Dari Bahasa Arab al-Ijma' ialah kesungguhan dan persetujuan. Dari sudut istilah, al-Ijma' ialah:
Persetujuan para mujtahid umat ini selepas wafatnya Rasulullah s.a.w., terhadap satu hukum agama.
Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:
Berdasarkan definisi persetujuan maka terkeluarlah perselisihan walaupun hanya seorang sahaja yang menyalahi. Perkara ini membatalkan al-Ijma' (persepakatan).
Berdasarkan para mujtahid maka terkeluarlah orang awam dan orang muqallid (orang yang ikut tanpa dalil). Persetujuan dan perselisihan mereka (dua golongan ini) tidak diiktiraf.
Berdasarkan umat ini maka terkeluarlah persetujuan umat lain. Ijmak (persepakatan) mereka tidak diiktiraf.
Berdasarkan selepas wafat Rasulullah s.a.w. maka terkeluarlah persetujuan mereka semasa hidup Rasulullah s.a.w.. Persetujuan ini tidak dinamakan al-Ijma' dari sudut sifatnya sebagai dalil syarak kerana dalil di sini telah sabit dengan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merangkumi kata-kata, perbuatan mahupun perakuan. Oleh sebab itu, kata-kata sahabat yang berbunyi, “Dahulu kami melakukan pada zaman Nabi” atau “Dahulu mereka melakukan pada zaman Nabi” hukumnya adalah marfu’ (disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.) dan ianya bukanlah merupakan pemberitahuan tentang al-Ijma' (persepakatan).
Berdasarkan terhadap satu hukum agama maka terkeluarlah persetujuan mereka terhadap satu hukum akal atau adat. Perkara ini tidak termasuk dalam perbincangan al-Ijma' kerana yang dimaksudkan dengan al-Ijma' ialah sifatnya sebagai salah satu dalil agama.
Kedudukan al-Ijma' (Persepakatan)
Al-Ijma' adalah merupakan hujah agama berdasarkan kepada beberapa dalil seperti berikut:
1- Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:143) - Maksudnya: Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia.
Perkataan syuhada’ (saksi) merangkumi kesaksian terhadap amalan mereka dan terhadap hukum-hukum amalan mereka dan kata-kata saksi adalah diterima.
2 - Firman Allah Ta‘ala (al-Nisa’ 4:59) - Maksudnya: Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).
Ayat ini menunjukkan bahawa apa yang mereka persetujui adalah hak.
3 - Sabda Rasulullah s.aw. :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِي أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ضَلاَلَةٍ. Al-Ijma' (Persepakatan)
Dari sudut Bahasa Arab al-Ijma' ialah kesungguhan dan persetujuan. Dari sudut istilah, al-Ijma' ialah:
Persetujuan para mujtahid umat ini selepas wafatnya Rasulullah s.a.w., terhadap satu hukum agama.
Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:
Berdasarkan definisi persetujuan maka terkeluarlah perselisihan walaupun hanya seorang sahaja yang menyalahi. Perkara ini membatalkan al-Ijma' (persepakatan).
Berdasarkan para mujtahid maka terkeluarlah orang awam dan orang muqallid (orang yang ikut tanpa dalil). Persetujuan dan perselisihan mereka (dua golongan ini) tidak diiktiraf.
Berdasarkan umat ini maka terkeluarlah persetujuan umat lain. Ijmak (persepakatan) mereka tidak diiktiraf.
Berdasarkan selepas wafat Rasulullah s.a.w. maka terkeluarlah persetujuan mereka semasa hidup Rasulullah s.a.w.. Persetujuan ini tidak dinamakan al-Ijma' dari sudut sifatnya sebagai dalil syarak kerana dalil di sini telah sabit dengan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merangkumi kata-kata, perbuatan mahupun perakuan. Oleh sebab itu, kata-kata sahabat yang berbunyi, “Dahulu kami melakukan pada zaman Nabi” atau “Dahulu mereka melakukan pada zaman Nabi” hukumnya adalah marfu’ (disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.) dan ianya bukanlah merupakan pemberitahuan tentang al-Ijma' (persepakatan).
Berdasarkan terhadap satu hukum agama maka terkeluarlah persetujuan mereka terhadap satu hukum akal atau adat. Perkara ini tidak termasuk dalam perbincangan al-Ijma' kerana yang dimaksudkan dengan al-Ijma' ialah sifatnya sebagai salah satu dalil agama.
Kedudukan al-Ijma' (Persepakatan)
Al-Ijma' adalah merupakan hujah agama berdasarkan kepada beberapa dalil seperti berikut:
1- Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:143) - Maksudnya: Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia.
Perkataan syuhada’ (saksi) merangkumi kesaksian terhadap amalan mereka dan terhadap hukum-hukum amalan mereka dan kata-kata saksi adalah diterima.
2 - Firman Allah Ta‘ala (al-Nisa’ 4:59) - Maksudnya: Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).
Ayat ini menunjukkan bahawa apa yang mereka persetujui adalah hak.
3 - Sabda Rasulullah s.aw. :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِي أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ضَلاَلَةٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpul umatku atau umat Muhammad s.a.w. di atas kesesatan.
