.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, December 27, 2014

Sempena Maulidur Rasul s.a.w (7)

Kasih Rasulullah s.a.w.

1.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Para sahabat melihat pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu terus bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W. setelah selesai bersembahyang :

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali baginda bergerak.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”

2.

Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah yang termulia antara makhluk manusia. Jiwanya amat suci dalam pandangan Allah serta bersifat pengasih dan penyayang. Allah sayangnya kepada Baginda sehingga menghadiahkan surah Al-Fatihah langsung dari Allah semasa Nabi bertemu dengan-Nya di Sidratul Muntaha (arsh).
Baginda diisrak mikrajkan dari Majidil Haram ke Masjidil Aqsar di Palentin dan kemudian naik ke tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha atau Arsh Allah. Disitulah Baginda menerima surah Al-Fatihah dari Allah. Allah sayangkan Muhammad sehingga Malaikat Jibril yang menemani Baginda tidak dibenarkan masuk ke dalam Arsh-Nya bersama Baginda.
               Unsur kejadian manusia ada dua iaitu jasmani yang asalnya daripada tanah dan roh asalnya daripada Allah. Allah tiupkan roh-Nya ke dalam jasad manusia semasa usianya genap 120 hari dalam rahim ibu maka jadilah seorang insan yang berperasaan serta dibekalkan dengan fitrah yang bersifat pengasih dan penyayang.
               Manusia diciptakan Allah bersifat lemah mulai daripada bayi hinggalah membesar menjadi remaja dan seterusnya menjadi dewasa hingga akhir hayatnya memasuki tua bangka sebelum roh berpisah dengan jasad, kelemahannya sentiasa menemaninya. Setiap insan sememangnya pengasih dan penyayang kerana roh yang ada pada manusia adalah kepunyaan Allah yang menghembuskannya ke dalam jasad manusia maka jadilah manusia.
               Dalam diri seorang insan ada bermacam fakulti yang bersifat fitrah. Antaranya ialah akal, nafsu, kasih sayang dan sebagainya. Fitrah nafsu terbahagi kepada dua iaitu nafsu kemalaikatan dan nafsu kehaiwanan. Fakluti kasih sayang akan melahirkan perasaan pengasih dan penyayang; tetapi fakulti tersebut boleh dicemari oleh kehadiran nafsu kehaihawanan. Maka itu manusia wajar membentuk jiwanya melalui ilmu tauhid untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. pembawa risalah langit iaitu Islam, agama Allah. Maka itu, sudah sewajarnyalah jiwanya terbentuk bersifat pengasih dan penyayang, Islam adalah ilmu tauhid membimbing manusia bagaimana cara hidup yang diredhai Allah s.w.t.. Dalam usaha Baginda mentarbiahkan Islam kepada umatnya, keselamatnya sentiasa  terancam dan beberapa kali nyawanya di hujung pedang musuh Islam. Tetapi apabila Baginda mendapat peluang untuk menunjukkan keIslamannya kepada musuh sekali pun baginda menunjukkan kecintaannya dengan tidak membalasnya dengan kekerasan.             
Semasa Baginda bersama Abu Bakar sedang berhijrah ke Medina Al-Munawarah  masyarakat Quraisy membuat satu starategi untuk menangkap Muhammad, hidup atau mati dan sesiapa yang berjaya menagkapnya akan dihadiakan 100 ekor unta.  Seratus ekor unta di zaman sekarang sama dengan 100 ekor kerbau atau sapi. Ganjarannya cukup menggiurkan.
               Seorang jejaka bernama Surokoh dengan senyap meninggalkan majlis lalu  menung- gang kudanya pergi mencari Muhammad. Ia tahu di mana jalannya Muhammad lalu memecut kudanya begitu laju. Tidak lama kemudian dia kelihatan Nabi Muhammad bersama Abu Bakar sedang berjalan di padang pasir. Surokoh menghunus pedangnya dan sedia untuk menghapuskan Muhammad.
