JIKA KURANG MAKA TAMBAHKAN...JIKA SALAH MAKA PERBETULKAN.
Dari Abi Zar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “Jumlah para nabi itu adalah seratus dua puluh empat ribu (124 000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Beliau menjawab, “Tiga ratus dua belas (312).”
(Riwayat At-Tarmizi)
Samson atau Simson, merupakan seorang nabi di dalam ajaran islam yang
dikenali dengan nama Nabi Sam’un Ghozi AS. Kisah nabi ini, terdapat di dalam kitab-kitab, seperti kitab Muqasyafatul Qulub dan kitab Qishashul Anbiyaa.
Nabi Sam’un Ghozi AS memiliki kemukjizatan, iaitu dapat melembutkan besi, dan dapat merobohkan istana. Cerita Nabi Sam’un Ghozi AS adalah kisah Israiliyat yang diceritakan turun-temurun di jazirah Arab. Cerita ini menjadi legenda sebelum Rasulullah lahir.
Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Al-Ghazali, diceritakan bahawa Rasulullah SAW berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan. Kemudian Rasulullah SAW bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam’un Ghozi AS, beliau adalah Nabi dari Bani Israil yang diutus di tanah Rom.
Dikisahkan Nabi Sam’un Ghozi AS berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT. Kepahlawanan dan keperkasaan Nabi Sam’un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum kafirin pada masa itu, yakni raja Israil.
Akhirnya raja Israil mencari jalan untuk menundukkan Nabi Sam’un. Berbagai usaha dilakukan olehnya, sehingga akhirnya atas nasihat para penasihatnya diumumkanlah, barang siapa yang dapat menangkap Sam’un Ghozi, akan mendapat hadiah emas dan permata yang berlimpah ruah.
Ringkas cerita Nabi Sam’un Ghozi AS terpedaya oleh isterinya. Kerana sayangnya dan cintanya kepada isterinya, nabi Sam’un berkata kepada isterinya, “Jika kau ingin mendapatkanku dalam keadaan tak berdaya, maka ikatlah aku dengan potongan rambutku.”
Akhirnya Nabi Sam’um Ghozi AS diikat oleh isterinya semasa ia tertidur, lalu
dia dibawa ke hadapan raja. Beliau disiksa dengan dibutakan kedua matanya dan diikat serta dipertontonkan di istana raja.
Kerana diperlakukan yang sedemikian zalimnya, Nabi Sam’un Ghozi AS berdoa kepada Allah SWT. Beliau berdoa dengan dimulai dengan bertaubat, kemudian memohon pertolongan atas kebesaran Allah.
Do’a Nabi Sam’un dikabulkan, dan istana raja bersama seluruh penghuninya hancur beserta isteri dan para keluarga yang mengkhianatinya. Kemudian nabi bersumpah kepada Allah SWT, akan menebus semua dosa-dosanya dengan berjuang menumpas semua kebatilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan tanpa henti.
Ketika Rasulullah S.A.W selesai menceritakan cerita Nabi Sam’un Ghozi AS yang berjuang fisabilillah selama 1000 bulan, salah seorang sahabat nabi berkata : “Ya Rasulullah, kami ingin juga beribadah seperti nabiyullah Sam’un Ghozi AS. Kemudian Rasulullah SAW, diam sejenak.
Kemudian Malaikat Jibril AS datang dan mewahyukan kepada beliau, bahawa pada bulan Ramadhan ada sebuah malam, yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada kitab Qishashul Anbiyaa, dikisahkan, bahawa Rasulullah SAW tersenyum sendiri, lalu bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika dimana seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar. Semua Nabi dan Rasul berkumpul bersama umatnya masing-masing, masuk ke dalam syurga. Ada salah seorang nabi yang dengan membawa pedang, yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam surga, dia adalah Sam’un.”
