.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, September 8, 2014

AKHLAK MUSLIM

Rasulullah saw bersabda:
“ Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan kemulian Akhlak”.
Orang yang berakhlak mulia adalah petanda  keimanan kerana akhlak mulia adalah buah dari keminanannya. Orang yang tidak beriman adalah orang yang
tak berakhlak saperti yang di sabdakan baginda Rasulullah saw yang bermaksud:
“ Bukanlah iman itu hanya dengan cita cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan”.
Rasulullah saw pernah di tanya tentang apa itu agama.Baginda menjawab: Agama itu adalahHusnul Khalq iaitu  kemuliaan akhlak.Bila ditanya tentang apa itu kejahatan baginda menjawab, kejahatan itu ialah Su’ul Khalaq iaitu “Ahklak yang jelik”.
Orang yang memiliki akhlak mulia akan di muliakan di akhirat. “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik’.(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Akhlak itu lahir pada diri seseorang hasil dari ibadah yang dilakukan.Sesiapa yang beribadah tanpa menghasilkan akhlak mulia bererti ibadahnya tidak mempunyai nilai dan faedah.Berhubung dengan ini Allah ada berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari berbuat perkara jahat dan mungkar”. (Surah Al- Ankabut ayat 45).
Rasulullah pula menegaskan dalam hadis riwayat Tabrani yang bermaksud:
 “Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah”.
Di antara ciri ciri akhlak Islamiah yang harus dimiliki oleh setiap muslim ialah saperti berikut:
  • Menjauhkan diri dari perkara perkara syubhahat
  • Memelihara pandangan
  • Memelihara lidah
  • Bersifat pemalu
  • Bersifat lemah lembut
  • Bersifat sabar
  • Bersifat benar
  • Bersifat tawadhuk
  • Menjauhi sangka buruk
  • Menjauhi mengumpat
  • Menjauhi mengaibkan orang lain samada kawan atau lawan
  • Bermurah hati
(Rujukan: Kitab terjemahan Apa ertinya saya menganut Islam oleh Fathi Yakan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)