Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.
Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa
perkara:
1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.
2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.
3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan
4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur
6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam
7. Zahir kelam pada langit.
8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.
9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al Mahdi telah zahir.
10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).
11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.
12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
13. Zahir banyak gempa bumi.
14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya,
“Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ketahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat AdDuratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)