NABI SAM'UN A.S DAN DELAILAH
Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan al Ghazali diceritakan bahawa Rasulullah berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan. Kemudian Rasulullah bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam'un Ghozi as. Nabi Sam'un Ghozi as adalah Nabi dari Bani Israil.
Nabi Sam'un Ghozi as mempunyai kemukjizatan dapat melembutkan besi, dan
dapat merobohkan istana. Cerita Nabi Sam'un Ghozi as adalah kisah israiliyat yang diceritakan turun temurun di jazirah arab. Cerita ini jauh sebelum Rasulullah SAW lahir.
Nabi Sam'un Ghozi as ini telah berperang melawan orang kafir selama 1000 bulan. Senjatanya hanyalah rambut janggut unta. Walaupun hanya bermodalkan senjata tersebut, banyak musuh kafir yang tewas tak terhitung jumlahnya. Subhanallah. Apabila Nabi Sam`un Ghozi as haus, ia cukup meminum air segar yang keluar dari sela-sela gusinya. Apabila lapar, tumbuhlah daging dari tubuhnya, lalu ia pun memakannya. Menghadapi Nabi Sam`un Ghozi as yang gagah perkasa, musuh begitu terharu.
Nabi Sam'un Ghozi as berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT. Kekuatan dan keperkasaan nabi Sam'un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum kafirin saat itu yakni raja israil. Akhirnya sang raja israil mencari jalan untuk menundukkan nabi Sam'un Ghozi as. Pelbagai usaha dilakukan sehingga akhirnya atas nasihat para penasihatnya diumumkan barang siapa yang dapat menangkap Sam'un Ghozi akan mendapat hadiah emas dan permata yang melimpah.
Mereka berkata kepada isteri Nabi Sam`un Ghozi as "Kami hadiahkan sejumlah harta untukmu jika kamu boleh membunuh suamimu". Isterinya menjawab, "Dengan apa aku boleh membunuhnya?". Lalu orang-orang kafir tersebut berkata, "Akan kuberikan tali yang sangat kuat . Ikatlah tangan dan kakinya ketika dia tertidur. Selepas itu, kami sendiri yang akan membunuhnya "
Kerana isterinya tidak beriman kepada Allah, ia pun nekad melakukan perbuatan tersebut. Ketika tidur, Nabi Sam`un Ghozi as diikat oleh isterinya. Ketika bangun, Nabi Sam`un Ghozi as begitu kaget dan berkata, "Siapa yang mengikatku?". Jawab isterinya, "Akulah yang mengikat, sekadar menguji kekuatanmu saja, wahai suamiku ". Segera saja Nabi Sam`un Ghozi as
melapaskan tali itu dengan sangat mudah. Gagal sudah usaha isterinya untuk membunuh suaminya. Namun, ia tidak menyerah. Kali ini atas arahan orang kafir, isterinya mengikat Nabi Sam`un Ghozi as dengan rantai. Namun, Dengan mudah Nabi Sam`un Ghozi as pun boleh memutuskannya. Berkali-kali ia cuba, namun selalu saja gagal. Akhirnya, Nabi Syam`un Ghozi as berkata, "Wahai istriku, aku ini adalah seorang wali Allah. Tidak ada yang boleh mengalahkan saya dalam perkara dunia, kecuali rambutku ini atas izin Allah ". Nabi Syam`un Ghozi as memang berambut panjang. Mendengar kelemahan suaminya ini, timbullah idea isterinya untuk memotong rambut suaminya ketika tidur. Usahanya berjaya. Rambut panjang Nabi Sam`un Ghozi as dipotong, dibagi menjadi 8 gelung. Empat gelung digunakan untuk mengikat kedua tangannya, sedangkan empat gelung lain untuk mengikat kedua-dua kakinya.
