"Maka takutlah kamu akan Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; disediakan untuk orang-orang kafir." - al-Baqarah : 22
Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 3;
يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
"(Orang-orang yang bertakwa) ialah orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada mereka."
Jibril menceritakan tentang api neraka kepada Rasulullah saw, yang bermaksud;"Sesungguhnya ALLAH memerintahkan supaya Jahannam dinyalakan apinya seribu tahun lamanya, sehingga kerana sangking panasnya maka berubahlah warna apinya menjadi putih. Lalu diperintahkan dinyalakan seribu tahun lagi, sehingga berubah warna apinya menjadi merah. Lalu diperintahkan menyalakannya apinya sehingga seribu tahun lagi sehingga berubah warna apinya menjadi hitam iaitu hitam yang gelap sehingga tidak bersinar lagi dan tidak akan padam-padam apinya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau dibukakan Jahannam itu sebesar lubang jarum, maka akan terbakarlah bumi dan segala isinya kerana panasnya itu..."
Sebuah riwayat menceritakan, ketika Rasulullah saw melewati sekolompok orang Ansar yang sedang bermain dan ketawa gembira, lalu berkata Rasulullah saw kepada mereka, maksudnya; "Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang di belakangmu ada Neraka Jahannam? Sekiranya kamu tahu apa yang aku ketahui, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan akan menangis banyak, dan kamu tidak akan makan dan tidak akan minum, malah kamu akan menuju ke tempat-tempat tinggi untuk memohon dan meminta perlindungan ALLAH."
Sebuah lagi riwayat (dari Anis bin Malek) menceritakan, bahawa Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibrail mengapa Malaikat Mikail tidak pernah ketawa? Lalu dijawab Malaikat Jibrail bahawa Malaika Mikail itu tidak pernah ketawa sejak ALLAH menciptakan Neraka.
Dan ketika Malaikat Jibril menceritakan perihal Neraka kepada Rasulullah saw, Malaikat Jibril pun menangis kerana takutnya kepada Neraka. Lalu ditanya oleh Rasulullah saw mengapa ia menangis sedangkan kedudukan Malaikat Jibril adalah sangat tinggi di sisi ALLAH swt. Maka dijawab oleh Malaikat Jibril; 'Mengapa aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak menangis kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu ALLAH tidak seperti apa yang aku ketahui dan aku tidak tahu apakah aku tidak akan mengalami cubaan sebagaimana yang telah dialami oleh Iblis sedangkan Iblis itu termasuk dari golongan Malaikat...."
Maka menangislah Malaikat Jibril dan menangis pula Rasulullah saw. Dan Rasulullah saw sendiri tidak lagi ketawa sejak Rasulullah saw mengetahui keadaan Neraka itu. Baginda saw hanya akan tersenyum sahaja apabila perlu.
Sedikit dalil-dalil dari nas Al-quran
Maksud ayat 19 surah al-Hajj;
"Maka orang-orang yang kafir akan disediakan pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak."
Maksud ayat 104 surah al-Mukminun;
"Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat."
Maksud ayat 191 surah Muhammad;
"Diberi minum mereka air yang mendidih sehingga putus-putuslah usus mereka."
Maksud ayat 21 - 26 surah an-Naba';
"Sesungguhnya Neraka Jahannam adalah disediakan untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya; dan tidak pula sebarang minuman kecuali air panas yang menggelegak dan air danur (cecair tubuh manusia) yang mangalir; sebagai balasan yang sesuai (bagi amal buruk mereka)."
Maksud ayat 10 - 12 surah Insyiqaq;
"Dan sesiapa yang menerima kitab catitan amalnya dari sebelah belakangnya; maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaan. Dan ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang-julang."
Maksud ayat 41 - 44 surah al-Waqi'ah;
"Dan puak kiri, alangkah tersiksanya keadaan puak kiri itu. Mereka disiksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak. Serta naungan dari asap hitam; yang tidak sejuk dan tidak pula memberi keselesaan."
Maksud ayat 43, surah ad-Dukhaan;
"Sesungguhnya pohon zaqqum; menjadi makanan orang-orang yang berdosa (dalam Neraka); (buah zaqqum) sepert tembaga cair mendidih dalam perut; seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya."
Maksud ayat 35, surah at-Taubah;
"Pada hari dibakar emas perak dalam Neraka Jahannam, lalu ditampal di dahi mereka, dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka); 'Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Maka rasakanlah (azab) apa yang kamu simpan itu.' "
Neraka di dalam Al-quran :
1) Neraka Jahannam
Siapakah yang akan menjadi ahli Neraka Jahannam? Dari ayat 6, surah al-Baqarah, yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang-orang kafir daripada ahlil kitab dan orang-orang Musyrikin akan masuk Neraka Jahannam, berkekalan selama-lamanya; mereka itu sejahat-jahat makhluk."
Ayat 68, surah at-Taubah, yang maksudnya;
"ALLAH menjanjikan orang-orang Munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka; dan ALLAH melaknat mereka dan bagi mereka azab siksa yang kekal."
Tiga kumpulan manusia telah ditetapkan akan masuk Neraka Jahannam iaitu orang kafir, orang musyrik (syirik) dan orang munafik. Tiga kumpulan manusia ini bukan sahaja mendapat murka dan laknat ALLAH. Sesiapa yang dilaknat ALLAH akan menjadi orang yang paling celaka di dunia dan di akhirat.