               Nabi Tahu dari Malaikat Jibril bahawa Surokoh berada dibelakang sedang memecut kudanya dan berlari amat kencang. Hampir sepuluh meter jaraknya dari Nabi, tiba-tiba kaki kudanya termasuk lobang lalu terjatuh. Surokoh terhumban ke hadapan, berguling-guling lalu berhenti dekat dengan kaki Nabi. Baginda membangunkan Sukoroh serta mengambil pedangnya yang terjatuh sambil berkata “Kalau menunggang kuda hati-hati Sukoroh!” Baginda mengembalikan pedangnya kepada Surokoh yang sedang membersihkan jubahnya penuh dengan pasir.
               Niat Surokoh hendak membunuh Nabi tidak kesampaian kerana menyaksikan akhlaq Baginda yang pengasih dan penyayang walau kepada musuhnya sekalipun. Ia kembali  menunggang kudanya sambil berfikir bahawa yang dibenci oleh masyarakat Quraisy sebenarnya orang yang paling mulia hatinya. Mengikut sejarah Surokoh tidak lagi menyokong musuh-musuh Islam tetapi ia memeluk Islam kerana telah tertarik dengan akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang amat mulia itu. 
               Baginda Rasul telah menunjukkan kasih sayangnya kepada keluarganya yang amat tinggi sekali. Pernah satu masa Baginda lambat balik rumah kerana sibuk berdakwa di masjid. Isterinya Siti Aisyah terlena tidur kerana penat menguruskan kerja-kerja di rumah. Baginda Rasul juga tidak sedar bahawa masa telah lewat malam.
               Baginda balik rumah dan mengetuk pintu sambil mengucap salam kepada orang rumah tetapi Siti Aisyah tidur tidak sedar. Ia mengulangi ketukannya, diikuti dengan ucapan salam sabanyak tiga kali tetapi iserinya tidak sedar juga. Maka itu Baginda tidur di pinggir pintu di luar.
Menjelang subuh Siti Aisyah keluar dari bilik nak membuka pintu rumah, kelihatan suaminya berada diluar tidur dekat pintu. Baginda dengan cepat bangun dan mengucapkan salam serta maaf kepada isterinya kerana terlambat pulang semalam sibuk di masjid banyak jemaah. Rasul pula yang tertidur di luar, cepat meminta maaf kepada isteri dan bukan isteri yang cepat berbuat demikian. Betapa mulianya hati Baginda serta kasih sayang yang tidak ada tolak bandingnya.
Pada satu ketika yang lain Siti Aisyah memasak lauk dengan membubuhkan garam berlebihan. Siti Aisyah tidak merasakan masakannya lalu dihidangkan kepada suaminya. Apabila Baginda Rasul memakannya keterlalu masinnya tetapi ia mengatakan lauknya amat menyelerahkan dan sambil memuji isterinya.
Baginda menjemput  isteri tersayang makan bersama kerana secara kebetulan sudah lama mereka berdua tidak menjamu selera bersama. Maka Siti Aisyah pun turut sama makan. Apabila Siti Aisyah merasakan lauk yang dihidangnya kepada suami keterlaluan masinnya maka ia meminta maaf sungguh-sungguh kepada suaminya.
Tetapi Baginda menerimanya dengan hati yang ikhlas tanpa menegur pun isterinya.
Kasih sayang Baginda terhadap isteri terlalu tinggi sehingga membuat kesilapan dalam urusan
rumah tangga pun tidak mengakibatkan Baginda meninggikan suaranya. Begitu juga berlaku satu peristiwa apabila Baginda balik ke rumah selepas melaksanakan ibadahnya  memimpin para jemaah dimasjid. Selepas solat Zohor  Baginda balik ke rumah. Siti Aisyah tidak senang hati melihat suaminya balik kerana tidak ada yang boleh dihidang kepada suami tersayang.
               Dengan hati yang berat Siti Aisyah meminta maaf kepada Baginda  kerana ia tidak ada masak disebabkan kehabisan bahan. Baginda tidak marah malah beliau bersyukur pula  dan mengajak isterinya melaksanakan puas sunat. Merasa penat dan letih serta perut merasa kosong, tiba-tiba diberi tahu hahawa tidak ada dimakan pula, tetapi  buat baginda yang hatinya maha pengasih dan penyayang rasa terhibur pula.
               Pernah juga pada suatu ketika apabila Baginda berjumpa dengan seorang jejaka yang sudah mempunyai niat di hati hendak memperlihkan Baginda tentang Iman dan Islam. Jejaka itu  meminta kebenaran dari Baginda untuk masuk Islam. Disaksikan oleh Baginda sendiri, ia mengucap dua kalimah syahadat, masuk Islam.
