Imam Hasan Al-Basri
Seorang daripada Ulamab terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullah SAW. Lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642 masihi, dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu Salamah Ummahatul Mukminin.
Beliau pernah dibawa oleh Ummu Salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab r.a mendoakannya;
“Ya Allah, jadikanlah Dia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya”.
Ketika di Iraq iaitu di kota Basrah disanalah berkembangnya ilmu fiqh yang hebat. Kata-katanya sering dijadikan teladan ummat yang terkemudian, diantarannya yang paling menyentuh hati ana sebagai muhasabah diri adalah :
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau
orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Kata-kata Imam Hasan Al-Basri
1.
‘Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebahagian dari diri kalian pun ikut pergi’.
Yakin dan sedar kepentingan masa yang terlalu singkat dan bermakna, samalah satu kata hikmah mutiara dari imam hassan al-banna, kewajiban adalah lebih banyak daripada masa.
Awaslah kita dengan kecurian, terutama kecurian
masa!
Jagalah solat kita, masa kita sering berubah, namun
solat bukan alasan untuk ditinggal, bukan kerana kita punyai 4 musim yang Allah
ciptakan.
Penekanan kepentingan yang amat sangat kepada solat
sehingga Imam Abu Hanifah[Mazhab Hanafi] begitu menitikberatkan solat berjemaah
sehinggakan pandangan ulama’ menyatakan jika hujan turun hendaklah dijamakkan
solat yang empat rakaat, iaitulah zuhur dan asar, maghrib dan isya’.
2.
‘Di antara tanda berpalingnya Allah
Subhanahu Wa Taala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada
hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.’
Menyibukkan diri dengan memahami Ilmu-ilmu yang
terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia ini, bahkan lebih dari itu, tak
cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama’ tapi kita yang sibuk dengan urusan yang
melalaikan diri.
3.
‘Semoga Allah merahmati seorang hamba
yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah
kerana Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan kerana Allah maka
ia menghalangnya.’
Ummat Islam melakukan sesuatu perkara dengan
niatnya, maka dengan niat itulah memandu perbuatannya, Islam memberi jalan
supaya ummatnya berfikir sebelum melakukan sesuatu amalan.
4.
‘Jangan pula kamu merasa tenteram
dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak
mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak.’
Manusia yang hidup melata diatas muka bumi Allah
ini, melakukan pelbagai perbuatan, termasuklah makan, minum, perkahwinan,
jual-beli, perniagaan, ibadah seharian.
Firman Allah Taala:
وَإِذَا جَاءَكَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ كَتَبَ
رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن
بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
[surah al-an'aam ayat 54]
Jangan pula kita merasa selesa dengan dosa yang dilakukan, kerana dosa atau maksiat yang dilakukan itu akan kekal selamanya.
5.
‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur’an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur’an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan.’
Allah lah yang menciptakan dan menentukan semua perkara dan peristiwa; sebagaimana mereka bermula dan bagaimana mereka akan berakhir. BahawasaNya Allah SWT menentukan setiap pergerakkan bintang-bintang di langit, setiap keadaan benda hidup di bumi, cara seseorang akan hidup, apa yang dikatakan oleh seseorang, dan apa yang seseorang itu akan alami dan temui, dalam aturannya.
Firman Allah:
مَا أَصَابَ مِن
مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ
أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ
ذَٰلِكَ
عَلَى
اللَّـهِ
يَسِيرٌ
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuzh-pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”
[surah al-hadid ayat 22]
Apabila kita mempunyai kefahaman bahawa hidup ini adalah “mengikut qada’ dan qadar ketentuan Allah” maka nantinya mereka tidak akan merasa kecewa atau takut apabila berlaku apa-apa musibah atau ujian.
Yakinlah kita seperti Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam menyakinkan Saidina Abu Bakar As-siddiq radhiallahu anhu di dalam gua tempat mereka bersembunyi ketika peristiwa hijrah ke Madinah.
6.
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”
Diriwayatkan oleh Nu’man Bin Bashir Radhiallahu anhu; Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam:
“Perumpamaan orang yang melaksanakan ketetapan-ketetapan Allah dengan mereka yang berada di dalamnya adalah seperti satu kaum yang berkongsi sebuah kapal. Sebahagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagian yang lain berada di bahagian bawah. Mereka yang duduk di bahagian bawah apabila hendak mengambil air akan melalui mereka yang di bahagian atas kapal. Mereka pun berkata: Apa kata jika kita tebuk sahaja bahagian kita (bawah) untuk mengambil air maka kita tidak akan mengganggu mereka yang berada di bahagian atas. Jika mereka dibiarkan menurut kehendak mereka maka semuanya akan binasa. Sebaliknya jika ditegur dan dibimbing, maka mereka dan kesemua penumpang akan selamat”.(Riwayat al-Bukhari)
Suatu simpulan indah
Seorang pemuda mendatangi Imam Hasan al-Basri dan mengadukan masalah yang sedang ia hadapi kepadanya. Pemuda tersebut berkata, “Saya telah berusaha untuk bangun berjaga untuk solat malam, akan tetapi sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya.” Al-Hasan al-Basri menjawab, “Dosa-dosamu telah menghalangimu untuk melakukannya.”