.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 13, 2014

USUL FIQH : AL-MUFTI dan AL-MUSTAFTI

Al-Mufti ialah orang yang memberitahu tentang hukum Syara'.
Al-Mustafti (orang yang meminta fatwa) ialah orang yang bertanya tentang hukum Syara'.

Syarat-syarat fatwa

Terdapat beberapa syarat yang membolehkan fatwa, antaranya ialah:
  1. Al-Mufti mestilah mengetahui hukum samada secara yakin atau zhan rajih (sangkaan yang kuat). Jika tidak dia mestilah tawaqquf (tangguhkan).

  1. Dia mestilah mendapat gambaran menyeluruh tentang sesuatu soalan supaya dapat menghukum kerana menghukum sesuatu perkara itu cabang daripada memahami gambarannya.

Sekiranya sukar untuknya memahami kata-kata al-mustafti (orang yang meminta fatwa), hendaklah dia meminta penjelasan. Sekiranya soalan al-mustafti (orang yang meminta fatwa) memerlukan perincian, hendaklah dia bertanya tentang perincian itu atau terus memperincikan dalam jawapannya.

Sebagai contoh, apabila ditanya tentang seorang yang meninggal dan mempunyai anak perempuan, saudara lelaki dan bapa saudara sebelah bapa yang seibu seayah; hendaklah dia bertanya tentang saudara lelaki itu adakah yang seibu atau tidak. Dia boleh juga terus memperincikan dalam jawapan dengan berkata, “Sekiranya saudara lelaki itu seibu maka dia tidak dapat apa-apa dan selepas anak perempuan mengambil bahagiannya, bapa saudara sebelah bapa dapat yang selebihnya. Sekiranya saudara lelaki itu bukan seibu maka selepas anak perempuan mengambil bahagiannya, saudara lelaki dapat yang selebihnya dan bapa saudara sebelah bapa tidak dapat apa-apa.”

  1. Dia mestilah berfikiran tenang supaya dapat memahami gambaran masalah itu dan dapat menyesuaikannya dengan dalil-dalil Syara'. Dia tidak dibenarkan berfatwa semasa berfikiran kusut samada disebabkan marah, sedih, bosan dan lain-lain.

Terdapat juga beberapa syarat yang mewajibkan fatwa, antaranya ialah:

1.      Apa yang ditanyakan itu sudah berlaku. Sekiranya belum berlaku lagi tidak wajib dia berfatwa kecuali sekiranya tujuan al-mustafti ialah untuk menimba ilmu. Di sini, dia tidak boleh menyembunyikan ilmu sebaliknya dia mestilah menjawab soalan itu bila-bila masa sahaja ditanya.

  1. Al-Mufti tidak dapat mengesan bahawa tujuan al-mustafti (orang yang meminta fatwa) ialah berdegil, mencari kelonggaran, melaga-lagakan pendapat-pandapat ulama atau apa sahaja tujuan yang buruk. Sekiranya dia dapat kesan perkara ini, tidak wajib dia berfatwa.

  1. Fatwa itu tidak mendatangkan kefasadan yang lebih besar. Sekiranya mendatangkan kefasadan yang lebih besar, wajib dihentikan fatwa demi untuk menolak kefasadan besar menggunakan kefasadan kecil.

Perkara yang dituntut daripada seorang al-mustafti (orang yang meminta fatwa)

1- Tujuannya mestilah mencari kebenaran untuk diamalkan dan bukannya mencari kelonggaran atau mematikan hujah mufti atau apa sahaja tujuan buruk lain.

2- Dia tidak oleh meminta fatwa kecuali daripada orang yang dianggapnya berkeahlian untuk berfatwa. Hendaklah dia memilih mufti yang paling berilmu lagi paling warak. Ada pendapat yang mewajibkan perkara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)