Pesanan Imam Al Ghazali dalam Muqaddimah Kitabnya Bidayatul Hidayah
Pada mereka yang dahagakan Ilmu, berhati hatilah apabila mencarinya.Seandai berniat mencari Ilmu ini untuk berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai
terhadap diri mu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agama mu dan membinasakan diri mu sendiri dan menjual akhirat mu untuk mendapat harta dunia, maka penjualan mu adalah rugi dan perniagaan mu porak peranda dan guru yang mengajar mu di kira menolong mu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.Ketika ini guru yang mengajar mu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "
“ Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan hanya setengah kalimat maka orang itu di kira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut.”
Dan jikalau niat mu dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan di dalam laut semuanya meminta ampun bagi mu apabila engkau berjalan.
Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada “bidayah” (permulaan) dan ada pula “nidayah” (kesudahan) dan ada“zahir” dan ada pula “batinya”,dan engkau tidak akan sanpai kepada “nihayatul hidayah” dan engkau tidak akan dapat menyelami “batin hidayah” kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan “zahir hidayah” itu.
Pembahagian orang yang menuntut ilmu itu terbahagj kepada tiga yaitulah:
Pembahagian orang yang menuntut ilmu itu terbahagj kepada tiga yaitulah:
Pertama:
Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri Akhirat.Maka orang ini termasuk di dalam golonga orang yang beruntung.
Kedua:
Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan, pangkat dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan didalam hatinya akan kejahatan kejahatan yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini berada dalam golongan orang yang berbahaya .Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudian
urusannya terserahlah kepada kehendak Allah ( kalau mahu di maafkan atau diseksa).Tetapi kalau dia mendapat taufiq sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai, maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

Ketiga:
Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang di tuntutnya sebagai alat untuk menghimpun harta benda dan bermegah megah dengan kedudukkan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntut untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaanya bahawa dia mempunyai kedudukkan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai ulama.Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama, pada hal zahir dan batinya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpun kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya termasuk didalam golongan orang yang baik, pada hal ia telah lupa akan firman Allah Taala yang bermaksud: “ Wahai orang yang beriman, kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan?” (Surah Al Shaf – 2).
Lalu Imam Ghazali berpesan:
Lalu Imam Ghazali berpesan:
………………Dan aku teruslah bermujahadah lebih kurang sepuluh tahun lamanya, maka telah terserlah dihadapanku dicelah celah masa khalwatku (masa aku mengasingkan diri dari orang ramai) rahsia rahsia yang tidak terhingga banyaknya.Dan sesuatu yang dapat aku perkatakan disini supaya dapat diambil manfaat oleh orang ramai ialah:
“Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan sepenuh keyakinan bahawasanya golongan sufi (ahli ahli tasauf), merekalah yang sebenarnya orang yang mengikuti jalan Allah swt. secara khusus dan cara hidup mereka sebaik baik cara hidup, manakala jalan yang
mereka lalui adalah jalan yang paling benar dan akhlak mereka yang paling bersih.Bahkan, seandainya di himpunkan akal orang yang cerdik pandai,hikmah para Hukama (ahli ahli hikmat) dan kepakaran para Ulama yang mendalami rahsia rahsia syari’at dengan tujuan untuk merubahkan sedikit dari cara hidup ataupun akhlak mereka dan menggantikan dengan satu cara hidup atau akhlak yang lebih baik daripadanya ,sudah pasti mereka tidak akanmenemuinya.Ini di sebabkan kerana segala pergerakan ahli sufi itu dan begitu juga diam mereka, sama ada zahir atau batin adalah bersumber dari pancaran cahaya kenabian.Dan sudah pasti bahawa tidak ada selain dari pancaran cahaya kenabian itu sebarang nur yang dapat dijadikan panduan bagi kehidupan di atas muka bumi ini”.