.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, September 15, 2014

HIDAYAH DAN TAUFIQ

Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, bahawa taufiq itu ialah iradat Allah yang datang dari-Nya sendiri terhadap hamba-Nya untuk melakukan yang baik, diberinya keizinan untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya, didorong oleh kecintaan kepada-Nya.
Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan
oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.
Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepada-NYA. Ianya berdalilkan firman Allah SWT yang mafhumnya :
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Surah Al-Ankabut : ayat 69)
Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya.
Adapun hidayah pada lughah ialah petunjuk, pada istilah syarak pula ialah petunjuk dan pimpinan @ bimbingan dari Allah kepada hamba-Nya yang dikehendaki sahaja untuk menerima kebenaran.
Imam Ghazali r.a memberikan kupasan yang menyeluruh, maka dari kata taufiq lahirlah kata-kata lain yang penting untuk dimiliki oleh setiap orang antaranya taufiq, hidayah, inayah, tasdid dan ta’yid. Tapi didalam masyarakat yang popular hanya tiga saja, iaitu taufiq, hidayah dan inayah, sedang ta’yid dan tasdid jarang kita dengar.
JENIS-JENIS HIDAYAH
Hidayah itu ada dua jenis:
1. Hidayah berupa keterangan (hidayatul irsyad wal bayan)
2. Hidayah berupa pertolongan (hidayatut taufiq wal ilham).
Kedua-dua hidayah ini dapat dirasakan oleh orang yang bertakwa. Adapun selain mereka hanya mendapatkan hidayatul bayan saja. Ertinya mereka tidak mendapatkan taufiq dari Allah untuk mengamalkan ilmu dan petunjuk yang sampai kepada dirinya. Padahal, hidayatul bayan tanpa disertai taufiq untuk beramal bukanlah petunjuk yang hakiki dan sempurna.
Hidayah juga merupakan keimanan yang menetap di dalam hati seseorang. Keimanan yang mencakup tiga aspek i’tiqadiy (keyakinan di dalam hati), Iqrariy (pengikraran dengan lisan), dan ‘amaliy (realisasi dengan anggota badan). Termasuk Hidayah Taufiq adalah kemudahan di dalam merealisasikan ilmu dalam amal tersebut.
Hidayah dalam pengertian ini adalah Hidayah Taufiq, hanya Allah yang mampu menciptakannya di dalam hati seseorang. Hidayah ini hanya untuk orang-orang yang bertakwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)