.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, September 10, 2014

RASULULLAH S.A.W YANG DISIHIR

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah
engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang Sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seakan-akan air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerah-merahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya .

Hadis Dalam Bahasa Inggeris :

'A'ishah, may Allah be pleased with her, reported: A Jew from among the Jews of Banu Zuraiq who was called Labid bin Al-A'sam cast spell upon Allah's Messenger (may peace be upon him) with the result that he (under the influence of the spell) felt that he had been doing something whereas in fact he had not been doing that. (This state of affairs lasted) until one day or during one night Allah's Messenger (may peace be upon him) made supplication (to dispel its effects). He again made a supplication and he again did this and said to 'A'ishah: Do you know that Allah has told me what I had asked Him? There came to me two men and one among them sat near my head and the other one near my feet and he who sat near my head said to one who sat near my feet or one who sat near my feet said to one who sat near my head: What is the trouble with the man? He said: The spell has affected him. He said: Who has cast that? He (the other one) said: It was Labid bin Al-A'sam (who has done it). He said: What is the thing by which he transmitted its effect? He said: By the comb and by the hair
stuck to the comb and the spathe of the date-palm. He said: Where is that? He replied: In the well of Dhi Arwan. She said: Allah's Messenger (may peace be upon him) sent some of the persons from among his Companions there and then said: 'A'ishah, by Allah, its water was yellow like henna and its trees were like heads of the devils. She said that she asked Allah's Messenger (may peace be upon him) as to why he did not burn that. He said: No, Allah has cured me and I do not like that I should induce people to commit any high-handedness in regard (to one another), but I only commanded that it should be buried.


Firman Allah: 

 يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّـهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ


“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepada mu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat­Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maaidah: 67).


Perkataan maksum daripada makna perkataan ya’tsimuka (memelihara kamu). Dalam tafsir muktabar maksudnya, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna, Nabi Muhammad dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.

Bagi peristiwa Nabi disakiti sehingga luka kaki, dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesa­kitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya, ia bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.

Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak.Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?

Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’samDitanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab­nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut?Dijawab­nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.

Maka ditanya lagi, dengan apa­kah kita akan merawatkan Muham­mad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa­sanya, Allah SWT telah menyem­buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba­rang-barang sihir tersebut, dikeluar­kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.

Peristiwa ini tidak boleh disa­makan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.

Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang me­ngetahui, Aishah pun tidak menge­tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayat pelindung penyakit sihir.

Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidak mengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahu bahawa baginda telah matbub (disi­hirkan).

Jika Nabi sendiri tidak menge­tahui baginda disihirkan, bagaima­na orang hendak berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba si pengubat mengatakan ‘kamu telah kena sihir’ Datang pesakit lain, dikata ‘kamu telah kena buatan orang’, ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘ka­mu telah disihir fulan bin si fulan.’


Dalam riwayat Al-Baihaqi, diceritakan bahawa surah Al-Falaq dan An-Naas diturunkan pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam disihir oleh
seorang Yahudi yang bernama Labid bin al-A’sam dengan sebelas simpulan tali, di mana setiap kali dibacakan satu demi satu ayat-ayat dari kedua surah tersebut, maka terlepaslah simpulan itu satu persatu. Kisah tentang disihirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ini sendiri terdapat dalam Shahih Al-Bukhari.
Menurut Abdullah Yusuf Ali pula, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
 Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir oleh Labid Ibn al-A’sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga mengkhayalkan Baginda dan menyebabkan Baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mendatanginya.
Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.


Riwayat Saad:
Rasulullah saw berkata, “Sesiapa yang memakan tujuh kurma ‘Ajwa setiap pagi, tidak akan terjejas oleh racun atau sihir pada hari ia memakan kurma-kurma itu.”

Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas:
Rasulullah (SAW) berkata: Jika sesiapa yang memperoleh apa-apa pengetahuan astrologi, dia memperoleh satu cabang sihir yang dia mendapat lebih banyak selagi dia terus berbuat demikian.

Telah diberitahu oleh Abu Hurairah bahawa Rasul Allah saw berkata: Jauhilah tujuh perkara yang berbahaya. Ia dikatakan (oleh pendengar): Apa kah mereka itu, Rasulullah? Dia (Rasul) menjawab: Menyekutukan apa-apa dengan Allah, sihir, membunuh yang Tuhan telah mengisytiharkan tanpa sebab yang adil yang tidak boleh dilanggar, memakan harta anak yatim, dan memakan riba, lari apabila tentera berdepan, dan memfitnah kehormatannya wanita yang terpelihara dan beriman, tetapi tidak berhati-hati.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)