Hasilnya ketika bangun, Nabi Syam`un Ghozi as benar-benar tidak boleh bergerak. Ia begitu marah kepada isterinya, namun sang isteri segera saja memberi tahu orang kafir agar segera membunuh suaminya. Nabi Syam`un Ghozi as pun digiring menuju ladang pembunuhan. Disana dia diikat pada sebuah tiang rumah yang sangat kuat. Satu persatu mereka memotong kedua telinganya,, bibir, mulut, kedua tangan, kedua tangannya dan membutakan kedua matanya. Astaghfirullahal adziim .. Betapa kejamnya mereka!
Kemudian Allah memberi wahyu / ilham kepada Nabi Syam`un Ghozi as, "Apa yang kau inginkan, Nabi Syam`un Ghozi as?". Dia pun menjawab, "Aku ingin agar Engkau memberikan kekuatan kepadaku kembali, agar dapat kugerakkan tiang rumah ini dan kuhancurkan mereka ".
Allah pun memberikan kekuatan kembali kepadanya, sehingga dapat menghancurkan orang kafir tersebut. Semuanya mati binasa termasuk isterinya yang durhaka. Kemudian nabi syam`un as bersumpah kepada Allah SWT akan menebus semua dosanya dengan berjuang menumpas semua kebatilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan tanpa henti. Semua itu atas Hidayah dari Allah SWT.
Ketika Rasulullah saw selesai menceritakan cerita Nabi Sam'un Ghozi as yang berjuang fisabilillah selama 1000 bulan, Mendengar kisah ini, para Sahabat Rasulullah Saw menangis terharu. Mereka berkata: "Ya Rasul, tahukah Engkau, berapa pahalanya?". Rasul Saw menjawab: "Tidak". / Salah satu sahabat nabi berkata: Ya Rasulullah, kami ingin juga beribadah seperti nabiyullah Sam'un Ghozi as. Kemudian Rasulullah saw, diam sejenak. Kemudian Malaikat Jibril as datang dan mewahyukan kepada beliau bahawa pada bulan Ramadhan ada sebuah malam yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Firman Allah dalam Surah Al Qadr.
"Allah memberikan Lailatul Qadar kepadamu dan ummatmu, jika ibadah
dimalam itu, maka pahalanya lebih utama daripada seribu bulan"
dimalam itu, maka pahalanya lebih utama daripada seribu bulan"
Kisah tentang samson ini juga boleh dijumpai didalam injil, dengan nama tokoh dan kejadian agak berbeza berbanding yang diceritakan Rasulullah diatas.
Simson (Inggeris: Samson) adalah utusan Tuhan yang sakti mandraguna selama rambutnya tidak dicukur. (Hakim-hakim 16: 1-22).
Diceritakan dalam kitab Hakim-hakim 16: 1-22 bahawa Samson adalah utusan Tuhan yang sakti mandraguna .Dia boleh mencabut kedua daun pintu gerbang kota beserta kedua tiang dan semua palangnya, Ialu semuanya diletakkan di atas kedua bahunya dan dipindahkan ke puncak gunung (ayat 3 ).
Tapi malangnya dia jatuh cinta kepada seorang pelacur (wanita sundal) yang bernama Delila. Maka Delila disewa oleh raja Filistin dengan bayaran 1100 wang perak untuk mencari rahsia Samson (ayat 5).
Di atas pangkuan pelacur Delila, akhimya Samson tergoda rayuan dan bujukan sehingga membuka rahasia kesaktiannya. Bahawa selama rambut kepalanya tidak dicukur, maka seluruh kekuatannya akan musnah dan dia menjadi orang lemah (ayat 17).
Maka setelah nabi Samson tertidur di atas pangkuan pelacur Delila, rambutnya dicukur. Lalu musnahlah seluruh kesaktiaan dan kekuatan Samson. (Ayat 19).
Kemudian kedua mata Samson dicungkil sehingga jadilah Samson buta mata akibat rahsia kesaktiannya dicukur (ayat 21).
Demikianlah kisah di sebalik turunnya surat Al Qadr yang menjelaskan tentang keutamaan Lailatul Qadar (malam kemuliaan) yang hanya boleh ditemui di bulan Ramadhan ini.