2) Neraka Jahim
Dari ayat 37 - 39, surah an-Nazi'at, yang bermaksud;
"Ada pun orang-orang yang durhaka (melampau batas) dan mementingkan kehidupan di dunia, maka sesungguhnya Neraka Jahim tempat kediamannya."
Orang-orang yang durhaka ialah mereka yang ingkar akan perintah ALLAH iaitu tidak melakukan ibadah dan senang dengan perbuatan maksiat yang jelas diharamkan ALLAH. Orang yang mementingkan kehidupan dunia ialah mereka yang utamakan dunia daripada kehidupa akhirat. Mereka bekerja bertungkus-lumus untuk mendapat harta dunai sedangkan bekalan untuk hidup di akhirat diketepikan.
3) Neraka Sa'ir
Dari ayat 8 - 10, surah al-Mulk, yang bermaksud;
"Hampir-hampir Neraka itu terpecah-belah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan orang-orang yang durhaka, bertanya penjaga neraka kepada mereka, 'Apakah belum pernah datang kepada kamu seorang pemberi peringatan?' Mereka menjawab, 'Bahkan sesungguhnya telah datang kepada kami peringatan tetapi mendustakan dan kami mengatakan tidak diturunkan ALLAH daripada sesuatu.' Bahkan kamu adalah di dalam kesesatan yang besar. Dan mereka berkata; 'Jikalau adalah kami mendengar dan memahamkan tidaklah kami bersama-sama menjadi penghuni Neraka Sa'ir.' "
Penghuni Neraka Sa'ir ialah mereka yang mendengar peringatan tentang kedatangan Hari Kiamat tetapi enggan mempercayainya malahan mereka mendustakan ayat-ayat ALLAH itu.
4) Nereka Saqar
Dari ayat 42 - 47, surah al-Muddathir, yang maksudnya;
"Apakah sebab yang memasukkan kamu ke dalam Neraka Saqar? Mereka berkata; 'Kami tidak mengerjakan sembahyang. Dan kami tidak memberi makan orang-orang miskin. Dan kami berbuat kesalahan bersama-sama orang-orang yang berbuat kesalahan. Dan kami mendustakan Hari Pembalasan; sehingga datang kepada kami hari kematian.' "
Ahli Neraka Saqar ialah orang yang tidak sembahyang, tidak keluarkan zakat harta, sering buat maksiat dan tidak percaya akan Hari Kiamat.
5) Neraka Hawiyah
Dari ayat 8 - 11, surah al-Qari'ah, yang maksudnya;
"Dan ada pun orang-orang yang ringan timbangan amal kebajikannya. Maka tempat kembalinya ialah Neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas."
Orang yang ringan timbangan amal kebajikannya bererti orang yang banyak buat dosa dari buat pahala.
6) Neraka Humazah
Dari ayat 1 - 8, surah al-Humazah, yang bermaksud;
"Kecelakaan bagi pengumpat-pengumat dan pencela-pencela. Yang mengumpul dan mengira harta. Dia menyangka hartanya dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Akan dicampakkan ke dalam Neraka Hutamah. Dan tahukah kamu apa itu Neraka Hutamah? Api ALLAH yang dinyalakan. Yang naik sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. Sedangkan mereka itu diikat di tiang-tiang yang panjang."
Neraka Hutamah adalah tempat orang yang suka mengumpat dan mencela orang lain serta yang mengumpul harta tetapi tidak mengeluarkan zakat.
7) Neraka Ladza
Dari ayat 15 - 18, surah al-Ma'rij, yang maksudnya;
"Bahawasa Neraka Ladza bernyal-nyala (apinya). Yang mengelupaskan kulit kepala. Yang menyeru orang-orang membelakangkan dan berpaling dari agama. Serta mengumpulkan harta dan menyimpannya."
Neraka Ladza adalah untuk mereka yang tidak memperdulikan dan tidak menjalankan perintah ALLAH seperti menunaikan zakat.
Dengan adanya Neraka dan Balasan di dalamnya, adakah Allah itu ZALIM terhadap makhluk Nya?
ALLAH tidak bersifat zalim dan tidak juga aniaya terhadap manusia. ALLAH bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Maka diutus para Nabi dan Rasul sebagai pemberi peringatan akan datangnya hari kehidupan sesudah mati. Manusia dikurniakan pancaindera dan akal supaya dapat berfikir akan kebenaran seruan para Nabi dan Rasul itu. Terpulanglah kepada manusia untuk percaya atau tidak mahu percaya. Bagi yang percaya, maka mereka akan berusaha menjauhkan diri dari dimasukkan ke dalam azab itu dengan melakukan taat kepada segala perintah ALLAH. Bagi yang tidak percaya, mereka akan terus lalai dengan kehidupan dunia yang hanya sementara ini. Lalu apabila mereka melihat Neraka di depan mata, mereka sangat sangat menyesal lalu berharap supaya dikembalikan semula ke dunia supaya mereka dapat kembali taat.
Jelaslah bahawa manusia itu yang bersifat zalim dan aniaya terhadap diri mereka sendiri.
فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ
"Adapun orang-orang yang sengsara masuk ke dalam Neraka di mana mereka akan susah payah bernafas dan menghirup nafas. "
خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ
"Mereka kekal di dalamnya selama kekalnya langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNYA."
(HUD : 106-107)
والله تعالى اعلم