               Kemudian jejaka itu memberi tahu Baginda bahawa dia cinta  Islam dan dia juga cinta  nabi Muhammad. Baginda memuji jejaka itu kerana itulah sebenar cara hidup seorang Islam yang diredhai Allah s.w.t.. Walaubagaimana pun jejaka itu memberi tahu Baginda bahawa ia masih cintakan kemaksiatan. Dengan hati yang ikhlas jejaka itu mengatakan bahawa dia senang dengan amalan memperkosakan wanita, dia suka mencuri dan sebagainya. Dia tidak dapat meninggalkan semua itu! 
               Baginda tidak terperanjat dan terkilan mendengar semuanya itu  malah ia memujinya bahawa semua itu baik bagi mu. Tetapi Nabi meminta  jejaka itu berjanji kepada Baginda. Jejaka itu setuju dengan syarat perkara yang dibuat perjanjian itu tidak berat dan susah sangat dilaksanakan. Baginda berkata bahawa perkara berkenaan tidak susah dan mudah dipatuhi.
               Baginda membuat perjanjian dengan jejaka itu supaya jangan bercakap bohong. Jejaka itu merasakan perkara jangan bercakap bohong mudah sahaja dilaksanakan; maka itu dia bersetuju dan berjanji kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong.
               Kemudian pergilah jejaka itu meninggalkan Nabi, sambil berfikir dan merasa lucu kerana nabi galakkannya untuk meneruskan perbuatan yang terkutuk itu dan hanya memintanya  berjanji supaya jangan bercakap bohong. Dia berfikir: “Alangkah mudahnya permintaan Muhammad!”
Hari demi hari; minggu berganti bulan, lalu jejaka itu berjumpa seorang gadis yang cantik. Ia bawa bercerita. Gadis itu menunjukkan semangat yang ingin hendak berkenalan. Jejaka itu merasa gairah hendak membawa  gadis itu  berbincang tentang kebahagian dan keseronokan yang ada di dunia. Oleh kerana seronoknya perbincangan mereka maka jejaka itu sampai menjemput gadis itu  ikut sama ke rumahnya. Pendik kata, bukan hanya ke rumahnya tetapi ke dalam kamarnya sekali.
Di kamar tidurnya, mata bertentang mata, sentuh menyentuh, diikuti dengan galak ketawa yang membawa mereka dibuai keseronokan dunia maka berlakulah niat hendak mengerjakan zina. Tiba-tiba jejaka itu teringat janjinya kepada rasul. “Kalau saya berzina dengan gadis ini kemudian saya ditanya Rasul sama ada saya zina atau tidak? Apa jawapan saya!” Malikat lawan iblis; iman lawan nafsu... akhirnya iman yang menang dan tidak berlaku perzinaan.  
Pada suatu ketika yang lain jejaka ini terlintas dalam fikiran hendak merompak sebuah rumah orang kaya. Ia memasuki rumahnya dan berjaya merompak wang sebanyak yang boleh dibawanya. Kemudian ia mengangkatnya keluar rumah tetapi sebelum melangkah kaki keluar pintu tiba-tiba ia teringat janjinya kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong. “Kalau saya ditanya rasul sama ada saya mencuri atau tidak, dan jika saya beritahu yang benar supaya saya tidak bercakap bohong, pasti saya akan ditangkap dan dihukum masuk ke dalam penjara.
Iman dan nafsu bergelut akhirnya iman juga yang menang. Maka itu ia keluar rumah tanpa membawa duit yang diambilnya.
               Kelihatan dalam kedua-dua cerita tersebut Baginda Rasul menunjukkan kasih sayang nya kepada umatnya maka ia mendidik mereka cara yang terbaik yang mana mereka dapat memahami akhlak yang baik. Baginda mendidik mereka dengan menggunakan “moral force” atau tekanan moral. Ajaran itu tidak menyakiti hati si perlaku kedosaan tetapi dapat mendidiknya dan memahami akhlak dan hati yang memimpinnya untuk menjadi insan yang soleh.  

               Kemudian jejaka itu kembali kepada Rasul dan memberi tahu bahawa janjinya kepada Baginda adalah mudah tetapi pokok kepada segala kemaksiatan. Dia tidak terdaya hendak membuat sesuatu yang membawa kepada kedosaan. Maka jejaka itu menjadi umat yang taat kepada agamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)