.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, September 16, 2014

INGATAN ALLAH BUAT KITA

MUSIBAH MUNGKIN PENGHAPUS DOSA

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا

Ertinya: Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan
cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini) (al-Nisa'[4:79]).

Juga firman Allah:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Ertinya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu (al-Syura[42:30]).

Sabda Rasulullah SAW:

لَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Ertinya: Tidaklah ditimpa seorang yang beriman akan satu tusukan duri atau yang lebih rendah (atau lebih tinggi) dari itu, melainkan Allah akan mengangkat satu darjatnya dan menghapuskan darinya satu kejahatan (dosa) (Sahih Muslim, Sunan al-Tirmidhi dan Musnad Ahmad).


MUSIBAH SEBAGAI UJIAN DAN TANDA KETINGGIAN IMAN SERTA TAQWA

Rasulullah SAW pernah ditanya:

من أشد الناس بلاء ؟ قال : « النبيون ، ثم الأمثل فالأمثل يبتلى الرجل على حسب دينه ، إن كان صلب الدين اشتد بلاؤه

Ertinya: Siapakah orang yang paling teruk diuji? Baginda menjawab: Para nabi, kemudian orang yang selepasnya, kemudian orang yang seperti mereka. Seseorang itu diuji berdasarkan agamanya, sekiranya pegangan agamanya teguh maka ujiannya bertambah kuat (Musnad Ahmad, Mustadrak al-Hakim)


KESIMPULANNYA:

Sekiranya anda ditimpa musibah, bersyukurlah kepada Allah kerana ia mungkin menjadi penghapus dosa yang tidak mampu anda tanggung di akhirat atau menjadi sebab darjat iman anda diangkat. Boleh jadi anda sebenarnya sedang ditegur Allah kerana dosa tersebut. Teguran sebenarnya baik untuk membaiki kelemahan serta kekurangan diri. Bahkan pada satu sudut, musibah itu juga menunjukkan KECAKNAAN DAN INGATAN ALLAH YANG ISTIMEWA kepada anda. Oleh itu, sekiranya anda ditimpa musibah lakukan 2 langkah ini sebagai terapi hati:

1)      Ucaplah lafaz Istirja’ dan doa ini:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155)
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)

Ertinya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (al-Baqarah[2:155-156]). 
Doa yang diajar Rasulullah SAW kepada Ummu Salamah bagi orang yang ditimpa musibah:

{ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ }اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ertinya: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah! Berikan ganjaran pada musibah yang menimpaku dan gantilah ia dengan sesuatu yang lebih baik lagi (Sahih Muslim).

2)   Ucaplah Pujian kepada Allah kerana musibah menunjukkan keCAKNAan Allah kepada anda serta diskaun dosa yang tak mungkin mampu ditanggung di akhirat. Contohilah Rasulullah SAW yang tetap memuji Allah walaupun selepas melihat sesuatu yang tidak disukainya:




عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ


Ertinya: Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW apabila melihat sesuatu yang disukainya akan mengucapkan “Segala Puji bagi Allah yang dengan ni’matnya sempurnalah segala perkara yang baik,” dan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya mengucapkan “Segala Puji bagi Allah di atas semua perkara/keadaan (Sunan Ibn Majah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)