TAKUT DAN PENGHARAPAN
Imam Syafi’e rahimahullah berkata ketika menghadapi sakit yang membawa kepada kematiannya:
Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,
Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.
Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,
Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar.
5 Perkara Penting Untuk Berinteraksi Dengan Al-Quran.
I. Merasai Al-Quran diturunkan untuk diri kita
II. Memahami Bahasa Arab
III. Menggunakan hati yang berperasaan
IV. Memahami sebab dan latarbelakang penurunan ayat.
V. Menyedari siapa kita.
CINTA ALLAH
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini, belian menunjukkan dadanya tiga kali. Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”
(Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)
Rasullullah SAW pernah bersabda ketika ada salah seorang sahabat Muadz bin Jabal r.a bertanya tentang amalan yang memasukkan ke dalam syurga dan menjauhkan dari neraka .Beliau jawab : Beribadahlah hanya pada Allah dan jangan menyekutukanNya, tegakkan solat, tunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan haji ke Baitullah. Selanjutnya beliau menunjukkan pintu-pintu kebaikan ,sabda baginda:
"puasa adalah perisai, sedekah menghapus kesalahan seperti air memadamkan api, dan solatnya seseorang di akhir malam." Lanjut beliau "Pokok urusan ialah Islam, tiangnya adalah solat, dan mahkotanya adalah jihad."Kemudian beliau bertanya pada Muadz, "Maukah kutunjukkan kunci dari semua itu?" Jawab Muadz "Ya." Maka Rasulullah SAW memegang lidahnya seraya bersabda "Jagalah ini!" Muadz pun bertanya "Apakah kami akan diazab gara-gara ucapan kami? Maka beliau bersabda "Celaka kau! Bukankah tidak ada yang menelungkupkan wajah manusia kedalam neraka --atau hidung-hidung mereka dan melainkan akibat dari ucapan mereka!!!"
(Hadith riwayat At-Tirmidzi / hasan shahih).
[ hadith ke 29 daripada hadith 40 oleh Imam Nawawi ]
CERMIN DIRI
Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."
( Riwayat Muslim)
Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".
JANGAN MENOLAK
روى التّرمذي عنْ ابنِ عمرَ رضي الله عنهما قال: قال رسولُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم: ثَلَاثٌ لَا تُرَدُّ: الْوَسَائِدُ، وَالدُّهْنُ، وَاللَّبَنُ
Dari Ibnu Umar rodhiyallahu anhu :
Rasulullah shollahu alayhi wassalam bersabda,
“Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.”
((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) – Hadis Hasan
Syarah:
-lafaz "الْوَسَائِدُ itu membawa maksud sesuatu yang menyerupai tempat duduk seperti kerusi, sepertimana kebiasaan arab dalam memuliakan tetamunya dengan menyediakannya untuk orang yang berkunjung kerumahnya..(bukannya bermaksud lafaz bantal yang digunakan orang melayu hanya untuk tidur)
-pada suatu hari telah masuk jarir bin yazid ke rumahnya sya'bi-bersamanya sebilangan alim ulama-maka sya'bi menyuruh menyediakan bantal, maka mereka berkata tidak perlu kerana mereka sudah tua(tidak kisah) maka berkata sya'bi bahawa nabi s.a.w pernah bersabda "apabila datangnya seorang yang mulia diantara kamu maka muliakanlah mereka"
disebabkan itu terdapatnya larangan menolak pemberian tesebut dan juga yang menyerupai dengannya..
-diriwayatkan tabroni suatu hari datang ibnu umar pada ibnu matiq dan memberikan salam padanya maka dibalas salamnya dengan lafaaz waalaikmussalam dan selamat datang wahai ayahnya abdul rahman dan mempersilakan ibnu umar duduk diatas bantal lalu berkata ibnu umar "sekiranya aku tidak pernah mendengar sabda nabi s.a.w " tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.”nescaya aku tidak akan duduk diatasnya.
-dalam musannif abi syibah bahawa abu qilabah telah memberi bantal pada seeorang lelaki dan berkata abu qalabah "janganlah kamu menolak penghormatan yang diberikan pada kamu"
-ibnu hajar: telah berkata mirak apabila seseorang memberikan kemuliaan pada tetamunya dengan menyediakan bantal maka janganlah ditolaknya dan adapun sebab larangannya menolak pemberian bantal,susu,dan miyak wangi kerana ia merupakan pemberian yang sedikit nilainya dan tidak patut ia menolaknya.