.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 27, 2014

DAI'E DAN JALAN DAKWAH



Firman Allah :


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللَّـهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut". (An Nahl:36)



Allah telah memberi penghormatan kepada manusia untuk berkongsi memikul tugas ini bersama Rasulullah SAW.


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ 

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)". (Ali Imran: 110)


Sesungguhnya jalan dakwah itu tidak bertatakan mawar dan bunga, tetapi
bertatakan duri-duri dan berlumuran darah para syuhada yang mulia, yang di kanan kirinya bergelimpangan korban-korban kekejaman, kebengisan dan kedurhakaan.

Seperti yang dikatakan oleh Imam Ibnul Qayyim, "Wahai orang yang memiliki semangat membara! Jalan sangat melelahkan, yang di dalamnya Nabi Nuh menangis, Ibrahim dipanggang api, Ismail disembelih, Zakaria digergaji, dan Yahya dipancung."

Sesungguhnya kesengsaraan adalah jalan kita dan kejahilan bangsa kepada hakikat Islam akan menjadi rintangan di jalanmu. Kamu akan mendapati para ulama Al Azhar merasa aneh dengan pemahamanmu tentang Islam dan mengingkari jihad kalian di jalanNya. Para pemimpin dan penguasa akan membencimu, begitu juga orang-orang yang berpangkat dan berkuasa. Semua penguasa akan bersikap sama kepadamu. 

Mereka akan berusaha menghalangi kegiatanmu dan mereka akan meletakkan berbagai rintangan di jalanmu. Para perampas dan penjajah juga akan menutup semua jalan untuk mematikanmu dan memadamkan cahaya dakwahmu. Mereka akan meminta bantuan kepada pemerintahan dan akhirnya mereka pun mendapatkan bantuan. Lawanlah mereka dan tentanglah mereka, nescaya semua itu akan menerbangkan debu-debu syubhat yang ada di sekitar dakwahmu dan menyingkap gelapnya tuduhan-tuduhan itu. Mereka akan selalu berusaha mencari-cari kekurangan di dalamnya dan akan menunjukkannya di hadapan manusia dengan gambaran yang menjijikkan, dengan bersandar kepada kekuatan, kekuasaan, harta dan wibawa mereka. 

Allah SWT berfirman:


يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ


"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci" ( As-Shaff:8)

Kerana itu, tidak diragukan lagi kalian akan memasuki tahap percubaan dan ujian. Kalian akan dipenjara, dibunuh, dipindah, diseksa, dihapus kemaslahatanmu, dipecat dari pekerjaanmu, digeledah rumahmu, dan ujianmu akan lebih banyak lagi. Akan tetapi, Allah berjanji akan menolong para mujahidin dan memberikan pahala kepada orang-orang yang berbuat baik. 


Allah berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١١ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٢ وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّـهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١٣ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّـهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّـهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّـهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ ﴿١٤


"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga A'dn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa, putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah", lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadao musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." (As-Saff: 10-14)



Maka siapakah pendakwah?

Iaitu setiap muslim yang baligh dan berakal bertanggungjawab melaksanakan kewajipan ini. 

Firman Allah:

قُلْ هَـٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّـهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّـهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ 


"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan basirah (ilmu dan yakin). Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf: 108)

Mereka yang berdakwah hendaklah melakukannya dengan basirah iaitu ilmu dan yakin. Membelakangkan tugas dakwah menjadi tanda kelemahan atau kecacatan iman seseorang. Seorang muslim perlu difahamkan bahawa tugas ini iaitu mengajak manusia menyembah Allah adalah wajib. 

Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsir ayat ini: "Allah berfirman kepada Rasulnya supaya memberitahu manusia bahawa jalan ini iaitu cara atau sunnah baginda ini, mengajak kepada menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak menyekutukan Allah, dilakukan dengan berlandaskan ilmu, yakin dan bukti. Malah semua pengikut baginda yang mengajak manusia sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah juga melakukannya berlandaskan ilmu, yakin dan bukti akal serta syarak."

Perlaksanaan dakwah boleh dilakukan secara individu dan secara berjamaah. Sepertimana dalam firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segaa perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran: 104)

Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsir ayat ini: "Maksud ayat ini ialah perlu wujud suatu kumpulan dalam umat ini yang melaksanakan tugas ini walaupun pada dasarnya tugas ini adalah kewajipan setiap individu dalam umat ini. "


Sememangnya penggabungan para pendakwah dalam satu kumpulan bagi melaksanakan tugas dakwah merupakan suatu tindakan yang amat perlu apabila berhadapan dengan cabaran yang besar. Kerja dakwah memerlukan penggembelingan tenaga yang ramai dan tersusun bagi menyampaikan dakwah dan bagi mengajar mad'u ajaran Islam.

