.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, September 18, 2014

AMPUNKAN HAMBA YA ALLAH

Selepas sujud yang pertama, Rasulullah ﷺ akan mengangkat kepalanya, meletakkan kaki kirinya ke lantai dan duduk dengan selesa (Ahmad).
Baginda berkata “Apabila kamu sujud, sujud dengan bersungguh, apabila bangkit
darinya, duduk di atas paha kirimu” (Bukhari).
Rasulullah ﷺ akan memanjangkan duduknya sehingga hampir sama panjang dengan sajdahnya (Bukhari dan Muslim). Baginda menyebut:
رب اغفر لي اغفر لي
“Ya Tuhanku! Ampunkan aku, ampunkan aku.” (Ibn Majah)
Keampunan
Dalam bacaan di atas, ramai antara kita yang tahu maksud umum ‘maghfira’ atau keampunan. Tapi memandangkan kita sedang mempelajari makna mendalam tentang perkataan-perkataan dan pergerakan semasa solat, kita juga perlu tahu signifikan mendalam tentang perkataan-perkataan ini. Ibn Al-Qayyim berkata maghfiraadalah menghapuskan dosa, membuang kesan-kesannya dan mencegah kejahatannya. Ia diambil daripada perkataan mighfar, yang bermaksud helmet besi yang dipakai oleh seorang pejuang untuk melindungi dirinya. Dan seperti suatu mighfar yang melindungi pemakainya daripada serangan, maghfira (keampunan) melindungi seseorang daripada kesan-kesan dosa. Dan seperti mighfar yang menutup kepala pejuang itu, maghfira menutup kesalahan seseorang. Oleh itu apabila Allah mengurniakan maghfira, Dia melindungi anda daripada kesan-kesan dosa anda dan menutup kesalahan itu daripada orang lain. Itulah yang kita cari apabila kita menyebut “Rabbi ighfir-ly.
Dua sujud
Dalam setiap rakaat solat, kita rukuk sekali dan sujud dua kali. Pernahkah terfikir kenapa? Ibn Al-Qayyim mengatakan kerana sujud merupakan rukun yang penting dalam solat, signifikannya terserlah dengan pengulangan itu. Kita mahu merasakan
keindahan berada dekat dengan Allah, oleh itu kita sujud lagi.
Kita mulakan solat dengan bacaan, dan mengakhiri dengan sujud, sama seperti surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ﷺ Ia bermula dengan:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan.” (Qur’an, 96:1)
Dan berakhir dengan:
“Sekali-kali janganlah begitu, janganlah engkau ikut orang yang bersalah itu dan sujudlah (kepada Allah) dan hampirkan diri (kepadaNya).” (Qur’an, 96:19)
Doa lain
Sementara doa yang selalu dibaca disebutkan di atas, ada satu lagi yang lebih padat:
رب اغفر لي وارحمني {واجبرني} {وارفعني} واهدني {وعافني} وارزقني
“Ya Tuhanku! Ampunkan aku, rahmati aku, kuatkan aku, angkatlah darjatku, berikah hidayah kepadaku, ampunkan aku, kurniakan rezeki kepadaku.” (Tirmidhi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)