.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, November 4, 2014

RASULULLAH S.A.W : KHUSUSIYAT BUAT BAGINDA

Khususiyyat Rasul ialah keutamaan dan keistimewaan Rasulullah saw yang dianugerahkan Allah khusus kepada baginda sahaja. Perkara ini sangat baik untuk diperdebatkan kerana ia perlu diperjelaskan dengan terperinci kerana umat Islam kini perlu diberikan gambaran yang jelas tentang keutamaan, kelebihan
dan keistimewaan Rasulullah saw supaya tidak timbul kekeliruan, silap faham atau salah anggap terhadap Nabi Muhammad saw.

Para ulamak menyatakan bahawa mengetahui tentang dan mengenali perkara ini akan menambahkan lagi kuantiti dan kualiti ilmu serta adab kita dalam
menghayati sirah hidup Rasulullah saw. Dalam pada itu ai akan menerbitkan perasaan cinta kasih kepada Rasulullah saw dan seterusnya mencernakan perghormatan yang mendalam martabat Nubuwwah junjungan besar kekasih Allah itu.

Mengenali peribadi, personaliti dan akhlak Rasulullah saw beerti kita mengenali Islam itu sendiri. Ulamak berselisih pendapat mengenai hukum mengetahui khususiyyat Rasulullah saw. Ada yang mengharuskannya dan ada pula mengatakan ia adalah sunat dan sangat dituntut. Apatah lagi kepada orang yang jahil kerana berkemungkinan mereka akan melihat sesetengah perkara khususiyyat ini terutama yang thabit dengan hadis sahih, maka mereka akan beramal dengannya untuk mengikuti perilaku baginda Rasulullah saw, seperti Rasululullah saw berkahwin melebihi 4 wanita, puasa berterusan tanpa berbuka, tidak mahu menerima sedekah dan zakat atau tidak perlu berwuduk walaupun tidur dalam keadaan berbaring kerana itu semua adalah khususiyyat Rasululluah saw yang dianugerahkan kepada baginda sahaja bukan kepada umat baginda.

Selain diharuskan bernikah melebihi 4 wanita dalam satu masa, Rasulullah saw juga diharamkan menerima zakat atau sedekah. Baginda bersabda “Sesungguhnya kami tidak makan (menerima) sedekah.” (Riwayat Muslim). Baginda diharamkan menerima dan memakan sedekah sama ada sedekah wajib atau sunat. Hal ini juga diharamkan terhadap keturunan atau ahli bait baginda. Hikmatnya diharamkam menerima sedekah ialah untuk menjaga kemuliaan baginda dan keturunannya. Manakala diharamkan menerima zakat pula ialah kerana zakat dianggap sebagai kotoran harta yang wajib dibersihkan oleh pemilikiknya dan tidak layak diterima oleh Rasulullah saw.

Khususiyyat Rasulullah saw yang lain ialah wuduk baginda tidak batal apabila tidur berbaring. Ada hadis daripada Muslim menyebut “Sesungguhnya Rasulullah saw berbaring dan tertidur sehingga berbunyi dengkuran. Kemudian baginda bangun dan terus solat tanpa mengambil wuduk” (Riwayat Muslim dan Bukhari). Ini kerana ketika Rasulullah saw sedang tidur, hatinya tetap berjaga. Begitu juga dengan nabi dan rasul yang lain, hati mereka tidak tidur walaupun jasad mereka kelihatan sedang tidur.

Khususiyyat baginda yang lain ialah diharuskan berkahwin dalam ihram. Hal ini berbeza dengan umat baginda yang diharamkan berkahwin ketika sedang ihram. Dicatakan oleh Imam Nawami bahawa jemaah Mazhab Syafie menyatakan “Sesungguhnya Rasulullah saw diharuskan bernikah semada di dalam ihram dan ini adalah dikhususkan kepada baginda sahaja, bukan pada umatnya”. Imam Nawawi menambah lagi dan menyatakan bahawa ini adalah pendapat yang paling sahih dalam mazahab Syafie.

Termasuk dalam khussusiyyat Rasulullah saw ialah baginda diharuskan berpuasa secara berterusan tanpa berbuka kerana ini adalah hak Rasulullah saw untuk mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Diriwayatkan daripada Aisyah ra: Baginda menegah mereka (para sahabat) berpuasa berterusan (berpusa 2 hari ke atas tanpa berbuka) sebagai satu kerahmatan kepada mereka. Maka mereka berkata “Tetapi kamu (Rasulullah saw) melakukannya? Maka jawab baginda: Sesungguhnya keadaanku tidak sama seperti kalian, sesungguhnya aku diberi makan dan minum oleh Allah swt” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demiakianlah beberapa perkara khususiyyat Rasulullah saw yang diharuskan kepada baginda tetapi dilarang kepada umatnya. Perkara ini dikhaskan kepada baginda melambangkan betapa istimewanya baginda di sisi Allah swt. Sebenarnya banyak lagi khususiyyat baginda yang terkandung dalam kitab hadis yang muktabar dan perlu kita gali demi membongkar rahsia nubuwwah dan kerasulan baginda.

Sesungguhnya baginda Rasulullah saw merupakan semulia mulia makhluk di sisi Allah swt, di kalangan para rasul dan nabi dan seluruh malaikat al-muqarrabin sebagaimana yang disepakati oleh para ulama ahli sunnah. Dengan memahami beberapa khususuyyat Rasulullah saw kita menghayati betapa mulia dan tingginya kedudukan serta keagungan martabat baginda sebagai nabi dan Rasul yang sememangnya membawa rahmat untuk sekelian alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)