan pada ketika itu). Khalid menegah mereka dan mereka akur lalu membuka cerita mengenai perkara lain. Namun percakapan mereka beralih kembali kepada hal lelaki itu tidak berapa lama kemudian. Beberapa perkara mengenai lelaki berkenaan terdengar juga ke telinga Khalid walaupun dia tidak mengia atau menyokongnya. 


Pada malam itu, Khalid bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang terlalu tinggi dan berkulit hitam membawa sepinggan daging khinzir. Lelaki itu menunjukkan daging khinzir yang dibawanya ke mulut Khalid. Khalid menolak dengan alasan daging khinzir diharamkan ke atas orang Islam dan dia tidak akan memakan daging khinzir sama sekali. Namun lelaki itu dengan kasar memaksanya memakan daging itu hinggakan sebahagian daripada daging yang ditunjukkan oleh lelaki itu terkena bibir Khalid. Dia memarahi Khalid, katanya, sesungguhnya sebelum ini kamu memakan daging yang lebih buruk dan lebih kotor daripada daging khinzir. Apabila terjaga Khalid menyedari kesilapannya kerana terbabit dengan kumpulan pengumpat di masjid itu walaupun sekadar mendengar. Akibat mimpi itu, Khalid tidak dapat makan 40 hari kerana terbayang daging khinzir yang terkena bibirnya. (Al-Afifi: Min Wasaya al-Rasul)
 

Cerita Khalid tadi amat bertepatan dengan pengharaman ghibah tidak terkhusus kepada pengumpat, malah termasuk pendengar. Oleh itu seseorang Muslim yang baik hendaklah meneliti setiap perkataan saudaranya dan jangan terlalu mudah serta cepat mempercayai serta menyokong kata-katanya tanpa terlebih dulu memeriksa kesahihan fakta. 


Apa lagi jika diketahui dia pernah berbohong, berolok-olok dan sebagainya pada masa lalu. Allah berfirman bermaksud :
 
“Wahai orang beriman, jika datang kepadamu seseorang fasiq (pernah melakukan dosa) membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu itu.” (Al-Hujuraat : 6)

Seboleh-bolehnya tegahlah dan berilah teguran kepada mereka secara berhikmah jika kita mengetahui hal sebenar. 


Seseorang Muslim yang tidak mendiamkan diri ketika berhadapan dengan kepalsuan akan mendapat ganjaran besar daripada Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud : 

“Sesiapa yang menolak (menasihati atau memperbetulkan) umpatan saudaranya, akan dihalang mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.” 

Abu al-Dardaa pula meriwayatkan bahawa Baginda saw pernah bersabda :
 
“Sesiapa yang menolak umpatan saudaranya Allah akan menghalang mukanya daripada api neraka.”
 (Sunan Abi Daud).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)