 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖإِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ



"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan" (Al-Maidah: 2)




Ujian pendakwah dan dakwah mengikut Imam Hasan Al-Bana


1. Ancaman pemerintah atau sesiapa sahaja yang mengingkari jalan dakwah

2. Fitnah-fitnah akibat daripada kejahilan umat Islam terhadap dakwah

3. Ujian dari Allah bagi menguji tahap keimanan 


Dai'e, ujian di jalan dakwah adalah perkara yang dimaklumi sejak bermulanya awal perjuangan . Namun begitu, masih ada sebilangan besar para dai'e yang gagal dalam mengharungi ujian tersebut. Ini adalah kerana :


Tertipu dengan godaan syaitan. 
Malapetaka sebegini sering berlaku jika para dai'e dihadirkan dengan ujian berupa kenaikan pangkat, rezeki yang bertambah, kedatangan isteri dalam kehidupan, anak-anak dan pelbagai lagi.  Para dai'e sering menganggap kesemua perkara itu boleh dimanfaatkan demi tujuan dakwah. Jika para dai'e terus hanyut dengan ujian kenikmatan tersebut, maka akan gagallah dan janji hanya tinggal janji. Lebih menyedihkan lagi, kebanyakan para dai'e  mengabaikan syura dalam membuat keputusan jika berhadapan dengan ujian berbentuk kemewahan ini.

Cintakan dunia. 
Apabila musuh mula mengancam para pendakwah atas keberhasilan usaha dakwahnya, ramai golongan inj yang mengambil keputusan untuk menguzurkan diri buat sementara waktu. Awas wahai para pendakwah sekalian. Terlalu lama menguzurkan diri akan menyebabkan para pendakwah
semakin 'sejuk' dan hilang iltizamnya. Akhirnya para pendakwah akan terus memberi alasan seperti 'ana sudah tua' dan pelbagai alasan lagi akibat daripada rehat yang panjang dalam perjuangan.

Egoistik yang tinggi. 
Ujian dalam dakwah tidaklah tertakluk kepada kehidupan peribadi para dai'e itu sahaja. Namun ianya juga boleh berlaku di dalam jamaah. Beberapa kelemahan di dalam penstrukturan jamaah boleh menyebabkan para dai'e merasa kurang puas hati. Jika egonya tinggi, maka kritikan sahajalah yang akan sampai tanpa ada apa-apa usaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Lama-kelamaan ia akan semakin menjauhi jamaah dan bersendirian tanpa melakukan sebarang amal dakwah. Tidak kurang bezanya bagi para dai'e yang jika cadangan atau pandangannya tidak diterima oleh jamaah. Biarpun para du'at ini mengetahui keputusan jamaah untuk menolak pandangannya adalah keputusan secara  syura. Akibatnya hasil dari keegoan maka terbentuklah jamaah lain berupa perkumpulan yang di kalangan ahli-ahlinya terdiri dari kalangan yang pernah fitnah-memfitnah di kalangan ahli jamaah sebelumnya.

Maka, siapapun kita, apapun kita, pekerjaan, status, bahawa kita adalah khalifah di muka bumi yang bertanggungjawab untuk berdakwah walau sekadar mana sekalipun berpandukan Al-Quran, sunnah dan Ijma' ulama. Maka teruskan berdakwah dengan pelbagai cara dan sumber tanpa rasa bosan dan letih.


Al Quran turut meletakkan dakwah ini sebagai salah satu ciri orang yang beriman. 

Firman Allah:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sesetengahnya adalah sama dengan sesetengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik." (At Taubah: 67)


 وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ ۚأُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّـهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan." (At Taubah: 71)

Menurut Al Qurtubi ketika mentafsir firman Allah ini: "Allah meletakkan amar makruf nahi mungkar sebagai kayu ukur yang membezakan antara orang yang beriman dengan orang munafik. Ayat ini juga menunjukkan bahawa ciri utama orang yang beriman ialah dia melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan perlaksanaan amar makruf nahi mungkar yang paling utama ialah mengajak manusia kepada Islam." 

والله تعالى أعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)