4 - Ijma' umat ini terhadap sesuatu perkara secara umum terbahagi dua; samada hak atau batil. Sekiranya hak, ianya adalah hujah. Sekiranya batil, adalah satu perkara yang amat mustahil bagi umat ini yang merupakan sebaik-baik umat di sisi Allah Ta'ala semenjak perutusan Nabi s.a.w. sehinggalah ke hari akhirat kelak, untuk berijma' terhadap perkara batil yang tidak diredhai Allah Ta'ala. Ini sebenarnya satu perkara yang mustahil akan berlaku.
Jenis-jenis al-Ijma' (Persepakatan)
Al-Ijma' terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasti dan berkemungkinan seperti berikut:
1- Al-Ijma' al-Qat’i (pasti) ialah al-Ijma' yang diketahui kesabitannya dalam umat ini secara darurah (mesti) seperti ijma' terhadap wajibnya solat lima waktu dan pengharaman zina. Al-Ijma' (persepakatan) jenis ini tidak pernah dinafikan kewujudannya dan sifat hujahnya oleh sesiapapun. Juga, sesiapa yang melanggar Ijma' ini dihukum kafir sekiranya dia tidak jahil tentangnya.
2 - Al-Ijma' al-Zhanni (berkemungkinan) ialah al-Ijma' yang tidak diketahui kesabitannya dalam umat ini kecuali dengan penyelidikan dan pengamatan. Para ulama' telah berselisih pendapat dalam kemungkinan wujudnya al-Ijma' sebegini. Pendapat yang rajih (terkuat) ialah pendapat Shaikh al-Islam Ibnu Taimiyah di mana beliau telah menyatakan dalam kitabnya al-Aqidah al-Wasitiyah, “al-Ijma' yang kukuh ialah ijma' yang dilakukan oleh para al-Salaf al-Salih (generasi terdahulu yang salih) kerana selepas mereka perselisihan telah merebak dan umat telah bertebaran.”
Perlulah diketahui bahawa umat ini tidak akan berijma' terhadap satu perkara yang menyalahi dalil yang sahih, jelas dan tidak mansukh (dimansuhkan). Ini kerana umat ini tidak akan berijma' kecuali di atas kebenaran. Sekiranya anda mendapati satu Ijma' yang menyalahi perkara tersebut, hendaklah diperhatikan kerana kemungkinan dalil itu tidak sahih atau tidak jelas atau telah mansukh (dimansuhkan) atau di dalam masalah itu terdapat perselisihan yang tidak anda ketahui.
Syarat-syarat al-Ijma' (Persepakatan)
Al-Ijma' mempunyai beberapa syarat, antaranya ialah:
1- Ianya mestilah sabit dengan jalan yang sah, samada ianya masyhur di kalangan ulama' atau periwayatnya thiqah (dipercayai) dan berpengetahuan meluas.
2- Tidak boleh ada perselisihan yang berterusan. Sekiranya ada perselisihan sebelumnya, al-Ijma' itu tidak sah kerana pendapat-pendapat tidak akan lenyap dengan wafatnya tuan punya pendapat. Al-Ijma' tidak menolak perselisihan yang telah berlaku tetapi ianya melarang dari berlakunya khilaf (perselisihan pendapat) di kemudian hari. Inilah pendapat yang terkuat kerana kekuatan dalilnya. Ada juga pendapat bahawa perkara ini tidak disyaratkan di mana al-Ijma' masih sah sekiranya persetujuan berlaku terhadap salah satu daripada pendapat-pendapat yang wujud terdahulu dan al-Ijma' ini menjadi hujah bagi orang-orang terkemudian.
Berkenaan zaman ahli al-Ijma; pula, di sisi al-Jumhur (majoriti ulama'), adalah tidak disyaratkan berlalunya zaman ahli al-Ijma' untuk mengesahkan sesuatu al-Ijma'. Ini kerana al-Ijma' itu akan sah dengan persetujuan ahli al-Ijma' di mana tidak boleh bagi mereka mahupun selain mereka untuk menyalahinya selepas itu. Ini kerana dalil-dalil yang menunjukkan hujah al-Ijma' tidak menyatakan bahawa salah satu syarat al-Ijma' ialah berlalunya zaman ahli al-Ijma'. Juga kerana al-Ijma' itu telah sah di saat mereka mempersetujuinya, jadi apakah perkara yang membatalkannya?
Sekiranya sesetengah para al-Mujtahid memperkatakan sesuatu atau melakukan sesuatu dan ianya tersebar di kalangan ahli al-Ijtihad lain dan mereka tidak mengingkarinya walaupun mereka berupaya, terdapat empat pendapat dalam masalah ini:
- Ianya dikira al-Ijma'.
- Ianya dikira hujah tetapi bukan al-Ijma'.
- Ianya bukan hujah mahupun al-Ijma'.
- Sekiranya mereka semua meninggal dunia tanpa mengingkari, ianya dikira al-Ijma' kerana apabila mereka senyap sehingga meninggal dunia dalam keadaan berupaya mengingkari, ini merupakan dalil persetujuan mereka. Pendapat ini adalah yang terkua