.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, September 14, 2014

SERIBU TAHUN TIADA GUNA

Kita harus ingat bahawa talian hayat di antara hamba Dan Pencipta ialah solat. Melalui solatlah seseorang hamba dapat berhubung terus dengan Allah SWT.
Hari ini tidak mudah bagi seseorang untuk bertemu dengan orang besar, berjawatan, berpangkat dan berkuasa. Dalam Islam, Allah SWT melalui Rasul-Nya telah menyediakan rangkaian talian berhubung terus dengan Allah SWT.
Tanpa solat hidup kita selaku orang Islam tidak bermakna, biar sehebat manapun kita di sisi manusia, kita tetap kerugian di hadapan Allah SWT. Solat itu penghubung antara kita dan Allah. Solat itu penenang, solat itu cahaya, solat itu penghapus duka dan solat juga penawar penyakit rohani.
Jangan abaikan solat biar apa sahaja keadaannya, di mana sahaja kita berada. Bumi Allah SWT terbentang untuk itu.
Rasulullah SAW pernah ditanya apa itu Islam, lantas baginda menjawab: Islam itu dibina atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke Baitullah. (riwayat Imam al-Bukhari)
Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Rasulullah SAW pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas: Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat 50 kali. (riwayat Imam al-Tirmidzi)
Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama.
Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-sialah segala amal ibadatnya yang lain.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (riwayat Imam al-Tirmidzi)
Ulama berbeza pendapat mengenai hukum mereka yang meninggalkan solat secara sengaja. Golongan pertama berpendapat meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya, maka mereka tergolong dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak terkeluar daripada Islam. (rujuk al-Nisaa: 116)
Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai, baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, semua mereka ini termasuk dalam golongan kafir dan terkeluar daripada Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula.
Ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang sahih secara jelas menunjukkan ibadat solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelaku gugur keimanannya. (rujuk al-Qalam: 35-43)
Allah SWT memulakan ayat di atas dengan menyanggah mereka yang menyamakan taraf kehambaan seseorang yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka yang ingkar.
Kemudian Allah menggambarkan keadaan huru-hara di alam akhirat dan Allah memerintahkan hamba-Nya sujud menyembah-Nya.
Namun, bagi mereka yang dulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara sengaja tanpa uzur, mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang Islam lain.
Ini menunjukkan mereka itu termasuk golongan orang kafir dan munafik yang mana ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah, mereka enggan kerana tidak mampu.
Andai kata mereka termasuk di kalangan orang Islam, tentu mereka mampu bersujud kepada-Nya di alam akhirat kelak. Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika kehidupan di dunia ini.

Syeikh Daud Abdullah al Fathani : kitab Munyatul Musalli

PERUMPAMAAN SOLAT:
Berkata Syeikh Daud Abdullah al Fathani dalam kitabnya Munyatul Musalli bahawa sembahyang itu di umpamakan seorang raja yang menyiapkan sebuah balai. Kemudian beliau mengadakan majlis jamuan, yang terdiri dari berbagai bagai jenis makanan dan minuman yang beraneka warna dan
kelazatan dan pada setiap warna itu ada kelebihannya yang tersendiri, kemudian dia menyeru seluruh hamba rakyat untuk menikmati makanan tersebut.
Demikianlah diumpamakannya sembahyang itu. Allah s.w.t menyuruh sekelian hambaNya yang sempurna mengerjakannya untuk menikmati kelazatan daripada pelbagai pemberian dan kurniaanNya supaya hamba itu bersyukur terhadap kurniaan Tuhannya.
Amalan amalan sembahyang itu umpamakan sebagai makanan, manakala zikir, tasbih dan doa itu umpamakan sebagai minuman. Apa lah jenisnya makanan dan minuman seumpama ini, sehingga hamba hambaNya yang arif tidak menyedari dirinya serta sejuk mata hatinya dengan menikmati kurniaan yang tidak terperi.Kerana keadaan sebeginilah dinamakannya sebagai syurga segera saperti yang di firman Allah maksudnya:
“Dan bagi orang yang takut kepada Tuhannya dikurniankan dua syurga. (Surah Ar Rahman ayat 46)”.Syurga yang pertama ialah yang disegerakan didunia ini, iaitu rasa sejuk mata hati bila syuhud Tuhannya.Dan syurga yang kedua ialah di akhirat nanti.


KEMULIAAN


Hassan Al-Basri meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda:
“Bagi orang yang bersembahyang itu ada 3 kemuliaan.
Iaitu:
  1. Bertaburan kebajikan (kebaikan) mulai dari langit keatas kepalanya
  2. Para malaikat mengelilinginya mulai dari dua kakinya hingga ke langit
  3. Malaikat menyeru : Jikalau seseorang hamba dan orang yang bermunajat itu mengetahui nescaya dia tidak akan berpaling daripada sembahyang.
Maka inilah kemuliaan yang di muliakan oleh Allah terhadap orang yang bersembahyang”.
Syeikh Daud berkata lagi:-
Sesetengah ulama mengatakan : Telah sampai kepada kami Hadis bahawa Allah s.w.t membahagikan sekalian amalan sembahyang kepada 4 puluh saf malaikat,  pada tiap tiap saf ada tujuh puluh ribu malaikat.
  • Sepuluh saf berdiri tiada rukuk
  • Sepuluh saf rukuk tiada sujud
  • Sepuluh saf sujud tiada angkat kepala
  • Sepuluh saf lagi duduk tiada berdiri
Sekelian amalan malaikat itu di himpunkan bagi hambaNya yang mukmin dalam 2 rakaat sembahyang yang di kerjakannya. Maka fikirlah betapa besarnya pemberian Allah dan kurniaNya kepada sekalain hambaNya yang mukimin.
Kata Mu’az dan Jabir: Sesiapa yang berdiri di dalam sembahyang serta membesarkannya dan tunaikan segala rukun, rukuk dan sujudnya, di peruntukkan baginya pahala para malaikat di tujuh petala langit dan sekelian makhluk Allah yang berada di dalam nya.


والله تعالى أعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)