.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, September 13, 2014

MUHASABAH : MAKA JAUHILAH

 Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
Maksudnya: “Alif laam miim. Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur’an) yang telah
diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.”

1. Merasa diri serba mengetahui. Allah swt memulakan surah Al-Baqarah dengan lafaz yang tidak diketahui maknanya oleh manusia. Oleh itu, umat manusia perlu menginsafi bahawa mereka tidak mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia ini.
2. Menterjemahkan kalimah yang tidak difahami tanpa asas. Kita perlu menyedari hakikat bahawa kita tidak sepatutnya menterjemahkan kalimah-kalimah yang tidak kita fahami. Kalimah-kalimah ini termasuklah kalimah Allah swt, kalimah Nabi saw dan kalimah sahabat radhiallahu anhum ajma’in. Namun, kalimah-kalimah manusia biasa juga perlu dielakkan daripada diterjemahkan menurut cita-rasa kita.
3. Meletakkan ragu-ragu terhadap apa-apa yang didatangkan kepada kita oleh Rasulullah saw. Kepercayaan merupakan asas dalam beragama. Amatlah sukar untuk menetapkan diri kita pada jalan Allah swt, jika kita mempunyai sifat “ragu-ragu” terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hendaklah kita berusaha menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq yang mempercayai Rasulullah saw tanpa ragu-ragu. Lagipun, kejujuran Rasulullah saw sendiri diperakui oleh orang-orang yang menentang baginda, jadi, kenapakah kita yang bersama baginda tidak mempercayai baginda pula?
4. Tidak berusaha untuk mendapatkan petunjuk yang sudah disediakan oleh Allah swt dalam al-Quran. Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang yang lalai adalah melupakan al-Quran sebagai punca petunjuk oleh Allah swt. Al-Quran merupakan petunjuk paling agung yang mana ia tidak akan berubah selama-lamanya. Jadi, jangan kita berpaling kepada buku-buku “mencari Tuhan” yang tidak berasas, sedangkan kita melupakan Al-Quran.
5. Tidak mempercayai perkara-perkara ghaib yang disebutkan secara sahih daripada Rasulullah saw. Rasulullah saw tidak pernah menipu, itu adalah salah satu daripada sifat Rasulullah saw. Jadi, setiap perkara yang diucapkan oleh baginda perlu dipercayai semuanya. Ini termasuklah cerita-cerita ghaib seperti isra’ mi’raj, kisah jin yang mendengar bacaan Al-Quran, janji syurga, malaikat-malaikat, turunnya wahyu, mukjizat baginda dan lain-lain.
6. Tidak berusaha sedaya upaya mendirikan solat. Ini merupakan kesilapan yang banyak berlaku kepada orang ramai. Mereka melengah-lengahkan sembahyang sehingga mereka terlupa.
7. Kedekut dalam menafkahkan harta sebagaimana yang disuruh oleh Allah swt. Zakat merupakan kewajipan agama. Ia merupakan salah satu asas untuk mengelakkan sifat buruk daripada bersarang dalam diri (iaitu kedekut) dan ia juga merupakan salah satu cara memastikan kestabilan ekonomi negara. Kewajipan ini merupakan kewajipan yang kurang dititik-beratkan dalam masyarakat pada zaman ini. Sebagai pelajar dan bakal pekerja, adalah wajib untuk kita mempelajari sekitar zakat, kerana kita merupakan future zakat payee. Janganlah kita melupai tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya ditunaikan.
8. Tidak mengimani apa yang ada dalam Al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya. Kita perlu mengimani perkara-perkara yang dibawa oleh Al-Quran. Antara perkara yang perlu diimani adalah hukuman-hukuman jenayah yang telah diperuntukkan secara nas dalam Al-Quran. Umat Islam perlu mendabik dada dan berani berkata “Undang-undang Islam pasti akan menyelesaikan segala masalah di dunia” dan semua perlu meyakininya. Jika undang-undang ditegakkan namun, kemaksiatan masih berleluasa, maka, itu bukan menunjukkan undang-undang Islam tidak berupaya menyelesaikan masalah, tetapi, ia menunjukkan bahawa ada lagi bahagian-bahagian di dalam Islam yang tidak diletakkan pada tempatnya. Islam itu ibarat sebuah mesin. Ia saling memerlukan, barulah ia mampu memberikan kebaikan yang diinginkan. Tidaklah sebuah kereta boleh bergerak jika ia hanya mempunyai tayar, tetapi enjin tidak dihidupkan. Justeru, perlulah seluruh komponen Islam dihidupkan untuk memastikan negara aman dan damai. Namun, janganlah berputus asa jika kita tidak mampu untuk menghidupkan semua sekali pada satu-satu masa, setelah kita berusaha sedaya upaya. Islam itu ibarat ubat (vitamin), ia tetap mendatangkan kebaikan kepada badan, walaupun keputusannya bukanlah seperti yang diharapkan. Ini bukannya satu seruan supaya mengamalkan Islam secara tidak menyeluruh, sebaliknya ini adalah galakan kepada orang-orang yang sudah berusaha sedaya upaya menegakkan Islam secara kaffah (namun tidak mampu), supaya tidak berputus asa mengaplikasikan Islam ke dalam hidup mereka.
9. Tidak meyakini kewujudan hari kiamat. Meyakini kewujudan hari kiamat merupakan satu ciri besar yang perlu ada di dalam diri manusia. Jika kita melupakan perkara ini, kita akan senang melakukan apa sahaja kerana tiada yang akan mengadili kita pada hari kiamat. Oleh itu, selalulah mengingati hakikat hari kiamat.
10. Melakukan sesuatu yang menyebabkan diri tergolong dalam golongan yang tidak mendapat petunjuk dan tidak beruntung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)